Bab 14: Lepaking

580 37 0
                                    


"Maika cantik intan payung buah hati kanda, jangan laa merajuk lagi dengan kami. We are so sorry sebab tinggalkan kau" aku tetap seperti tadi hanya membatu kan diri. Lima lelaki yang berdiri di hadapan aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal.

"Maika, kami bukan tak nak ajak. Kau kena lah faham. Kau perempuan, kami lelaki. Lagipun kami kan travel dengan bus aja" kali ini Fayyad pula bersuara setelah pujukan Dani tidak berjaya.

"That's not the problem. Aku tak kisah pun korang nak tengok bola sampai lebam pun, yang aku geram tu korang salah timing. Dah lah Mekka, Maya, Haydar and Aariz tak ada. Lepastu korang pula tak ada. Aku mati kutu tau" tak tunggu lama, aku terus luah apa yang terbuku di hati aku ni selama ketiadaan mereka semua.

Mereka berlima terkebil-kebil sebelum meletuskan tawa. Aku berpeluk tubuh. Wajah sudah masam mencuka. Panas pula hati aku.

"Gelak lah gelak. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Masa tu biar kau jadi kera sumbang!" They just grin annoyingly.

"Kami tak ada niat nak ketawakan kau. It just, you are adorably cute when you are frustrated. We are sorry Maika. Kami mengaku salah kami sebab salah timing nak pi tengok bola" Hud berkata. Aku mengeluh.

"Fine. Your sorry are accepted" merekah senyuman mereka berlima.

"So we're good now?" Han jongket kening playfully. Aku akhirnya senyum jua.

Melihat senyuman aku, baru lah mereka semua meletakkan beg berwarna hitam di atas gazebo. Sebenarnya dari tadi lagi aku curious nak tahu apa dalam beg tu. Tapi disebabkan aku sedang dalam mood 'merajuk' dengan mereka, aku diam kan diri sahaja.

"Apa tu?" Aku menyoal. Mereka sengih.

"Disebabkan kami rasa bersalah tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini, so we bought something for you. Buka lah" Fitri tolak beg tersebut ke arahku.

"Kami beli tak mahal pun. So tak ada alasan untuk kau tolak tau" Han awal-awal warning. They know me too well.

"Fine. Tapi kalau mahal sangat aku tak nak tau" dan mereka hanya buat tak dengar. Kurang ajar betul.

Aku mula membuka zip beg berwarna hitam tersebut dan mula keluarkan pelbagai jenis plastik daripada beg tersebut. Mata aku sudah bersinar melihat hadiah yang dibelikan mereka.

"Jersey tu from aku. Aku tahu kau still tak ada lagi jersey Chelsea 2018/2019 punya. And the other one is jersey Ajax FC" Han berkata. Aku keluarkan jersey tersebut sebelum mengukurnya di badan sendiri. Dua-dua jersey jenis lengan panjang.

"Han! Thank you. I love it. Kau macam tahu-tahu aja" Han sengih lebar.

"Eleh setakat jersey aja. Maika, ni aku yang pilih and belikan special untuk kau" Fitri terus menghulurkan plastik berwarna hitam. Isi plastik dikeluarkan. Aku sudah sengih melebar.

"Fit! Ya allah.. buat apa kau beli bawal banyak sangat ni?" Mana taknya, budak Fitri ni beli aku 6 heali tudung bawal kosong. Semua warna pastel. Aku suka!

"Kau tahu aku cepat terpengaruh dengan rakan sebaya kan? Jurujual tu cakap kalau aku beli 6 helai, satu helai aku dapat RM 5 ringgit aja. Harga asal RM 8 tau. So memang jimat. Kau suka bawal manik kan? Kau pergi tambah sendiri aja nanti" aku sudah tergelak besar.

"Thanks Fit. Aku suka. Dah lah warna semua cantik. And to be honest aku still tak ada warna ni" aku angkat bawal berwarna coffee latte.

"Huh.. setakat bawal aja apa kelas, Maika ni kau punya. Aku beli" melihat beg kertas yang dihulurkan Dani sudah cukup buat aku teruja. Beg Daiso! Seekor anak patung haiwan berbentuk cheetah yang gebu buatkan aku terjerit kecil.

OH MY CRUSHWhere stories live. Discover now