BERCINTA🍃🍃🍃🌹
"Hazim.. Awak tak kerja ke hari ni? "
Soal Atira saat terpandangkan Hazim sedang membuat milo panas dan meletakkan di atas meja. Dia berpaling apabila menyedari Atira menghampiri dapur.
"tak hari ni abang cuti. Sebab abang nak jadi doctor untuk isteri kesayangan abang ni. Silakan duduk tuan puteri " Hazim menarik kerusi untuk Atira. Atira tersenyum. 😄
Atira hanya melihat Hazim mengambil pinggan dan meletakkan nasi lemak di atas pinggan lalu diberi kepada Atira. Seleranya sudah kembali sedikit. Semalam dia tidak berselera makan. Rasa loya dan pahit mulutnya sangat menyeksakan dan dia rasa nak pitam.
"kenapa tak makan lagi ni.. Ke nak abang suap? " Hazim mengusiknya.
Atira menjeling padanya. Segera dia menyuap nasi lemak ke mulutnya. Hazim tersenyum lagi."ni abang belikan kueh seri muka dan tepung pelita.. Makanlah. " Didekatkan pinggan kueh kepada Atira.
"terima kasih awak. " ujar Atira dia mengambil tepung pelita. Sedapnya..
"macam mana rasanya hari ni demam dah kurang kan? " Hazim menyentuh dahi Atira. Atira mengangguk. 😷
"em abang rasa awak ni demam rindu dekat abang. Betul tak sayang? "
"perasan. Mana ada. Kalau nak demam demam lah. Demam rindu kat awak buat apa Hazim.." Atira mengunyah perlahan.
"tak nak mengaku la tu. Sebenarnya sayang rindu gila dekat abang kan. Bukan main bimbang bila abang senyap hari tu. Berbelas kali call.. "
Atira marah. Tahu tak apa. Dia meletakkan sudu.
"kenapa awak buat macam tu? Mestilah saya risau. Berapa hari tak reply whatsapp. "
"saja... Nak tengok awak risau ke tak. "
Atira menjeling."sayang kenapa tak makan lagi? "
"tak de selera la. Nanti karang saya makan.. "
Separuh nasi lemak dan satu tepung pelita saja dia makan. Tekatnya masih rasa loya. Mungkin demamnya masih ada. Dia memeluk tubuhnya. Sweater yang dipakai dibutang penuh.
"Sayang naik atas berehat. Kejap lagi abang datang peluk" Hazim menyakatnya lagi.
"tak payah peluk lah. Saya dah sihat. Selimut aje dah okey. Tak payah nak mengada Hazim. " Atira membalas sambil mendaki anak tangga.
"betul ke sayang tak nak abang peluk? "
Hazim tergelak sendiri. Atira buat buat tidak mendengar.Petang itu setelah selesai solat berjemaah Hazim menadah tangan berdoa. Sayu hati Atira yang mendengar Hazim mendoakan agar rumah tangga mereka aman dan bahagia tiada persengketaan. Dan Hazim meminta pada Allah supaya Atira menjadi bidadarinya di syurga kelak. Dia tahu Hazim mencintainya. Atira merasa tenang kerana dapat solat berimamkan Hazim lagi. Sudah seminggu mereka berjauhan dan dia sudah tidak seronok solat bersendirian.
Dia mengakui inilah nikmat berumah tangga bersama pasangan. Salah satunya solat bersama sama. Seluruh ketenangan menyelimuti dirinya. Hazim memang seorang suami yang baik dan seorang yang menjaga solat dan agama. Selesai semuanya Atira menyalami Hazim penuh syahdu. Hatinya tersentuh setiap kali Hazim menyentuh kepalanya. Hatinya benar benar menyenangi Hazim. Dia sudah mula mencintai Hazim.
"sayang abang nak minta satu benda boleh hari ni.. "
"apa dia?"
"panggil saya abang boleh.. "
Air muka Atira berubah."em kenapa. Saya awak pun dah okey saya selesa macam ni. Nak panggil abang.. Rasa... Em tak biasa lah Hazim. Please panggil saya awak pun okey kan.. "
Atira meluahkan rasa. Dia benar rasa janggal untuk memanggil Hazim abang.
"lama lama okey lah. Abang suka kalau awak boleh panggil abang, abang. Take your time sayang.. kita masih banyak masa. "
Atira mengangguk. Entah bila dia boleh panggil Hazim abang.. Huhu dia rasa macam.. Ralat. Atira membuka telekung solat. Dia berkira kira nak ke bawah mengambil panadol. Kepalanya masih terasa sakit.
"sayang nak ke mana tu.. Abang dah ambilkan ubat tu dekat atas meja. "
Macam tahu tahu saja Hazim ni aku nak makan ubat. Atira tersenyum."Thanks Hazim.. Er.. Abang. " Dia jawab perlahan. Alamak. Rasa nak tergeliat lidah Atira. Hazim ni pun satu nak berabang abang lah pula. Makin mengada. Huhu aku yang rasa malu. Atira mengata Hazim dalam hati.
Hazim tersenyum bahagia Atira memang wanita yang baik. Dan seorang isteri yang mendengar kata.
"sayang. Minggu ni lepas kita balik kampung kita terus ke Terengganu. Kita honeymoon. Kita kan belum pernah honeymoon. Abang dah minta cuti seminggu. Okey tak sayang. Sebab nak pergi jauh jauh, abang banyak kerja kena siapkan. Lain kali kita pergi jauh sikit. "
Atira yang mendengar dia akan pergi bercuti memandang Hazim. 👏👏😍😍
Wah hatinya melonjak kegembiraan. Dia memang bosan hari hari terperap dalam rumah. Sesekali dia ingin bercuti. Akhirnya dapat juga dia bercuti menghilangkan tension asyik kena tinggal dekat rumah.
"Betul ke sayang?? Eh.. Er awak.. ? bestnya. Saya tak sabar nak pergi bercuti dekat sana. Thank you Hazim..." senyumnya meleret. Tapi sebenarnya dia malu kerana tersasul. Dia harap Hazim tak dengar dia panggil Hazim sayang. 😳🙈
"apa sayang? Haha abang pun tak sabar nak berhoneymoon dengan sayang. Nak berdua duaan, bermesra dengan sayang dekat sana. Kita bercinta dekat sana ye sayang.. " 💕💓
Atira menelan air liur mendengar kata kata Hazim. Senyumannya makin kendur. Dia menelan panadol dan meneguk air kosong sehingga habis. Hazim tergelak kerana berjaya menyakat Atira. Wajah Atira bertukar merah. Benci! Hazim ni suka sakat orang omel Atira.😫😭
🍃🍃🍃🌹
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...