ATIRA DEMAM🍃🍃🍃🌹
Kehidupan Hazim dan Atira makin baik dari hari ke hari. Atira mengakui Hazim terlalu baik melayannya. Dia tahu andai dia berpisah dengan Hazim walaupun sekejap dia akan merindui Hazim. Kenapa perasaan ini timbul? marahnya dalam hati.
Atira malu untuk menyatakan sayangnya dia pada Hazim. Untuk mengungkapkan perasaan cinta juga dia tidak pasti. Namun setiap kali mereka berdekatan Atira sedar hatinya berdebar debar apakah dia telah jatuh cinta dengan suaminya?. Kadang kadang Atira seakan menjauhkan diri dari Hazim kerana dia takut untuk menyayangi dan mencintai Hazim seperti mana dia rasakan pada Firdaus. Dia bimbang Hazim juga akan pergi meninggalkannya.
Sejak pukul 11 pagi tubuhnya terasa seram sejuk. Dia menyembunyikan diri dalam selimut. Ada ketikanya tubuhnya terasa terketar ketar. Rasanya dia nak demam. Ketika itu dia teringatkan mamanya. 'Mama Tira rasa macam nak demam' rintihnya.
Hazim yang baru pulang dari kerja mencari kelibat Atira di dapur. Hazim pelik selalunya Atira akan membukakan pintu dan menyambutnya sebaik saja dia pulang ke rumah. Namun hari ini kelibat isterinya pun dia tidak nampak. Dia merasa lapar lalu dia membuka saji sambil memanggil manggil nama Atira.
Dia terpandangkan nasi goreng ketika sarapan tadi masih ada. Lauk dan nasi yang baru tak ada. Periuk dan kuali elok tergantung. Sah Atira tidak memasak hari ini. Selalunya jika dia tidak memasak dia akan memberitahu Hazim awal awal untuk makan di luar. Hari ini tiada pula Atira membalas whatsapp yang dihantar. Hazim memanjangkan leher melihat kalau kalau Atira masuk ke dapur.Tak sihat ke dia? Hazim tertanya tanya.
Lalu dia naik ke tingkat atas.Dia melihat Atira sedang tidur dengan selimut tebal menutup seluruh tubuhnya kecuali kepala. Hazim segera mendekati.
"Atira awak demam. " Hazim menyentuh dahi Atira yang terasa panas. Bahang tubuhnya yang terasa panas juga dapat dirasa di luar selimut. Atira hanya membuka dan menutup matanya semula. Tubuhnya seakan akan sangat lemah.
Hazim turun ke bawah mengambil sekeping roti butterscotch, segelas air, dan dua biji panadol. Dia membawa ke atas.
"Atira makan roti ni sikit. Makan ubat awak demam ni. "
Atira menggeleng. Dia menahan tangan Hazim yang sudah menarik selimut yang membaluti tubuhnya dan menyuruh Atira bangun. Dia sejuk katanya.
"kita pergi klinik.. "
Atira tak nak. Dia menggeleng lagi. Dia rasa bilik tidurnya berpusing pusing dan kepalanya pening. Sepanjang mereka tinggal bersama ini kali pertama dia demam.
"makan sikit. Makan ubat ni Tira. Macam mana nak baik, ubat awak tak nak makan. Klinik pun awak tak nak pergi. Dah bangun sayang. " Hazim bertegas.
Akhirnya Atira bangun. Hazim menghulurkan ubat supaya Atira makan. Selepas itu Atira tidur semula.
"Awak rehat lah."
Hazim melipat lengan bajunya ke atas. Dia mengambil tuala kecil dan sebekas air. Hazim turun semula ke bawah dan keluar rumah mengambil daun bunga raya. Daun itu mujarab untuk menghilangkan panas badan. Hazim meracik daun daun itu ke dalam air. Dia membaca ayat ayat al quran dan meniup ke dalam air tersebut. Dia berdoa dalam hati semoga demam Atira cepat kebah.
