DENDAM
🍃🍃🍃🌹
Firdaus ketawa. Anaknya yang berada di dukungannya terjaga. Lalu didodoikan kembali. Tidurnya tidak lagi nyenyak.
Anak lelakinya itu masih menatapnya. Dia merasa sungguh gembira kerana kali ini hubungan Atira dan Hazim akan berkecai!. Cinta mereka yang baru berputik itu amat menyakitkan bagi dirinya.
Anak yang bernama Rayyan dipandang lagi.. Papa akan carikan mama baru untuk anak papa. Sayang tunggu, bagi papa sikit masa. Tak lama lagi keluarga kita akan lengkap sayang. Sayang nak mama baru? Rayyan tersenyum apabila disapa papanya. Anak kecil itu hanya mampu tersenyum dan merasa aman berada dalam pelukan papanya. Walaupun mamanya telah pergi meninggalkannya namun Rayyan masih ada papa yang sentiasa menemaninya. Sungguh anak kecil itu kekurangan kasih sayang seorang ibu. Belum sempat engkau merasa kasih sayang mama, dia telah pergi meninggalkan kita berdua... Sayang jangan risau, papa akan pastikan Rayyan cukup kasih sayang dan membesar dengan sempurna. Papa akan temukan Rayyan dengan wanita yang paling papa sayang selain mama. Ketahuilah Rayyan papa minta maaf kerana lebih mencintai mama Atira berbanding mama kandungmu sendiri. Cinta papa pada dia tidak akan pernah luput. Papa tahu Rayyan akan sukakan mama Atira. Tunggu ya sayang. Hari itu akan tiba tidak lama lagi.
Farah tersenyum kerana mendapat khabar berita bahawa Atira sudah menjadi tidak siuman. Wajahnya yang penuh kebencian pada Atira jelas kelihatan. Dia membetulkan rambutnya dan memasukkan handsetnya ke dalam beg tangannya dan berlalu keluar dari bilik tidurnya. Sekejap lagi dia akan ke rumah 'rakan kongsinya' itu. Nampaknya rancangan mereka akan berjaya kali ini. Hazim akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Dia tersenyum puas. Moodnya agak baik hari ini, sehingga memberikan cuti berserta gaji dibayar double kepada pekerja pekerjanya. Beberapa hari ini dia akan ke luar negeri kerana urusan yang perlu diselesaikan. Dia tahu akan ada habuan menantinya kerana telah bekerjasama dengan abang tirinya itu. Wang! Dan cinta yang akan dimilikinya membuatkan dia lupa semuanya. Hazim. Kita pasti akan bersatu. Angan angan Farah sejak dari dulu. Betapa sakit hatinya apabila Hazim menolaknya dan mengahwini musuhnya itu. Dia tidak suka kalah pada Atira. Ada ubi ada batas, ada hari akanku balas Atira, kau pasti akan jatuh tersungkur!.
---------------------------
Sementara di rumah Atira, Hazim sedang mengamuk kerana menjumpai sekeping gambar Atira dan Firdaus. Rupa rupanya gambar itu yang sering disembunyikan dari Hazim. Betapa marahnya dia kerana ternyata betul semua sangkaannya bahawa isterinya itu masih mencintai Firdaus. Hampa dan kecewa dirasakan. Atira pula mula menangis. Hazim duduk di sofa menahan sebak dan amarah yang mula bertandang. Allahu akhbar terlalu berat rasanya ujian ini.
😞😞😔Semua harapannya seakan akan hancur. Isteri yang dikasihi sepenuhnya ternyata curang. Sejak dari tadi Atira menangis dan menyimpan kemas gambar itu di genggamannya. Hazim menyapu air mata lelakinya dan memandang Atira.
"apa semua ni Tira, Tira benar benar curang. Abang sayangkan Atira sepenuh hati abang. Ini balasan Tira pada abang. Abang ingatkan cinta dan sayang yang Tira luahkan ikhlas ternyata.. Tira tipu abang selama ini. "
Tiada jawapan dari Atira dia. Hanya kedengaran tangisan Atira yang makin kuat. Hazim memandang ke tempat lain. Hatinya terguris dengan kenyataan ini. Atira langsung tidak menafikan semua sangkaanya..
"kalau Atira memang masih sayangkan dia... Dan nak berpisah. Abang... Relakan... Abang... " air matanya menitis. Atira memandangnya. Ada senyum dibibirnya. Hazim kehilangan kata kata.
