Suasana pagi hari ni agak meriah dengan kehadiran tidak di duga oleh Umayr Athar bersama Nadeem dan Qhalish. Aku dah laa baru bangun tidur. Around 10 pagi macam tu. Cuti kut. Ditambah pula dengan aku tak boleh solat lagi.. makin seronok laa aku membuta.. haha..Sekali aku turun, Ba'an tarik aku naik ke bilik semula sebelum aku putuskan untuk malukan diri sendiri untuk kali kedua. Aku dah lah still mamai baru bangun dengan perut lapar and still tak mandi. Rambut aku yang panjang tu pun aku syak dah serupa sarang burung!
"Ya Allah Ba'an... aku sayang kau! Nasib baik kau sedarkan aku" si adik aku peluk erat.
"Eeee.. apa peluk-peluk ni?! Pi mandi lah. Kak Maika, no wonder you don't even have a boyfriend" aku kecilkan mata aku. Ba'an dipandang geram. Eh budak ni... baru sekolah tak sampai setingkat dah sibuk berboyfriend pula.
"Suka hati aku lah. Tepi lah!" Mood aku berubah 360°. I can be nice and mean at the same time. Ba'an ditolak kerana telah menyekat laluan aku untuk masuk ke bilik. Ba'an mengeluh sebelum berlalu meninggalkan aku. Tahu lah dia yang dia tercakap isu sensitive.
Dengan penuh malas aku mandi dan bersiap. 15 minit selepas itu aku sudah wangi dan siap berpakaian lengkap sekali dengan tudung. Duffle bag di dalam almari dicapai ssbelum aku masukkan segala keperluan aku untuk sleepover di rumah Maya pada malam ini. Tak lupa dengan aju punya teddy bear kesayangan. Tanpa teddy bear berbentuk unicorn itu aku tak boleh tidur. Hahaha...
Aku turun ke tingkat bawah dan menuju ke arah dapur. Lapar! Kalau lagi lambat makan, potensi untuk aku kena gastrik makin tinggi. And I'm not in the mood bermalam di hospital.
"Morning" 4 pasang mata tertumpu ke arah aku.
"Morning apa nya? Matahari dah tegak atas kepala.. kamu baru bangun. Anak dara pesen apa lah. Tu laa Umi dah cakap kurang kan berjaga malam. Kalau study tak apa lah juga. Ini sibuk gaming!" Aku garu kepala yang dibaluti tudung yang tidak gatal.
Aduh! Umi dah start membebel. Aku duduk di sebelah Nadeem dan bertentangan dengan Umayr yang sedang sengih pandang aku. Aku mengeluh kecil. Aku pun tak ada mood nak berdebat dengan Umi jadi aku memilih untuk diam sahaja. Tudung saji di buka. Kosong!
"Itu lah siapa suruh bangun lambat lagi. Breakfast pun dab habis. Ba'an habiskan tadi" aku mengetap bibir. Gemuk tu nak kena.
"Waking up at the wrong side of the bed?" Umayr jongket kening.
"Maybe. Maika keluar dulu Umi" aku bangun tanpa menunggu jawapan Umi. Selipar jepun disarung dan aku mula berjalan meninggalkan kawasan rumah. Nak ke kedai area masjid. Harap-harap still ada breakfast.
Aku pun tak tahu kenapa mood aku pagi-pagi dah merudum masuk gaung. Maybesebab hormon tak stabil. Atau pun sebab aku kalah game semalam.. entah yang so sure no one mess with me today.
"Amra Malaika. Tunggu!!" Aku berpaling ke arah si pemanggil. Kening sedikit terngkat melihat Umayr Athar sedang berlari anak untuk mengejar langkah aku.
"Ya Allah.. lajunya awak jalan. Penat saya kejar tau" Umayr mula mengatur nafasnya supaya kembali normal.
"Siapa awak suruh kejar saya" aku menggelengkan kepala. Kaki kembali menapak ke destinasi utamaku.
"Saya nak ikut awak. Where are you going lady?" Umayr berjalan menyaingi langlahku.
"Saya nak pergi kedi roti canai. I'm having brunch. Lapar. Kalau nak ikut jalan cepat sikit" Umayr hanya mengangguk sebelum kami berdua berjalan menuju ke kawasan masjid. Neither of us talk.
Dan aku amat bersyukur tatkala melihat Kedai roti canai still buka and orang dah tak ramai. Mungkin sebab dah lewat.
"Awak nak makan Umayr? Roti canai dekat sini the best in town. Dekat KL pun tak akan sama" aku tak tipu. Ini bukan sebab aku kena review produk ke.. or pak cik Hakim rasuah aku. Memang sedap tak tipu.
YOU ARE READING
OH MY CRUSH
Fiksi RemajaHidup seorang Amra Malaika amatlah sederhana. Mempunyai keluarga yang bahagia dan sahabat yang setia sudah cukup menyempurnai hari-harinya. Oh dan ditambah pula dengan kehadiran si 'Crush' membuatkan harinya menjadi lebih menarik. Siapa sangka, 'Cr...