Saat tuala diletakkan di dahi Atira dia terjaga semula. Dia lihat Hazim masih menemaninya dia meletakkan kain basah di dahinya lembut. Dan mengurut kepalanya perlahan. Hazim menyandar di kepala katil. Baju kerjanya masih tidak bertukar. Atira tersentuh dengan layanan Hazim. Dia merasakan bagaikan seorang puteri apabila dilayan seperti ini. Atira senang dengan perbuatan Hazim. Setelah itu Hazim kata akan membuatkan bubur untuknya.
Selesai memasak bubur ayam untuk isterinya dia membiarkan bubur itu sejuk dahulu. Dia melihat Atira masih tidur lena. Hazim menyalin pakaiannya dan mencapai tuala ke bilik air. Tubuhnya melekit dan dia segera mandi untuk membersihkan badannya.
Setelah dia siap mandi dan solat asar dia menghampiri Atira. Panasnya sudah berkurangan bisik hati Hazim. Dia lega. Atira juga sudah berpeluh kerana kesan ubat. Syukurlah suhu demamnya turun sedikit.
Apabila malam tiba, Atira demam semula. Tubuhnya panas. Hazim mengulangi apa yang dia lakukan petang tadi agar Atira cepat sihat. Dia melihat Atira kesejukkan.
"Atira kita pergi klinik. Awak demam suhu tinggi ni. abang risaulah.. "
"bangun sayang. Abang dukung ya" sambungnya lagi.
"tak nak. Esok ajelah kita pergi. Saya nak rehat malam ni.. " suaranya perlahan. Hazim mengeluh Atira memang degil.
"Baiklah kita tunggu esok. Kalau tak kebah juga kita pergi. "
Atira diam tidak menjawab. Hazim menyelimutkan Atira. Saat dia melihat Atira masih sejuk dia memeluk Atira di luar selimut. Dia cuba menyalurkan haba untuk mengurangkan kesejukkan Atira. Dia melakukannya sebab ingin Atira cepat sihat.
"Atira abang bukan ambil kesempatan tau, abang nak selesakan Tira. Biar hilang sejuk. "
Atira mengangguk lagi pun dia selesa Hazim buat begitu. Hilang kesejukannya apabila Hazim memeluknya kemas.
Tengah malam itu dia terjaga dan menyedari Hazim masih memeluknya. Bila entah dia menukar posisi hingga berhadapan dengan Hazim. Wajah mereka saling berhadapan. Atira berdebar debar. Dia berkira kira ingin bergerak sedikit kerana kesejukkannya sudah berkurang. Namun Hazim menggetatkan pelukan. Mata mereka berpandangan. Ada satu debaran di hati mereka berdua. Belum pernah mereka bersentuhan serapat ini. Atira malu dan menunduk wajahnya ke bawah. Hazim masih melihat wajah Atira dalam gelap. Hanya lampu di meja kecil yang menerangi bilik mereka.
Atira tahu dia tidak boleh berkeadaan begini kerana perasaannya pada Hazim akan berubah. Berubah menjadi cinta. Lalu dia menolak tubuh Hazim.
Hazim melepaskan tubuh Atira kerana tidak mahu Atira merasa tidak selesa.
Atira menarik nafas lega. Tetapi debaran di jiwanya masih terasa. Ketika itu juga hujan mula turun. Guruh dan kilat juga kedengaran kuat dan bercahaya di luar tingkap. Atira terkejut dan takut kerana hujan begitu lebat lantas berpaling semula ke dalam dakapan Hazim. Malu dibuang ke tepi. Dia memang takutkan hujan dan kilat. Hazim yang memahami ketakutan Atira memeluknya kejap. Lena Atira sehingga ke pagi.Pagi itu saat dia membuka mata Hazim sudah tiada di sebelahnya. Dia membuka selimut dan membetulkan pinggang dan tubuhnya. Hari ini dia merasa sedikit sihat. Cuma kepalanya masih berdenyut denyut. Satu kertas di letakkan di tepi meja dibaca. Hazim memberitahu dia ke kedai membeli sarapan. Atira tersenyum. Tiba tiba dia teringat malam tadi dia tidur berpelukan dengan Hazim. Mukanya merona merah. Ngauman kereta Hazim kedengaran di bawah garaj. Hazim baru bertolak sebentar tadi ke kedai berhampiran.
🍃🍃🍃🌹
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...