HAZIM CICAK
🍃🍃🍃🌹
Majlis perkahwinan sahabat baik mereka berjalan lancar. Wan kelihatan segak berpakaian pengantin berwarna putih dan warna cream. Pasangannya pula seorang doktor bernama Diana. Sama cantik sama padan seperti merpati dua sejoli.
Ramai kawan kawan zaman sekolah mereka datang menyapa. Macam macam cerita mereka kongsikan termasuklah zaman 'kegemilangan' Hazim.
"Ayah tolong.. Geli.. Sakit. Ahh lipan.. Lipas cicak dalam baju Hazim. Tolong ayah!! "
Satu kampung tahu Hazim takutkan cicak. Hazim berlagak selamba saat kawan kawannya menyakat Hazim yang takutkan cicak. Mana taknya satu kampung dia lari gara gara Saif letak cicak dalam bajunya. Melolong lolong dia menjerit minta tolong.
Sampaikan Pakcik Mail pun terikut ikut apabila terpandangkan Hazim lari lintang pukang.
Dia ingat Hazim lari kerana takutkan lembu liar. Apabila Pakcik Mail penat dia menoleh ke belakang. Tak ada pula binatang buas yang mengejar, yang ada hanyalah sepasang itik miliknya yang terkedek kedek sedang berjalan. Pakcik Mail mengeluh tak pasal pasal dengan dia dia sekali lari.
"kenapa bang? " soal Mak Nab.
"budak budak ni lah. Naik semput aku lari. Ingatkan dikejar binatang buas. Bukan main kuat larinya si Hazim tu. Entahlah tak ada pulak aku nampak apa apa. Lari sebab apa tak tahu lah budak budak ni. Kalau aku dapat tadi aku sekeh sekeh seorang seorang. Dah lah Nab aku nak ke belakang."
Keluh Pakcik Mail, marah benar dia sebab terikut ikut lari dengan Hazim tadi.
Pakcik Mail menghampiri beruknya yang diberi nama Wokingson yang masih tidak diberi makan.
Hazim pula masih tergaru garu dan mengibas bajunya supaya cicak yang melekat kuat di dadanya terlepas. Jagalah kau Saif. Bergurau macam ni boleh buat aku hilang nyawa!. Marah Hazim. Kawan kawannya ketawa terbahak bahak melihat Hazim berlari seperti sukan marathon tahunan sekolah.
Itulah selalu sangat kacau kawan kawan sampai menangis dibuatnya. Memang nakal sangat Hazim ni waktu sekolah dulu. Sekarang dia pula kena. Hanya Atira yang tahu Hazim takutkan cicak. Rahsia itu diketahui oleh Saif. Apa lagi memang kenalah Hazim hari tu. Sampai sekarang Hazim tidak tahu Atiralah yang memberitahu Saif tentang Hazim takutkan cicak. Kalau dia tahu mesti dia marahkan Atira. Rahsia ni hanya mereka berdua saja tahu.
Kenangan zaman kanak kanak sungguh kelakar kalau diingatkan balik. Pecah suara mereka mentertawakan Hazim. Hazim tidak peduli dia biarkan kawan kawan mentertawakannya. Sementara dia makan bertambah tambah. Gulai kawah di kampungnya memang sedap. Tukang masaknya tentulah Mak Nab dan Pakcik Mail Wokingson!. Pasti beruk tu bangga kerana tuannya memang tukang masak terkenal di kampungnya.
Berkali kali Hazim mengatakan dia tidak takutkan cicak sekarang ni. Kalau dia jumpa cicak dia siap jadikan binatang tu sebagai mainan. Kawan kawanya ketawa mendengar Hazim yang cakap besar itu.😂😂
Cuba tengok, betul ke tidak dia sudah tidak takutkan cicak. Saif mencabarnya namun nasib Hazim baik kerana cicak yang dicari ketika itu tidak dijumpai.
➖➖➖➖
"sayang. Dah ready ke esok nak pergi Honeymoon? "
Hazim menyapa Atira yang sedang membasuh pinggan di rumah ibu bapa Hazim. Suaranya perlahan di cuping telinga Atira. Atira mencubit Hazim yang begitu rapat dengannya. Mentang mentang dia di rumah mertuanya kalau tidak siap Hazim.
"ei awak ni. Jauh sikit boleh tak?. Saya nak cuci pinggan ni. "
"sayang. Buatkan nescafe. Abang nak minum. Rasa haus betul hari ni."
Atira menghampiri tempat membuat air dan segera membancuh nescafe permintaan Hazim.
"nah.. "
"thanks sayang.... " satu ciuman mendarat di pipi Atira. Belum sempat Atira mencubit, Hazim sudah pergi bersama segelas nescafe.
Atira malu sekiranya mak mertuanya melihat kelakuan Hazim. Dia segera mengemas meja makan sebelum meninggalkan dapur.
🍃🍃🍃🌹
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Historia CortaHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...