Bab 10: Him

571 40 2
                                    


"Walid! Kak Maika tak ada life!!! Tengok ni Walidd!!" Aku ketawa besar sambil berlari keluar daripada bilik Nabhan Syakirin. Aku yakin satu taman boleh dengar jeritan Ba'an. Hahahaha..

Aku terus turun ke tingkat bawah. Kelihatan Walid sedang menonton bola diruang tamu memandang aku sambil menjongket kening.

"What have you done Maika?" Aku tersengih.

"Mana ada buat apa-apa Walid" Walid mencebik.

"I know you Amra Malaika. Bosan sangat ke sampai dikacau Nabhan tu?" Aku gelak.

"Apa yang bising-bising ni? Sampai luar rumah boleh dengar tau" Umi muncul daripada ruang dapur. Laju aku buat muka suci.

"Mana ada bising Umi" Umi memandang aku tidak percaya.

"I'm not buying your act Maika" Umi dah masak dengan perangai aku.

"Maika bosan lah Walid, Umi!" Aku melabuh duduk disebelah Walid. Baru jam 10 pagi, aku dah terasa bosan tahap abadi. Baru sehari cuti sekolah bermula.

"Amra Malaika mati kutu bila kawan-kawan semua tak ada. Sian nya princess Walid ni" kepala aku digosok mesra. Segera aku tepis lembut tangan Walid.

"Maika tak bergurau ni. Bosan tak tahu nak buat apa. Kalau ada Mekka and Maya boleh ajak lepak" aku mengeluh.

Cuti pertengahan tahun dah bermula. That's mean semua balik kampung. Mekka and Aariz dah selamat balik Dubai. Maya pun dah balik kampung yang jauh nun di Perlis. Haydar sekeluarga pula pergi bercuti ke LA sebab adik-adik Haydar nak pi Universal Studio. Katanya nak jumpa Spider Man.

Jadi tinggal lah seketul Amra Malaika di Pahang berseorangan. No fun lah macam ni. Betul kata Walid. Aku mati kutu bila diorang semua tak ada. Biasanya aku akan ajak diorang lepak, now I don't have any idea what to do. Haih...

"Pi lah contact member ajak lepak. Tak pun pergi tolong Shark dekat cafe. Ada faedahnya. Daripada terperuk dekat rumah kacau Ba'an" Umi bersuara sebelum berlalu ke dapur. Aku berfikir sejenak.

Memang ada plan nak tolong Shark and Sky dekat Cafe. Tapi tak ada lah secepat ni. At least nak juga rehat sehari dua tiga dekat rumah. Aku ni memang berkawan dengan semua orang tapi tak bermakna aku keluar lepak dengan semua orang. Lagi-lagi kawan perempuan. Suck to be Amra Malaika.

Sayup-sayup kedengaran salam diberi. Aku menjengah ke luar. Walid tolak bahu aku menyuruh aku tengok siapa datang. Penuh malas aku bangun dan capai tudung sarung sebelum keluar ke rumah. Dani dan Fayyad elok tersengih tatkala aku keluar.

"Hah, asal?" Aku jongket kening.

"Jom lepak. Kami semua nak pergi main bowling ni. Lepas bowling plan nak tengok wayang. Pastu makan-makan round Kuantan. Nak join tak?" Mata aku sudah bersinar.

"Nak nak! Ya Allah... aku kebosanan sampai tahap mereput tau. Korang memang penyelamat aku" Dani dan Han ketawa.

"Aku dah agak. Pergi lah siap. Around 11 pagi dah nak gerak" laju aku angguk tanda faham. Masuk dalam rumah, Walid terus dituju.

"Walid, Maika nak keluar main bowling dengan Dani boleh? Please Walid. Let me go with them. Puhlease" aku goncang lengan Walid. I make those puppy eyes.

"Fine. Balik sebelum pukul 5 petang. You faham?" Aku mengangguk dengan senyuman lebar.

"Sayang Walid!" Aku terus berlari menuju ke bilik untuk bersiap. Setakat lepak dengan Bad Boy, tak payah nak cantik sangat. So aku grab jeans lusuh, t-shirt lengan panjang berwarna hitam and tudung bawal berwarna baby pink.

Muka hanya disapu bedak and bibir dioles lipbam. Grab phone and duit semua masuk dalam poket. Lastly ialah kasut converse high cut berwarna hitam untuk melengkapi hariku. Aku bersalam dengan Walid dan Umi sebelum menapak ke rumah Dani. Kelihatan semua dah ada.

OH MY CRUSHWhere stories live. Discover now