SaatBungaBungaCintaBersemi 4

104 1 0
                                    


MAJLIS BERLANGSUNG?

Ya. Majlis tetap berlangsung. Jurumekap sedang siapkan pengantin. Keluarga belah perempuan sibuk melayan tetamu yang hadir awal. Semuanya berjalan lancar. Keriangan suara orang dewasa dan kanak kanak di sekitar kediaman rumah pengantin.

Pengantin lelaki mengucap syukur berkali kali kerana Atira Mohd Karim telah sah menjadi isterinya. Siapa sangka jodoh mereka berdua termenterai hari ini. Dia adalah orang yang paling gembira kerana disatukan dengan orang yang dicintai sejak zaman sekolah lagi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Niat untuk memperisterikan Atira menjadi kenyataan. Semoga ikatan perkahwinan ini disimbahi kasih sayangNya. Hatinya berdoa tidak putus putus.

Atika tersenyum nipis melihat wajahnya ditatarias oleh make up artis.👰💅🌺🌂

Kaum kerabat dan sahabat handai memuji muji kecantikan Atira. 💄👠
Baju pengantin yang dipilih oleh Atira dan cikgu Firdaus kelihatan sangat cantik ketika disarung oleh kedua mempelai.

Walaupun pasangan pengantin dirai penuh meriah dan gelak tawa namun jauh di sudut hati, Hazim tahu isterinya itu masih lagi bersedih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Walaupun pasangan pengantin dirai penuh meriah dan gelak tawa namun jauh di sudut hati, Hazim tahu isterinya itu masih lagi bersedih. Sesekali Atira menghilangkan diri ke bilik mereka. Hazim masuk untuk menenangkannya. Dengan lembut tisu digapai dan dia mengelap air mata isterinya.

Atira tergamam dengan kelakuan Hazim. Jika sebelumnya Hazim bersikap seperti seorang kawan sifatnya tidak selembut ini. Tapi hari ini.. Hatinya terusik. Timbul rasa kasihan pada Hazim. Tiba tiba bayangan Firdaus menjelma di fikirannya. Hatinya sakit mengingatkan sebab Firdaus membatalkan perkahwinan mereka.

Alasannya cukup membuatkan air matanya menitis. Sanggup Firdaus berkorban untuk orang lain. Dan membiarkan dirinya dan keluarga menanggung segalanya. Firdaus telah melukakan hatinya. Cukuplah hanya dia seorang yang tahu.

Keluarganya bukan main marahkan Firdaus tetapi Atira sendiri tidak mahu keluarganya bersemuka dengan Firdaus. Firdaus anak yatim dan di jaga oleh mak saudaranya. Berkali kali mak saudaranya menelifon papanya memohon kemaafan. Walaupun begitu papanya masih marah.

Hanya Allah mengetahui segalanya. Berkali kali papanya beristiqfar panjang. Atira merasa sayu melihat papanya yang bersedih hati. Namun hari ni kelihatan mama dan papanya sudah mampu tersenyum lebar melayani tetamu yang hadir.

Dan untuk Hazim yang sudah bergelar suaminya Atira merasa, banyak sungguh perasaan yang terpalit. Kasihan, berterima kasih dan semua yang baik baik tentangnya. Tapi perasaan cinta buat lelaki ini... Masih tiada. Atira menangis lagi. Hazim masih setia di sisi.

"Dah la jangan nangis. Nanti tak cantik. Atira cantik sangat hari ni. Buruk pulak kalau nangis macam ni. Jom kita keluar. Kawan kawan kita semua bertanyakan Tira. " pujuk Hazim lembut.

Atira mengangguk dan berdiri melangkah keluar bersama suaminya.

Tika malam menjelma hati Atira tidak senang. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Sepupu dan mak saudaranya menyuruhnya berehat di bilik. Atira yang segan bila berselisih dengan Hazim buat buat tidak nampak. Malam ini malam pengantin.

"Tira. Pergi berehat. Dah, esok pula kita sambung buat kerja ni" mamanya menegurnya.

Atira mengangguk dan menuju ke biliknya. Saudara yang mengetahui tentang perkara yang terjadi semalam tidak mengusik pengantin baru itu. Jika Atira berkahwin dengan Firdaus sudah pasti riuh suara mereka mengenakan raja sehari itu.

Bila pintu bilik dibuka. Hazim sedang menunaikan solat. Sebelum itu dia sudah tahu Hazim memang selalu solat sunat. Atira mengambil peluang ke bilik air dan membersihkan diri.

Usai mandi dan siap berpakaian Atira keluar dengan rasa tidak sedap hati. Dia kekok berada berdua dengan Hazim. Pada mulanya dia tidak membuang tuala yang menutup rambut basahnya. Tetapi dia rasa tidak berdosa sekiranya Hazim melihatnya begitu. Lantas dia berlagak biasa dan mengelap rambutnya.

Hazim yang sedang bermain telefon menoleh ke arahnya yang sedang menyapu penyegar wajah di mukanya. Hazim juga sama seperti Atira. Dia tidak berani bersuara. Tapi keadaan makin tidak selesa jika masing masing diam seribu bahasa. Dia sendiri sebagai lelaki berdebar debar berduaan dengan Atira saat ini. Namun dia berlagak tenang.

"Tira.. Buat apa tu? mari duduk sini.. "
Atira menoleh dan bergerak perlahan menghampiri Hazim.

"Tira. Hari ni kita disatukan sebagai suami isteri kan, jadi kita kena mulakan hidup baru. Saya nak Atira lupakan semua benda yang dah lepas. Buka buku baru. Saya janji saya tak akan sia siakan awak sepanjang kita bersama. "

Hazim cuba menyentuh tangan Atira. Atira membiarkan. Hazim lega kerana Atira tidak menolak. Namun beberapa saat kemudian Atira menarik tangannya. Sungguh dia rasa berdosa namun dia tidak selesa. Hazim melepaskan tangannya.

"terima kasih sebab terima saya sebagai Suami.. Apa pun awak nak buat lepas ni kita bincang sama sama. Dan saya sebagai suami Tira akan selalu sokong Tira.. "

"saya? "

"emm.. Oh okey mulai hari ni. Kita buang perkataan aku kau boleh?... "

Atira diam. Dia membuat pandang ke tempat lain. Sebenarnya dia langsung tiada mood untuk berbual malam ini. Lenguh seluruh tubuhnya kerana melayani tetamu. Dan dia rasa tak bermaya kerana sejak semalam dia sudah banyak menangis.

"awak tak suka ke? Tira rasanya tak manis kalau kita panggil, aku kau macam selalu.. "
Atira mengiakan.

"ya.." senyumannya terukir. Hazim lega sekurang kurangnya saat ini wajah kesayangannya itu tersenyum manis.

"Terima kasih. Tira jangan bimbang. Buat masa ni kita biasakan panggilan je dulu. Saya.. Saya takkan paksa atau buat apa apa yang awk tak suka. Jangan risau. Sekarang awak tidur. Berehat. Saya tidur dekat sofa.. "

Atira hanya memandang Hazim yang sudah mengapai sebiji bantal lalu menuju sofa. Satu senyuman terpampang di wajah Hazim yang sudah mengantuk itu.

Atira juga menghadiahkan senyuman sebagai ucapan terima kasih.

"Terima kasih Hazim. " ucapnya sayu.
Hazim hanya mengangkat tangan membuat bentuk 'okey'.👌 Atira merebahkan tubuhnya yang penat ke atas tilam. Begitu cepat dia terlena kerana keletihan.

Hazim tersenyum melihat wajah tenang dan polos isterinya. Matanya tertutup rapat semula.

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now