"Amra Malaika bt Malika! Cepat lah bersiap! Dah lambat ni!" Aku yang sedang membetulkan tudung terus menjadi gelabah. Beg sandang bersama kasut converse high cut dicapai.
"Amra Malaika!" Kali ini suara Walid pula yang kedengaran daripada tingkat bawah.
"Dah siap!!" Aku menjerit kuat. Selepas aku pastikan semua barang masuk dalam beg, aku terus berlari turun ke tingkat bawah.
Laju aku duduk untuk bersarapan. Roti bakar disumbat ke dalam mulut sebelum Umi hulurkan secawan susu.
"Maika.. makan elok-elok. Tercekik nanti" Walid menegur. Aku kerling ke arah jam berjenama Rolex yang elok terletak dikerling. Terbuntang mata aku.
"Jom! Jom pergi sekolah. Dah lambat ni" aku menepuk lengan orang sebelah sedikit kuat. Aku habiskan susu sebelum capai epal hijau. Walid dan Umi disalam. Ba'an yang sedari tadi dia aku cubit pipi. Saja nak mengusik.
"Kak Maika!" Bila tengok muka bengang my one and only adik dah cukup menggembirakan hati aku. Hahahaha..
"Hish.. nakal" aku ketawa kecil. Kaki mengekori driver tak bergaji aku untuk hari ini.
"Balik nanti dengan siapa?" Aku masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.
"Erm.. tak sure lagi sebab kami balik lewat. Sebelah petang ada meeting" aku memberi penerangan secara ringkas. Jujur aku katakan, aku malas nak attend tapi hari ni hari pertama persekolahan and aku dah jadi senior. Kalau boleh memang aku nak skip meeting, tapi aku dah janji dengan Walid dan Umi untuk jadi good girl sepanjang tahun ni.
"Student Council meeting. Seminggu ni busy sikit. Kami ada club activity" lelaki yang sedang memandu itu memandang aku sekilas.
"Awalnya sekolah awak start club activity. Kami punya sekolah dulu tak lah kalut sangat handle pasal club and stuff" aku hanya tersenyum kecil.
"Well sebab tu lah sekolah saya pelik. Nama kelas pun pelik. Nasib baik saya tak jadi pelik sekali. Club activity dekat sekolah saya memang dihandle oleh student sepenuhnya. Lagi-lagi dengan pengambilan pelajar tingkatan 1, semua club akan busy untu recruit masuk ke kelab masing" jelasku lagi.
"So, awak ahli kelab apa?" Umayr Athar jongket kening. Aku memandang wajah lelaki itu.
"I'm the proud member of equestrian club" aku membalas dengan penuh bangga. Well you can say my love for horse is never ending. Phone aku tiba-tiba berdiring. Nama Miqael Waqif muncul pada screen phone. Dahi aku sedikit berkerut.
"Hello, Maika awak tak sampai lagi ke?" sebaik sahaja aku angkat, Miqa terus menyerang.
"Wow..wow.. chill Miqa. Kenapa ni? saya lambat sikit. Tapi I'm sure I won't missed the assembly" aku berkata. Dahi sudah berkerut.
"Thank god.. Maika awak tak tahu or awak tak ingat? Kita akan beri opening speech untuk tahun ni" lepas jer Miqa cakap macam tu, aku terus tepun dahi.
"Masyallah Miqa! Saya terlupa. Oh damn.. what should I do. Awak tunggu saya dekat school entrance" aku sudah mula gelabah.
"I knew it. Haih Amra Malaika.. what should I do to your trouble side? I'll wait for you. Don't worry" sedikit sebanyak aku berasa lega. Maknanya nanti Miqa akan sama-sama lewat bersama aku. I feel bad for him.
"Thanks you so much Miqa. I owe you once. Nanti saya belanja your favourite ice latte dekat Coffee Prince" aku perasan yang kami berdua banyak persamaan. Aku pun suka ice latte.
"Saya akan tuntut janji awak Amra Malaika. Lepak Coffee Prince lepas meeting nak?" Aku berfikir sejenak.
"Hmm.. no hal tapi nak pergi dengan apa?" Aku tak ada kerja lepas sekolah.
YOU ARE READING
OH MY CRUSH
Teen FictionHidup seorang Amra Malaika amatlah sederhana. Mempunyai keluarga yang bahagia dan sahabat yang setia sudah cukup menyempurnai hari-harinya. Oh dan ditambah pula dengan kehadiran si 'Crush' membuatkan harinya menjadi lebih menarik. Siapa sangka, 'Cr...