Begitu sulit untuk dia melafazkan perkataan yang dibenci oleh Allah itu. Namun melihatkan reaksi Atira yang masih memandangnya masih menunggu kata akhirnya membuatkan dia terpukul. Sayang. Betul ke sayang benar benar bencikan abang, nak berpisah dengan abang? Anak kita dalam kandungan sayang milik kita... Sayang langsung tidak fikirkan abang dan anak kita? Hatinya merintih..
Ketika itu juga Wan muncul dan menahan Hazim dari berganjak. Dari luar lagi dia terdengar pergaduhan mereka berdua.
"bawa mengucap Hazim! Jangan mudah kau melafazkan perkataan tu. Bawa bersabar. " Wan memegang lengan Hazim.
"Wan. Tak ada gunanya lagi aku mempertahankan hubungan ini. Dia masih sayangkan Firdaus Wan! Aku ni siapa? aku suami dia, tapi dia hanya berpura pura baik dan menerima aku tetapi sebaliknya dia curang.."
"sabar sabar. Istiqfar Hazim. "
Atira yang dari tadi menangis tiba tiba ketawa. Dia bangun dan menghampiri Hazim dan Wan. Pandangan matanya masih pada suaminya itu. Dia ketawa menyindir.
"Apa kau tunggu lagi. Lafazkan cerai pada aku... Baguslah kau tahu yang aku masih sayangkan dia.. Dia.. Ya! Dia cinta pertama aku. Selama ini aku tak pernah lupa pada dia. "
Hazim dan Wan terkejut melihat Atira yang merubah menjadi kasar. Suaranya juga berlainan. Wan memandang Hazim. Hazim juga terpaku dan tidak mampu membalas kata kata isterinya itu.
"Hazim. Dia bukan isteri kau " perlahan Wan menuturkan kata kata itu. Atira sedang menari nari dan mengelilingi sofa dan ruang tamu. Rambutnya yang mengerbang dan matanya yang sedikit merah membuatkan mereka berdua tahu ada benda yang tidak kena pada Atira.
"kenapa.... Kenapa kau tak lafazkan?. Hazim Hazim... kau ingat aku mampu lupakan dia. Tak Hazim. Kalau kau nak tahu setiap saat aku teringakan dia. Em anak ni.. Kau rasa dia anak kau? "
Atira ketawa lagi. Saat itu syaitan yang merasuknya mula membakar amarah Hazim. Sedaya upaya dia ingin membuatkan Hazim marah. Ternyata ketika itu air muka Hazim berubah. Hazim sendiri begitu terkejut mendengar pengucapan yang lahir dari mulut Atira ini. Dia tidak sangka Atira berkata begitu. Sungguh keji jika ianya benar benar berlaku. Hazim mengucap. Wan menepuk belakangnya.
"Hazim jangan cepat marah. Jangan terpedaya dengan kata kata iblis yang ada dalam tubuh dia. " Wan membacakan ayat ayat al quran. Mulutnya terkumit kumit.
Atira memandangnya tajam. Ketika itu dia menerpa ke arah Wan dan ingin mencekiknya. Hazim yang masih terkejut segera menahan Atira menghampiri Wan. Luka di lengannya tidak dipeduli. Yang pasti dia tidak akan membiarkan Atira mencederakan kawan baiknya itu. Kekuatan luar biasa Atira yang dirasakan ketika menolak tubuhnya menyakinkan Hazim bahawa tubuh itu ditakluki makluk lain. Sedaya upaya dia menangkap pinggang isterinya. Wan masih membacakan ayat ayat al quran.
"hooi. Kau jangan masuk campur dalam rumah tangga aku! Kau siapa!! Kalau kau nak selamat jauhkan diri kau dari aku!! " garau suaranya. Ianya bukan suara Atira. Ketika itu Atira ketawa. Namun tidak lama selepas itu Atira mula mengganas.
"Hazim. Kau pegang tangan dia kuat kuat! " mendengarkan Wan menyuruhnya memegang tangan Atira Hazim segera menguatkan ikatan tangannya di tubuh Atira yang sedang meracau dalam bahasa yang tidak difahami. Ketika itu juga Wan menulis sesuatu di dahi Atira yang meronta ronta. Beberapa baris ayat al quran dihembus kuat di telinga kiri dan kanannya.
"arrrhh!!!!....... "
Atira menjerit sekuat hati sebelum rebah. Hazim menampung tubuh isterinya yang lemah.🍃🍃🍃🌹
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...