Bab 4: Guardian Angel (part 1)

665 42 0
                                    


Aku dah seminggu tak pergi sekolah. Hahahaha... bukan sebab sakit. Tapi sebab malas! Aku, Maya, Mekka, Haydar  dan Aariz berpakat  tak nak datang sekolah. Walid dan Umi aku pula bagi green light.

So we end up hang out at my backyard. Belakang rumah aku ada layar skrin yang besar. Tempat Walid dan Almir Hamzah melepak tengok bola. Ataupun tempat adik aku, Ba'an main game. It's useful. It's simple yet cozy. Ini kalau ada family gathering memang penuh lah our backyard.

"Weh, esok kita kena pergi sekolah lah. Ada aktiviti. Explore race. Macam best weh. Aku dah bosan duduk rumah hadap game and movies" aku berkata sambil membaca info dalam group Whatsapp batch 02. Sahabat-sahabat aku memandang aku tidak berkelip.

"Kau serious ni Maika?" Aku angguk menunjukkan aku nak ke sekolah esok.

"Okay lah. Tapi aku tak nak pakai baju sekolah. Kita pakai baju pj eh" Haydar jonket kening.

"Suka hati lah nak pakai baju apa pun. Asalkan kita semua tak dapat surat warning sebab tak datang sekolah" jadi kami semua pergi ke sekolah pada akhirnya.

Walid aku pandang aku pelik masa aku turun breakfast tadi. Umi aku pun pelik. Dan aku redha kerana dibahan oleh Umi dan Walid. Merah muka aku sebab tahan malu. Frust.

"Kau dah kenapa ni Maika? Muka merah? Kau makan benda pedas ke?" Maya pegang pipi aku. Aku mendegus.

"Tak ada lah. Umi dengan Walid tu suka bahan aku. Tak pasal-pasal muka aku jadi merah macam ni" aku berkata. Sekarang ni kami sedang duduk melepak di dewan terbuka sementara tunggu guru-guru membahagikan kumpulan untuk Explore Race kami.

"Pula dah. Susah kalau kulit sensitif ni. Pipi selalu merah. Confiuse aku. Kau marah, menangis, excited, malu, kepedasan, sejuk, panas, pipi kau selalu akan jadi merah" Aariz sudah mula merepek.

"Haah. Kau tak payah tempek blusher. Allah bagi semula jadi" Mekka pegang pipi aku. Aku tepis tangannya lembut.

"Memanglah satu kelebihan, aku tak payah tempek blusher tapi kadang-kadang muka aku jadi macam punggung babun"  mereka semua ketawa besar.

Perbualan kami terhenti tatkala Heykal, classmate aku datang menghampiri mengatakan bahawa kami di minta untuk berkumpul. Check kehadiran probably.

"Ini sangat mengagumkan" Fitri, our famous school prankster menghampiri kami semua. Well, Fitri sebenarnya berkawan baik dengan Haydar. They use to hang out a lot.

"Fit... don't start it" I give him a stearn look.

"Hahahah.. tak ada lah. Korang berlima menghilang hampir seminggu. And suddenly muncul hari ni. It's an honour for all of us" I roll my eyes. Mekka dan Maya pula hanya ketawa kecil.

"Bosan lah duduk rumah. At least kalau datang sekolah boleh lah main-main sikit" aku membalas tenang. Fitri ketawa.

"Whatever happen after this are going to be fun. Korang dah lama tak buat masalah kut" kami berpandangan.

"Aku akan pastikan yang Maika dan Haydar tak cetuskan masalah sampai lah result keluar" Maya tepuk bahu aku. Mekka turut mengangguk. Aku dan  Haydar  berpandangan sebelum smirk.

"Hahahah... when pig fly lah!" Dani tiba-tiba muncul. Another troublesome kids.

"Kau nak gamble on this ke?" Han pula jongket kening. Aku dah tepuk dahi.

"Hoi! Hoi! Tak baik gamble. Do not underestimate aku dan Haydar lah. Kami good student kut" Haydar turut mengangguk setuju.

"Good student lah sangat!" Kami dibahagikan kepada 15 kumpulan. Batch kami ada lebih kurang 185 orang dan seramai 35 orang tidak hadir ke sekolah pada hari ini. So satu kumpulan akan ada 10 orang.

OH MY CRUSHWhere stories live. Discover now