SaatBungaBungaCintaBersemi 33

103 4 0
                                    

PENGKEBUMIAN

🍃🍃🍃🌹

Sampai di kampung, keluarga Atira menyambut kepulangan mereka dengan wajah terkejut. Melihatkan keadaan kereta Hazim yang kemek mereka bertambah risau. Atira menceritakan detik detik kemalangan yang berlaku tadi. Belum habis mereka bercerita mereka dikejutkan dengan bunyi bising dari luar rumah.

"Kenapa ni Kamal? " soal papa Atira pada jiran sebelah rumahnya. Kamal adalah abang kepada Farah.

"Farah pakcik. Excident dekat highway sana pakcik. Kami nak cepat ni. " wajah Kamal yang risaukan adiknya jelas kelihatan.

"ya Allah, teruk ke? "
"teruk juga pakcik. Kami pergi dulu pakcik. " Kamal membawa isteri dan anaknya bersama. Mereka menuju ke hospital.

Baru mereka perasan jangan jangan kemalangan yang menimpa Farah adalah kemalangan sama yang berlaku pada Atira dan Hazim. Semua memandang mereka berdua.

"Jangan jangan yang kemalangan dengan kamu tadi Farah tak Hazim? "

"boleh jadi pa.. "
"dah lah, papa nak ke hospital sekarang. Kamu Atira, Hazim berehatlah. Esok kita bawa kereta ni ke bengkel Khairul.

"Hazim teman papa ke hospital." Menantunya mengikutnya dari belakang. Pak cik Karim menoleh.

"kamu kan baru sampai. Berehatlah. Kamu mesti terkejut kerana kemalangan tadi. Papa pergi dengan Pak Kob aje. "

"tak apa pa.. Hazim ikut. "
"haa. Yelah. "

Mereka berdua berlalu pergi.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Atira masih tidak dapat melelapkan mata. Papa dan Hazim belum sampai rumah. Mereka masih di hospital. Dengar cerita Farah cedera parah. Dan berada di icu. Memang benar mangsa mangsa kemalangan itu tadi adalah mereka. Jadi Farah dah kahwin dan ada anak? Farah dah kahwin? Atira tidak tahu pun pasal hal ini. Seingat dia, mama tak pernah bagitahu apa apa pasal perkahwinan Farah.

Eh kejap. Jadi.. Anak tu? anak mereka?. kesiannya anak kecil itu. Hatinya dipagut sayu. Masih terlalu kecil untuk anak itu merasai kehilangan mama dan papanya di usia begini. Naluri keibuannya tersentuh. Entah bagimanalah nasibnya nanti.

Keesokan pagi semasa mereka bersarapan, mereka melihat berita kemalangan ngeri di tv. Kemalangan yang melibatkan empat buah kereta termasuk kereta mereka berdua. Namun ketika mereka membuat liputan dan maklumat mangsa mangsa, Hazim dan Atira telah pergi ke hospital dan sesudah itu terus pulang ke rumah.

Apa yang paling membuatkan Atira tergamam adalah ternyata orang yang bersama Farah waktu itu adalah Firdaus. Atira dan keluarganya terkejut mendengar berita itu. Atira memandang Hazim. Lelaki yang meninggal itu adalah Firdaus. Hazim hanya mengangguk. Dia sudah mengetahui terlebih awal. Hazim diam berwajah sugul.

Dan mereka berdua bukanlah suami isteri. Anak yang didukung semalam adalah anak Firdaus. Atira merasa sungguh terkejut dengan berita itu. Mati selera makannya.

Jenazah Firdaus selamat disemadikan. Atira tidak menghadiri pengkebumian itu. Hanya papa dan Hazim yang pergi melawat keluarga Firdaus. Barulah dia tahu isteri Firdaus telah lama meninggal. Selama ini Hazimlah yang menjaga anaknya sendiri.

Farah pula sedang kritikal. Semua ahli keluarganya berkumpul di hospital. Berita yang sedang tersebar di kampung mereka menjadi tajuk utama. Ramai yang kasihankan keluarga si mati.

Satu panggilan masuk lagi ketika Kamal baru sampai di rumah mengambil pakaian anak dan isterinya. Namun tidak lama selepas itu Kamal mendapat khabar buruk bahawa adiknya itu telah pergi buat selamanya. Beg pakaian anak dan isterinya terlepas.Kamal menangis di bucu tangga. Dia terlalu sedih mendengar berita itu. Harapannya agar adiknya akan segera pulih. Dia dan isteri sanggup menjaganya walaupun Farah cacat sekali pun selepas kemalangan ini. Tetapi semua pengharapannya musnah.

Papa menepuk bahu Kamal. Kamal kehilangan kata kata. Hanya Farah satu satunya adik yang dia ada. Mak dan ayahnya juga telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya empat tahun lepas. Kini sejarah pahit itu terulang semula.

Atira juga terduduk mendengar berita mengejutkan itu. Walaupun dia tidak sukakan Farah namun dia tidak menyangka begini pengakhiran hidup Farah. Dia terkilan kerana tidak sempat bermaafan dengannya. Atira memaafkan semua kesalahanya. Biarpun mereka tidak semesra dulu.

Tentang Firdaus pula dia benar benar tidak pernah berfikir Firdaus akan pergi dalam kemalangan ngeri seperti itu Mungkin inilah balasan buatnya yang telah menzalimi mereka suami isteri. Dia masih ingat semua perbuatan Firdaus sehingga dia dan Hazim hampir bercerai, dia jatuh sakit sehingga kandungannya gugur! sungguh dia rasa sakit apabila mengingatkannya. Dia cuba untuk memaafkan lelaki itu. Entahlah. Dia tidak tahu, dia kelu untuk menyatakan perasaannya ketika ini di atas kematian Firdaus.

Kalaulah Atira tahu Farah juga terlibat sama dalam perbuatan jahat Firdaus padanya, mungkin Atira juga tidak dapat memaafkan Farah.

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now