Bab 8 : The Girlfriend

588 40 3
                                    

UMAYR ATHAR POV

UMAYR ATHAR

Aku mengeluh sedikit tatkala melihat wajah beku sahabat-sahabatku. I know it's my fault sebab bawa Alissa sekali sedangkan hari ni kami nak lepak bro-bro aja.

"Umayr! Awak nak makan apa?" Alissa menarik hujung lengan baju ku untuk menarik perhatian aku. Aku berpaling sebelum memberikannya senyuman nipis.

"Saya nak Big Mac ajalah. Set besar" aku membalas.

"Okay kalau macam tu biar saya pergi order awak duduk sini okay?" Laju aku geleng kepala.

"No no. Saya lelaki, biar saya yang belikan" Alissa masih berdegil. Jadi aku mengalah. Nanti tak pasal gaduh pula. Aku beralih memandang Nadeem, Awf, Luzman dan Qhalish.

"Asal korang diam ni? Biasa pantang berkumpul, 10 batu dah dengar suara korang" aku jongket kening. Mereka kekal diam. Seriously? Takka sebab aku bawa Alissa diorang nak marah sampai macam ni.

"Adeem, ada chat Maika tak?" Luz bersuara tetapi bukan bercakap dengan aku .

"Tak. Aku rasa Maika tak okay lah. Cuba kau tengok, kita membongak dalam group, dia chill jadi CCTV" Nadeem mengeluh. Aku terdiam.

Sudah lama aku tidak mendengar cerita tentang gadis itu. Biasanya ada lah Adeem ataupun Luzman yang akan jadi repoter tak bergaji. Benda yang aku tak tanya pun diorang bagi tahu.

"Nadeem! The fudge tukar nama group macam ni?!" Suara Awf sedikit meninggi. Dahi aku berkerut. Group apa? Aku buka phone dan check group Whatsapp. Sama aja.

"Hahaha.. biar lah. Eh Maika online" lepastu semua sibuk dengan phone. Masa tu Alissa muncul bersama pesanan kami berdua. Muka aku masam. They really want to ignore us?!

"Gosh.. I miss my girl friend" Luzman tersengih.

"Tolong sikit eh.. tu girlfriend aku" Nadeem berkata.

"Perasan. Maika ni awek aku" Qhalish tidak mahu kalah.

"Korang jangan nak perasan. Maika awek aku" Awf tidak ketinggalan untuk menambah.

"Korang! Tengok Maika tukar nama group!" Qhal mula ketawa. Aku memandang penuh minat. Jarang Qhal ketawa sekuat ni.

"Dude, jom Video call dengan Maika" Awf jongket kening.

"Good idea" aku mengeluh. Aku terasa kehilangan sahabat.

"Seriously guys, kita tengah melepak kut. Kau panggil ni ke melepak?!" Aku mula bengang. Awf, Luz, Qhal dan Adeem mengangkat wajah memandang aku.

"Kau tak perlukan kami dah. Alissa, mohon layan Umayr ye. Dia dah kebosanan tu" Nadeem membalas dengan suara yang sangat lembut. Aku mengepal penumbuk.

"Hoi! Hodoh jilake muka korang!" Tiba-tiba muncul suara seorang gadis diikuti tawa riang selepas itu. Entah mengapa, mendengar tawa ceria itu boleh membuatkan hati aku yang sedang membara ingin mengamuk menjadi tenang. I feel so calm.

"Eh sorry sikit... aku lah paling handsome dalam dunia" Nadeem Zulfaqar membalas sambil membuat muka bangga.

Yang ajaibnya, wajah kawan-kawan aku yang tadinya masam mencuka terus berubah riang dan gembira tatkala berbual dengan gadis bernama Malaika itu.

"Umayr, diorang video call siapa tu?" Astaghfirullah halazim.. aku tak ingat pun Alissa ada bersama kami.

"Kawan diorang" Alissa terangguk-angguk.

"Kawan diorang maksudnya kawan awak juga lah?" Aku menggelengkan kepala.

"Tak. Saya tak kawan dengan budak perempuan tu" aku pelik sebab daripada suasana bising, budak berempat itu diam tidak terkata. Wajah masing-masing sukar untuk ditafsir.

OH MY CRUSHWhere stories live. Discover now