UMAYR ATHAR POV
Aku masih belum recover form my utter shock. Sumpah! Aku langsung tak sangka. 7.7 billion manusia dalam dunia ni, I come cross the girl that I really want to avoid the most. Damn it! Aku tak pernah terbayang yang aku akan jumpa dia secepat ini.
"Umayr, cepat tolong angkat kan Malaika" Uncle Mal tiba-tiba berkata. Aku tersedar daripada lamunan. aku makin lah terkejut.
"Hah?" sumpah aku blur.
"Ya Allah budak ni. buat aja. darurat ni. Uncle izinkan" teragak-agak aku mengangkat gadis yang terkulai layu di atas lantai. Dengan penuh berhemah aku mengangkatnya bridal style.
"Bawa dia terus ke bilik lah. Mari Umayr, Aunty tunjukkan biliknya" aku mengangguk perlahan. Laju aku mengekori Aunty Mar yang sedikit menggelabah. For a girl yang nampak macam tak kesah pasal diet, She's not that heavy.
Jantung aku berdebar maha hebat. Macam nak melutup. Tak pernah lagi aku dukung perempuan seumur hidup aku. And seeing her face this close, she's pretty to be honest. Shit Umayr! You sound like a pervert. Aunty Mar terus membuka pintu bilik berwarna hitam lalu menggamit aku untuk masuk. Aku segera letakkan gadis itu di atas katil bersaiz queen.
"Maaf kalau dah susahkan Umayr. Budak ni bukan nya ringan. Entah kenapa lah tiba-tiba boleh pengsan. Tadi keluar berjogging elok aja. Haih.. Maika ni. Suka betul buat Umi bimbang" aku tak tahu nak beri reaksi apa so aku just senyum sambil garu kepala.
"Saya keluar dulu Aunty Mar" Aunty Mar mengangguk kecil. Terus aku keluar. Tak kuasa aku nak berlama dalam bilik anak dara orang. Daripada rupa bilik dia, aku yakin yang Amra Malaika seorang gadis yang sederhana. Bilik dia tak ada lah girly sangat. But not that boyish like a boy room. And aku perasan she have her own tv and Xbox dalam bilik. Patut lah Nadeem and Awf cakap budak ni gamers tegar.
"Amir, kau duduk dulu eh. Aku nak check budak bertuah tu sekejap" Uncle Mal turut meminta diri.
"Malaika dah okay ke Umayr? Dah sedar?" Mummy pandang aku.
"erk... tadi still tak sedar" balasku. Mummy mengangguk kecil. Aunty Mar muncul tidak lama selepas itu.
"Maaf sangat sebab buat semua tertunggu" Mummy dan Daddy senyum.
"Tak apa Mar. Kami faham. Macam mana dengan Malaika? Tak nak bawak pi klinik?" Aunty Mar hanya menggelengkan kepala.
"Rasanya tak payah ke Klinik. Malaika tu letih aja. Kejap lagi dia okay lah tu. Penat jogging agaknya" Aku dan Ummar berpandangan sebelum jongket bahu.
"Mari Aunty tunjukkan bilik korang semua. Mesti penat kan. Nanti boleh rest and segarkan diri. Lepastu kita makan sama-sama" kami hanya mengangguk kecil. Aku end up share bilik dengan Ummar. Kak Umai and Ummu kongsi satu bilik. aku letakkan beg ditepi katil. Ummar pula sudah berbaring.
Aku hanya memerhati di sekeliling bilik. ada banyak gambar tergantung di dinding. And aku sure, ni bilik anak sulung Uncle Mal yang sedang melanjutkan pelajaran di Rusia. Bakal Doktor. Simple but nice.
"to be honest, cantik juga anak Uncle Mal tu kan?" aku memandang Ummar yang sedang ralit memandang gambar yang terletak di atas meja study yang berhampiran dengan tingkap.
"hmmm.. not bad lah" balasku ringkas.
"Pergi lah mandi dulu. Aku nak take a nap sekejap. Lepas kau siap mandi, kejutkan aku" aku angguk faham. Lepas aku siap mandi, aku kejutkan Ummar dan terus turun ke bawah. Kelihatan Daddy dan Uncle Mal sedang seronok bersembang.
"Umayr kalau bosan, pasang lah Xbox tu. Main dengan Ummar. CD ada dalam almari dekat sana" aku dah terlopong. Pergh... gila cool Uncle Mal ni. selamba aja. Uncle Mal memang nak kami buat rumah dia macam rumah sendiri nih.
YOU ARE READING
OH MY CRUSH
Teen FictionHidup seorang Amra Malaika amatlah sederhana. Mempunyai keluarga yang bahagia dan sahabat yang setia sudah cukup menyempurnai hari-harinya. Oh dan ditambah pula dengan kehadiran si 'Crush' membuatkan harinya menjadi lebih menarik. Siapa sangka, 'Cr...