Bab 26: New Students

468 30 2
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak Umayr menerima cabaran mengarut yang direka oleh Haydar dan Fayyad. Seminggu juga sudah berlalu sejak our first date. To be honest, it's a great date. Aku dapat kenal sisi baharu Umayr Athar yang lebih 'terbuka'. Senyuman pun tidak lepas daripada wajah kacaknya. Kacak? Haa sudah Amra Malaika. Sejak dua menjak ni makin menjadi-jadi gatal merenyam. Hahhaha..

Dan sudah seminggu aku di bahan oleh semua orang. Yeah I know.. suck to be me. Semua ni salah Maya and Aariz yang tak reti nak duduk diam. Ada jer akalnya nak kenakan aku. Now aku dah faham perasaan mereka semua apabila di bahan olehku. Well.. they say karma is a bitch right?

Umi pula dah seminggu tersengih-sengih. Aku dah penat nak marah akhirnya aku biarkan aja mereka berbahagia menjadikan aku sebagai bahan lawak. Asalkan mereka semua bahagia.. aku pun bahagia juga.

Walid being the coolest daddy in the world when he take my side! Walid aja yang setia jadi geng aku. Time aku balik from my date, Walid tak cakap apa-apa pun. He just asked me did I enjoyed myself or not. Simple. Walid even backup aku waktu Umi seronok 'membakar' aku. Huhu.. I love my Walid to the moon and back.

Since our date, aku dah jarang jumpa Umayr because he's been busy with his University stuff. Itu laa waktu dia duk mai rumah aku, aku asyik merungut cakap dia tak ada kerja ke. Ini bila dah tak ada baru laa aku tercari-cari. Tapi aku faham. Umayr dah nak habis foundation around beberapa bulan aja lagi. After foundation dia terus sambung degree tapi pindah kampus.

"Amra Malaika! Tak sudah lagi ke bersiap tu? Si Haydar and Mekka dah sampai ni!" Aku tersentak apabila suara Umi kuat memanggil. Lol.. aku berangan depan cermin lagi rupa-rupanya. Hahaha.. dah parah ni Amra Malaika. Tanpa berlengah aku segera capai tote bag daripada jenama YSL yang dihadiahkan oleh parents Mekka Medina.

Sewaktu aku tiba di dining room, Mekka dan Haydar sudah menjamah Nasi Goreng Planta yang dibuat Umi. Aku duduk di sebelah Mekka dan mula makan.

Aku pelik dengan Haydar sebenarnya. Takkan ibu tak buat breakfast sampai mai makan rumah aku. Kalau Mekka aku tahu lah sebab biasanya Nenek and Atuk ada kelas mengaji pagi-pagi.

"Ibu pergi mana-mana ke?" Haydar angkat wajah memandangku.

"Ibu ada aja dekat rumah" Haydar sengih.

"Dahtu asal makan dekat sini?" Haydar masih lagi tersengih serupa kerang busuk.

"Ibu laa buatkan sandwich. Adik-adik laa acah nak breakfast ala mat saleh. Aku ni melayu sejati mana lalu nak makan benda alah macam tu. Dah alang-alang Umi ajak makan, aku pun tak tolak lah" cerita Haydar. Aku ketawa.

"Kau kan Haydar jangan. Satgi dapat isteri serupa Luna Maya yang tak makan heavy. Kena makan oatmeal, roti, omelette and kokocrunch. Mati kebulur laa kau" seronok aku gelakkan Haydar. Mekka turut sama menyetujui aku.

"Huh memang tak lah aku and Maya. Mati tegak aku" Haydar turut mengutuk. Aku hanya mencebik. Haydar tu mulut aja cakap lagu tu, tapi dalam hati lain. Macam aku tak tahu.

"Jangan kutuk sangat Haydar. Biasanya yang tak nak tu lah dapat" Umi menyampuk. Aku dan Mekka ketawa besar. Seronok betul kenakan Zeyad Haydar. Haydar buat muka.

"Haydar kamu dah ada girlfriend?" Tiba-tiba sahaja Walid menyoal. Terus Haydar tersedak. Walid hanya tersengih lebar.

"Apa Walid ni? Haydar ni single and ready to mingle" aku mencebik mendengar jawapan Haydar.

"Tipu! Walid, Haydar tipu. Minggu lepas Haydar pi dating! Tu hah dating dengan anak tauke gas tu!" Mekka berkata laju. Jari ditunding ke arah Haydar bersama mata bulat. Walid ketawa besar. Haydar dah ketap bibir.

OH MY CRUSHWhere stories live. Discover now