SaatBungaBungaCintaBersemi 17

79 3 0
                                    

🍃🍃🍃🌹

Sejak semalam kepala Atira sakit. Dia diserang migrin. Setelah dia menelan dua biji panadol dia berehat di sofa. 💆😣

Ketika Atira menonton tv, dia terdengar ngauman enjin kereta Hazim. Dahinya berkerut. Dia tidak mengetahui bahawa Hazim akan pulang ke rumah hari ini. Sepatutnya lusa baru dia akan balik. Atira membuka pintu dan melangkah keluar untuk menyambut kepulangan Hazim. Syukur Hazim sihat dan tidak apa apa.

Riak muka Hazim yang agak serius membuatkan Atira takut untuk menegurnya. Entah apa salahnya sehingga Hazim bermasam muka seperti ini. Luggage yang ditarik masuk ke dalam rumah dipandang oleh Atira. Salam kedengaran agak perlahan dan tidak bermaya. Atira terasa kelu namun dia harus menanyakan kenapa dan apa salahnya.

"Hazim awal awak balik, bukan ke awak cakap lusa baru habis kursus? " soal Atira lembut.

Hazim membuka peti ais dan mengambil air sejuk lalu dituang ke dalam gelas tanpa melihat ke arah Atira yang masih berdiri di hadapannya. 🍶

"Awak nak makan? saya dah masak. " Atira masih lagi menunggu jawapan daripada Hazim.

"kenapa kalau saya balik awal? Awak ada temujanji dengan sesiapa tanpa pengetahuan saya? " mata Hazim memandang tepat ke mata Atira. Atira tergamam. Atira terdiam. 😑

"em. Apa maksud awak? Ke mana saya nak pergi kawan pun saya tak ada dekat sini.. "

Hazim melonggarkan tali leher dan meninggalkan Atira. Atira melepaskan keluhan berat. Kenapa dengan Hazim ni? Hatinya makin berdebar debar.

Atira keluar dari dapur dan mencari kelibat Hazim namun Hazim tiada di situ. Atira mendaki tangga ke bilik tidur mereka. Tanpa menunggu lama terus dipulas tombol pintu.

Hazim yang hanya bertuala mandi juga terkejut dengan kehadiran Atira. Namun dia berlagak selamba terus ke bilik air.

Muka Atira merah menahan malu kerana main terjah aje. Dia memandang pintu bilik air yang tertutup rapat. Atira mula hilang pertimbangan dia mula rasa marah kepada Hazim yang berhati batu saat ini.

"Hazim. Kenapa dengan awak ni? Balik rumah marah marah macam ni? Saya ada buat salah ke?" Atira masih tidak puas hati. Tetapi tiada jawapan dari Hazim.

Atira mundar mandir di dalam bilik. Dia buntu.

Telefonnya berdering di tingkat bawah. Segera dia berlalu.

Panggilan daripada adiknya Ainaa.

"Hello Aina. Waalaikumussalam. Aa akak sihat. Aina sihat? "

"macam mana study okey?.... Alhamdulillah.. Erk Ainaa nanti akak call balik ye. Akak ada kerja nak buat. "

"okey nanti akak call. Jaga diri dik. Study baik baik. Okey.. Assalamualaikum. "

Atira mengenggam telefon dan kembali ke tingkat atas semula.

Sekali lagi dia diserang malu saat dia sampai di bilik Hazim sedang memakai kain sarung. Dan menampakkan dada bidangnya. Hazim masih belum berbaju. Lantas Hazim membuka almari pakaian dan mencapai sehelai baju tshirt berwarna biru. Seluar jeans hitam juga dicapai kasar.

"Hazim. Cuba awak cakap dengan saya kenapa awak buat saya macam ni? Whatsapp tak balas. Call tak angkat. Awak buat saya risau awak tahu tak? "

Hazim diam. Dia mengambil kunci kereta dan ingin berlalu pergi. Atira yang tahu Hazim ingin keluar lagi segera menahan. Lengan Hazim dipegang kejap.

"Hazim. Awak nak pergi mana? "

Hazim melepaskan tangan Atira di lengannya. Wajahnya tidak dipandang.

Saat ini Atira benar benar ingin menangis kerana Hazim tidak mempedulikannya.

"Hazim jangan buat saya macam ni! Tolong bagitahu saya. Apa saya dah buat sampai awak....." suara Atira makin sayu. Ada air mata akan menitis.😢

"awak nak tahu?? Apa awak dah buat?? " akhirnya Hazim bersuara sedikit meninggi. Atira terkejut.

"ni.. Awak tengok ni?! Apa perasaan awak bila tengok gambar macam ni kalau saya dengan orang lain?. Awak ingat saya suami yang tak ada perasaan?. Awak langsung tak hormat saya, awak tak jaga maruah diri awak sebagai seorang isteri. Awak biar lelaki lain sentuh awak Atira. Sanggup awak curang! "

Wajah Hazim bertukar merah. Marahnya dia sehingga matanya merah. Itulah kali pertama dia melihat Hazim begitu marah.

Ketika Atira melihat gambar dia dan Firdaus berpegang tangan tahulah dia bahawa Hazim mengetahui tentang pertemuan mereka hari itu.

Air mata Atira menitis jua.

Hazim membuang pandang ke tempat lain ketika melihat Atira menangis. Dia tidak sanggup melihat insan yang dicintainya itu menangis. Tetapi hatinya kini dipenuhi kemarahan. Kerana ternyata isterinya curang. Patutlah pemergiannya tidak dirindui rupanya ada insan lain yang kembali bertahta di hati isterinya.
Fikirannya menjadi kusut. Syaitan mula menghasut. Syaitan bersorak kerana berjaya membuat Hazim begitu marah.

"semua ni bukan seperti yang awak lihat... Hazim. Semua ni tak sengaja. Saya tak pernah curang.... Awak jangan fikir yang bukan bukan. Saya masih waras lagi Hazim. Saya sedar saya isteri.... "

"isteri... Isteri yang masih lagi mencintai lelaki lain. Pernah tak awak faham perasaan saya? Saya sayangkan awak tapi di belakang saya awak senyap senyap berjumpa dengan dia!. Isteri apa awak ni??? Atau awak ada hajat nak bercinta dengan dia semula. Bekas kekasih awak tu? Jawab Atira! Kenapa awak senyap. Betul kan apa saya cakap. "

Hazim berjeda sebelum meneruskan kata kata.

Atau awak nak saya lepaskan awak?? "

"Hazim!.... "

Hazim meraup mukanya, dia menumbuk wardrobes dan berlalu pergi. Enjin kereta dihidupkan ngauman keretanya kedengaran kuat.

Atira menangis ditengking oleh suaminya. Dia terduduk menangis tersedu sedan. Hazim tidak mempercayainya.

Sungguh pedih hatinya dituduh curang oleh Hazim. Entah siapa yang membuat khianat kepada mereka berdua.

Atira memicit kepalanya yang mula sakit dan berdenyut denyut. Dia cuba bangun untuk seimbangkan diri dan tidur di atas tilam. Namun belum sempat dia berdiri pandangannya kelam dia jatuh di tepi katil. Frame gambar di atas meja kecil jatuh dan pecah.

Ada luka mengalir di betis Atira yang masih tidak sedarkan diri.

🍃🍃🍃🌹

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now