SaatBungaBungaCintaBersemi 7

84 6 0
                                    

Dua minggu berlalu setelah mereka tinggal bersama. Pagi ini Atira memasak nasi lemak kesukaan Hazim. Sejak sekolah mereka selalu membeli nasi lemak di persimpangan kampung sebelum ke sekolah. Mak cik Salmah kenal sangat kedua dua hantu nasi lemak yang selalu singgah membeli di gerainya.

"woww nasi lemak.. "

Hazim duduk dan memandang Atira yang sedang memberi pinggan nasi kepadanya Atira menjeling suaminya yang masih tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazim duduk dan memandang Atira yang sedang memberi pinggan nasi kepadanya Atira menjeling suaminya yang masih tersenyum.

"kali ni jangan sampai tertidur dekat office pula macam sekolah dulu. Asal makan nasi lemak je tidur. Tak pasal pasal makan pemadam white board.. Awak ingat lagi tak Hazim? cikgu Wahab selalu marah dengan awak." Atira tergelak. Nasi disuap ke mulutnya.

Hazim gelak besar.

"Ingat lagi awak eh.... "

"mestilah.... Tak malu ke tiap tiap minggu kena denda dengan cikgu. Asyik tidur, homework tak siap. Sambal bilis dekat pipi awak pun tak perasan. Hantu nasi lemak.. "
Atira menyindir Hazim.

"Saya memang tak boleh nak fokus bila cikgu Wahab mengajar. Slow motion aje. Senada aje suaranya. Mengantuk betul. Apa lagi saya nak buat selain tidur? Kang berborak dengan Iwan dia marah juga. Saya rasa dia dengki dengan saya. Tak. Dia dengki dengan kita berdua. Mak cik Salmah layan kita. Cikgu Wahab kan sukakan mak cik tu... Tapi tak dilayan. Asal dia bau nasi lemak dalam kelas je, dia marah saya.. Apa lah cikgu tu. Frust punya pasal anak murid kena marah. Padahal orang lain yang makan nasi lemak tu, saya jugak kena. "

Cikgu sejarah itu memang selalu marah padanya. Hazim mengeluh. Salah satu sebabnya subjek itu dia selalu mendapat keputusan C. Bila periksa sebenar dia dapat A barulah cikgu Wahab datang memeluknya gembira.

Sejak itu Hazim selalu sayang padanya. Mereka mula bertukar number phone dengan cikgunya. Kamcing la konon kononnya selepas Hazim berjaya mengkenen kenenkan mak cik Salmah dengannya. Dan mereka dah pun kahwin. Hihi. Dengar cerita dah bercucu mereka berdua.

Giliran Atira tergelak. Air teh panas dihirup. Tercekik mendengar celoteh Hazim. Ada betul juga Hazim cakap cikgu Wahab selalu memarahinya. Satu kelas tahu pasal tu.

"eh saya dah lewat ni.. "

Atira mengikut Hazim ke luar rumah.

"tak nak salam dengan saya ke? " Hazim berseloroh. Atira terbukam. Nak tak nak dia menyambut tangan Hazim dan dicium.

Hazim terkejut dan tersentuh. Dia saja ingin menguji Atira. Tapi Atira menyalaminya. Satu perasaan mula timbul. Perasaan sayang!.

Atira pula cuba mengawal perasaan malunya.

Hazim tersenyum sekali lagi sebelum masuk ke dalam kereta. Atira sudah masuk ke dalam rumah.

Entah kenapa Atira menurut kemahuan Hazim. Dia cuma ingin menjadi isteri yang baik. Walaupun sehingga kini perasaan cinta masih belum berputik buat Hazim.

Atira mengemas meja makan sebelum membereskan kerja rumah. Hatinya senang sejak tinggal bersama Hazim.

Hazim tidak pernah mengambil kesempatan padanya. Walaupun tidur sekatil mereka tidak pernah bersentuhan.

Sesekali Atira rasa sangat bersalah. Namun dia tidak boleh buat apa apa. Setakat ini Hazim tidak pernah memaksanya melakukan perkara yang dia tidak suka. Sesekali ada juga Hazim tidur di bilik kerjanya.

Dalam diam dia memuji Hazim. Suaminya itu memang baik. Dia bersyukur kerana memilih Hazim sebagai suami setelah menerima pujukan keluarganya pada malam pernikahan mereka.

Tiba tiba dia teringat akan janji Cikgu Firdaus.

Janji cikgu Firdaus yang akan kembali padanya semula. Moodnya mula berubah. Atika merasa sakit hati kerana meninggalkannya pada malam pernikahan mereka. Sekali lagi cikgu Firdaus memungkiri janji. Atira bertanya pada dirinya adakah dia masih sayang pada cikgu Firdaus?.

Jawapannya ya. Atira memarahi dirinya sendiri. Sungguh perasaan ini menyeksa hati dan perasaannya. Bagaimana dengan Hazim? Atira duduk termenung di meja makan. Dia mengeluh perlahan.

Dia mula mengatur langkah mengambil dan memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Fikirannya masih pada Hazim. Hazim terlalu baik melayaninya. Rasa bersalah makin terbeban dihatinya.

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now