Kami sudah memulakan countdown for PT3 yang tinggal tak sampai seminggu. Masing-masing mula serius dan sudah tidak lagi bermain dan sambil lewa. Terutamanya aku dan Haydar yang baru nak insaf.In sya allah... semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Seperti kebiasaanya, Maya dan Mekka bertandang ke rumah aku pada sebelah petang. Study. Haydar akan keluar bermain bola dan Aariz akan sibuk di kedai makan keluarganya.
Kata Abang Am, kami tak boleh tertekan sangat. Kena chill aja. Cari ruang untuk otak dan badan berehat. Kalau study 'menggila' pun dah tak ada guna sekarang ni. Exam tinggal beberapa hari sahaja lagi.
That's why aku, Mekka dan Maya putuskan untuk tengok movie malam ni. Esok pun cuti. Weekend kan. So kami plan nak buat sleepover. Rumah aku ni dah macam rumah kedua untuk Maya dan Mekka. Parents aku pula tak kisah sangat.
"Maika, nak ikut Abang Am dengan Ba'an ambil Kak Nasya dekat bus stop tak?" Aku yang sedang menolong Umi di dapur menjengah sedikit.
"Tak nak lah. I'm helping Umi for dinner" Maya dan Mekka turut tidak ketinggalan untuk membantu. Hari ni kakak aku balik. Study week katanya. Boleh lah lepaskan rindu sekejap buat keluarga. Katanya lah.
"Mekka! Bawa kan daging tu ke sini" Umi memanggil Mekka Medina yang sedang membasuh daging.
"Okay Umi" Mekka memang rapat dengan Umi sebab Umi aku ni macam Mama Mekka yang kini berada di Mekkah.
Sebenarnya, Mekka dan Aariz ni dulu tinggal di Mekkah. I know it awesome right. Tapi, disebabkan Mekka rindukan Malaysia, Mekka dan Aariz berpindah ke Malaysia dan tinggal bersama Atuk dan Nenek Mekka di sini.
I know she miss her mother and father damn much. Sebab tu aku suruh aja Mekka anggap Umi aku macam mak dia sendiri.
"Maya, are you doing fine with the Vegi?" Umi menjengah kepada seorang lagi anak angkatnya.
"I'm doing great Umi!" Dapur kami meriah pada hari ini.
"Wah best nya bau!" Almir Hamzah muncul. Lelaki itu bersandar pada kitchen island.
"Eh tadi bukan cakap nak ambil Nasya ke?" Umi pandang anak sulungnya.
"Walid cakap Walid nak ambil Nasya" Umi terangguk-angguk.
"Tengok lah siapa yang masak" aku menjawab. Tangan masih lincah menggoreng ayam black pepper.
"Tak tak. Ni sebab aura Umi. Ni confirm sakit perut kalau makan" aku tayang buku lima.
"Abang, jangan sampai Malaysia kehilangan seorang doktor cardiologist" aku menghalakan sudip tepat ke arah Abang Am. Lelaki itu ketawa besar.
"You're so grumpy Maika" kepala aku digosok. Habis rambut aku rusut. Aku menepis kasar tangan besar Abang Am. Tangan macam Shrek! Aku balas balik dengan menarik rambut Almir Hamzah. Suara Umi sudah tinggi meleraikan kami berdua. Well, we used to fight like this. So it's normal. Ni lah cara kami adik beradik menunjukkan 'kasih sayang' antara satu sama lain.
"Belajar tinggi-tinggi, perangai macam budak-budak. Macam mana nak kahwin ni?" Terus kami berhenti bertekak.
"Apa kaitan dengan kahwin ni Umi?" Aku pandang Umi dengan pandangan bosan.
"Iya lah. Zaman dulu-dulu umur macam korang ni dah boleh kahwin tau. Hah lagipun Maika kan dah ada calon" Umi senyum mengusik. Muka aku berkerut.
"Calon? Siapa pula Umi?" Umi ni ada aja nak mengusik. Aku ni PT3 pun tak lepas lagi, Umi cakap pasal kahwin pula. Seram!
"Alah... apa nama budak lelaki tu? Maya, Mekka, nama apa crush Maika ni? Umi tak ingat. Tapi nama macam cerita Marvel yang Ba'an suka tengok tu" air muka aku berubah. I know what Umi talking about.
YOU ARE READING
OH MY CRUSH
Teen FictionHidup seorang Amra Malaika amatlah sederhana. Mempunyai keluarga yang bahagia dan sahabat yang setia sudah cukup menyempurnai hari-harinya. Oh dan ditambah pula dengan kehadiran si 'Crush' membuatkan harinya menjadi lebih menarik. Siapa sangka, 'Cr...