"Amra Malaika!!! Astagfirullah halazim.. bangun Maika dah lambat ni!" Bunyi riuh diluar bilik mengganggu tidurku yang nyenyak."Amra Malaika!! Jangan sampai Umi robohkan pintu bilik kamu!" Amaran Umi langsung tak berbekas di hati. Umi takkan buat pun. Semua tu auta aja. Aku menarik devot sampai ke paras dada. Oh indahnya tidur.
"Amra Malaika binti Malique, dah lambat nak pergi sekolah ni" timbul pula suara yang sedikit garau. Nadanya tidak tinggi tapi mampu buatkan mata aku terbuka luas. Walid!
"Maika dah bangun" aku menjerit sebelum berlari masuk ke dalam bilik mandi. Ajaib kan, bila Umi menjerit kejutkan aku memang tak jalan. Tapi Walid, sekali panggil aku dah berdesup masuk bilik mandi. Aku pun tak tahu kenapa jadi macam tu.
10 minit selepas itu aku mula bersiap untuk ke sekolah. Jam loceng diatas night stand dikerling. 6:45 pagi. Ugh!! Asal dah start sekolah... why?! Why?!!
Dengan langkah yang langsung tidak bermaya aku menuju ke dapur untuk bersarapan. Umi cedok nasi goreng ke dalam pinggan aku dan aku mula makan.
"Kan Umi dah pesan, set alarm. Tapi Maika tak nak dengar. Kan dah lambat nak pergi sekolah" Umi mula membebel.
"Maika dah set alarm. Betul Umi. Maika rasa lah jam loceng tu nak jadi penderhaka . Ada ke patut aniaya tuan sendiri" aku membalas dengan wajah serius. Walid sudah ketawa kecil manakala wajah Umi menahan geram.
"Nice one Maika" Walid angkat thumbs up. Aku sengih.
"Tengok lah tu.. menjawab aja kerjanya. Orang cakap lagu ni, dia balas lagu lain. Yang awak pula bang, sibuk sebelahkan anak manja ni. Makin dia naik toncang tau" wajah Umi masam mencuka. Aku dan Walid senyum tak bersalah.
"Apa bising-bising ni Umi? Pagi-pagi dah kecoh" Abang sulungku, Almir Hamzah muncul. Lelaki itu mengambil tempat dihadapanku.
"Adik perempuan kamu ni lah. Suka buat Umi marah" Umi muncungkan mulut. Makin galak lah aku ketawa.
"Ololo... comelnya Umi kesayangan saya ni. Merajuk eh... tak apa nanti balik sekolah Maika pujuk" aku memeluk tubuh Umi kemas. Umi hanya mencebik.
"Walid, Abang Am, Maika pergi dulu" aku bersalam dengan mereka semua. Sempat aku rosakkan rambut adik bongsuku, Waqiuddin Nabhan.
"Kak Maika!!!" Mengekek aku ketawa. Seronok dapat usik si Ba'an. I know, he spend nearly hour infront of mirror to do his hair.
"Maika! Lambat betul lah kau! Penat aku tunggu" aku tersengih memandang gadis yang sudah elok duduk di atas motorsikal miliknya.
"Sorry lah Cik Puteri Bulan" wajah gadis itu masam.
"It's not funny lah Puteri Katak!" Aku cekak pinggang.
"Hoi hoi! Maksud nama aku Puteri Bidadari lah! Suka hati kucing jiran atuk kau aja ubah nama aku" kali ini gadis itu hanya ketawa halus.
"Dah dah lah tu puteri kodok dan puteri dugong, Putera Singa nak pergi sekolah ni" kami berdua berpaling ke arah suara itu.
"Eh kanak-kanak ribena! Tak pergi sekolah lagi?! Korang nak mak cik tabuh kamu bertiga ke?!" Suara mak cik Sarimah memetir. Dek takut dengan ugutan Mak cik sarimah, aku segera naik ke atas motosikal sebelum Maya memecut terus ke sekolah.
Fuh! Mak cik Sari are scary. Mak Cik Sarimah atau nama glamour di kawasan perumahan Taman Nilam ialah Mak Cik Sari ialah jiran sebelah rumah aku. Memiliki personaliti yang garang membuatkan dia digeruni. Tetapi, dalam garang ada baiknya. Mak cik Sari ni sporting gila. Umur dah mencecah 50-an tetapi selamba aja ajak aku karoke. Hahahaha...
YOU ARE READING
OH MY CRUSH
Teen FictionHidup seorang Amra Malaika amatlah sederhana. Mempunyai keluarga yang bahagia dan sahabat yang setia sudah cukup menyempurnai hari-harinya. Oh dan ditambah pula dengan kehadiran si 'Crush' membuatkan harinya menjadi lebih menarik. Siapa sangka, 'Cr...