Bab 2: The Birthday

646 47 2
                                    

7 October

Aku mendegus saat suara Almir Hamzah mula menerjah masuk ke dalam gegendang telinga aku. Damn! Why my brother are so loud.

"Amra Malaika! Cepat bangun lah budak! You are going to be late!" Dengan penuh malas aku bangun. Aku terlupa. I'm still a student. How I hate being student.

"Ye dah bangun!" Dengan malas aku laung kembali. 10 minit selepas itu aku turun ke dining room. Semua dah elok duduk di meja makan. So, I take my usual seat iaitu ditepi Kak Nasya.

"Dasar sleepy head! Lusa dah nak exam. Perangai tak insaf-insaf lagi" Almir Hamzah menggelengkan kepala. I roll my eye.

"Tahu lah Abang Am jealous sebab Abang Am kena bangun lagi awal daripada Maika sebab Abang Am kena ikut Walid pergi masjid kan?" Terus terdiam lelaki itu. Kakak aku sudah tepuk tangan. Umi dan Walid hanya geleng kepala.

"Nice one Maika! Dah boleh jadi lawyer ni" aku sengih.

"I'll think about it" aku kerling ke arah jam Casio yang elok terletak pada pergelangan tangan kananku. Damn! I'm late.

"Okay Maika pergi dulu. Nanti Luna Maya membebel pula. Bye" aku salam Umi, Walid dan Kak Nasya. Tiba giliran Abang Am, lelaki itu mencebik. Aku ketawa halus. Tanpa membuang masa aku kusutkan rambut abang kesayanganku.

"Maika! You're late again! Cepat Maika. Please aku tak nak menghadap perempuan kekwat tu. Dia boleh rosakkan mood aku diawal hari macam ni tau" aku segera lompat naik ke atas motosikal miliknya.

"Sorry-sorry. Dah kalau macam tu jalan lah cepat. Kau ingat kalau kau membebel, motor ni boleh jalan sendiri" motor mula bergerak menuju ke sekolah.

Kenapa aku rasa macam something is missing eh? Eh baru perasan. Mana Zeyad Haydar? Aku tepuk bahu Maya yang sedang fokus memandu.

"Maya, mana Haydar?" Aku bertanya sedikit kuat.

"Kau dengan Haydar tu memang kawan sejati. Dua-dua bangun lambat! Tapi dia lagi epik daripada kau. Aku sampai depan rumah dia, Ibu cakap Haydar baru bangun tidur. So I decided to leave without him. Kali ni biar dia hadap kekwat sorang-sorang" aku hanya mampu ketawa mendengar bebelan Maya.

Kami sampai ke dalam sekolah tepat jam 7:14 pagi. 1 minit sebelum nama diambil oleh pengawas kekwat berdua tu. Well aku tak cakap yang semua pengawas dalam dunia ni kekwat. Cuma, 2 ekor beruk ni memang kekwat tahap abadi. Selalu cari pasal dengan kami. Aku pun tak tahu apa masalah dia.

"Hoi! Asal korang lambat?" Aariz dan Mekka sudah berada di sisi Dewan Mahkota. Kami berdua pantas menghampiri mereka.

"Kau tanya mak cik ni! It's her fault" laju Maya tunding jari ke arah aku. Aku sengih bersahaja.

"Dah agak. Haydar mana?" Mekka jongket kening.

"Well, yang tu lagi teruk. 7:10 pagi tadi baru bangun. Just pray for him" Mekka Medina tepuk dahi. Kami menunggu Haydar dengan penuh sabar.

Hari ni hari kedua last sebelum PT3. Guru-guru pun semakin aggressive dengan mengadakan all those Kem Pecutan. So sebab tu kami akan berada di Dewan Mahkota daripada pagi sampai lah balik.

10 minit berlalu barulah Zeyad Haydar muncul bersama rambut kusutnya. Dia langsung tidak terurus. Tie senget, baju tak masuk ke dalam. Memang totally a mess.

"Bro! Kau dah kenapa ni? Macam kena landa ribut taufan!" Aariz memandang Haydar dengan wajah unbelieveable. Haydar garu kepala.

"Aku over sleep. Sorry buat korang tunggu lama" kami angguk kecil.

"Zeyad Haydar, please do something with your look. It's messy" Maya berpeluk tubuh. Haydar memandang badannya.

"Ugh!! I hate waking up late. And I hate school too" Haydar gumam perlahan. Dia mula memasukkan baju ke dalam seluar. Kami bertiga pandang ke arah lain. Dasar tak tahu malu. Tie diketatkan sebelum rambut yang kusut dibetulkan menggunakan jari jemarinya.

OH MY CRUSHWhere stories live. Discover now