Sungguh lena tidurku semalam. Sejak akhir akhir ini tidurku sering terganggu.😴😣
Berkali kali bayangan cikgu Firdaus hadir di dalam mimpi mimpiku. Kehadiran cikgu Firdaus dalam mimpiku sangat menakutkan. Seolah olah dia ingin membawaku jauh dari keluarga, lebih lebih lagi dia bergaduh dengan Hazim sehingga Hazim tercedera.
Atira menangis tersedu sedan.
Cikgu Firdaus pula memegang sebilah pisau ingin mencederakan Hazim. Aku selalu menjerit ketakutan sehingga ke luar mimpi.
Aku sendiri tidak pasti kenapa cikgu Firdaus berubah sikap. Baginya mimpi sebegitu memang menakutkan. Hazim yang selalu terjaga kerana ku sering bertanya kenapa. Aku hanya menggelengkan kepala. Ini semua hanyalah mimpi fikirku.
Tidurku pagi ini juga begitu menyenangkan membuatkan aku makin memeluk erat bantal peluk di sisiku itu. Namun aku merasa pelik kerana bantal pelukku sedikit berubah. Ianya lebih tinggi dariku. Lepas tu ada pula bau perfume yang selalu Hazim pakai.
Atira membuka mata dan melihat bantal peluk di sebelahnya. Alangkah terkejutnya dia kerana bantal peluk yang dia peluk itu adalah Hazim!. 😱😩😳
Aku peluk Hazim??
Mukanya merah menahan malu. Lantas dia bangun sepantas kilat. Dia terus mencapai tuala ke bilik air. Dalam hati dia berharap Hazim masih nyenyak tidur. Kalau Hazim tahu tentang hal ini habislah dia kena bahan. Malu malu...
Hazim membuka matanya setelah Atira ke bilik air. Hazim tersenyum kerana dia telah terjaga lebih awal. Setelah dia bangun subuh tadi dia tertidur semula. Hari cuti begini dia ingin tidur sepuasnya.
Insident sebentar tadi begitu mencuit hatinya. Hazim mulai rasa bahagia. Dia bangun untuk ke kedai membeli sarapan.
Semalam dia sudah berjanji ingin membeli sarapan pagi kerana Atira teringin nak makan kueh seri muka dan tepung pelita.
Jam menunjukkan pukul 8.35 pagi. Dia menghidupkan enjin kereta dan meluncur pergi. Atira mengintai di balik langsir. Dia tertanya tanya adakah Hazim perasan insiden tadi. Aduh malunya aku. Dia mengetuk kepalanya.
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...