SaatBungaBungaCintaBersemi 34

122 3 0
                                    

RUMAH KEBAJIKAN MASYARAKAT

🍃🍃🍃🌹

Hatinya tersentuh saat memeluk anak kecil itu. Hari ini dia datang melawat baby malang ini lagi. Baru dia tahu anak itu bernama Rayyan. Wajahnya seiras papanya. Arwah Firdaus. Atira tersenyum bahagia. Jiwanya terasa tenang. Anak itu ketawa mengekek saat ditegur oleh Atira. Hazim turut bersama isterinya, dia tahu Atira sangat sukakan kanak kanak. Dia melayani permintaan isterinya untuk ke sini lagi sebelum mereka berangkat pulang ke rumah mereka. Cutinya telah habis.

"Rayyan... Comelnya awak sayang.. Jaga diri sayang. Aunty nak balik dah ni. Jangan sedih sedih ya sayang. Ramai lagi yang sayangkan Rayyan tau " ucapnya lembut sambil mencium anak itu. Tiba tiba wajah Rayyan yang comel itu bertukar muram. Bibirnya mengecil. Dia merenggek dan menangis.

"ala.. Menangis dia. Abang tengok Rayyan dah nangis. Nak susu ke nak tidur ni.. "

Atira menyapanya lagi. Rayyan makin kuat menangis. Nurse mengambil dan memberi Rayyan susu formula. Dia mendodoikan Rayyan namun anak itu makin kuat menangis. Lalu Atira menyapa lagi, Rayyan senyap dan ingin didukung oleh Atira. Tangannya ingin mencapai Atira. Atira segera mendukung Rayyan saat nurse yang bernama Nur memberikan anak itu padanya.

"ala.. Dah senyap dia. Rayyan nak dengan Aunty Tira ya... " 💞💞nurse itu bersuara. Mereka ketawa. Hazim hanya memerhati sambil tersenyum. Kadang kala dia menyentuh kepala anak itu. Dia melihat jam tangannya. Sudah sejam mereka di situ. Hazim memberi isyarat mereka harus bertolak balik sekarang.

"sayang. Jangan nakal tau. Aunty balik dulu. Good boy.. " anak kecil itu tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang comel. Atira merasa sayang pada anak itu. 💋💋💓

"nurse, macam mana? Siapa yang akan jaga Rayyan lepas ni? Keluarga dia ada datang melawat ke? "

"Ada Tira. Tapi nenek saudaranya Rayyan dah tua. Tak larat lagi nak menjaga anak kecil. Jadi buat sementara waktu ni Rayyan akan dijaga oleh rumah Kebajikan Al Ehsan. Kesian Rayyan.. "😪

Atira dipagut sayu lagi. Dia memandang Hazim. Hazim hanya tersenyum dia menghantar jawapan bahawa kita tak boleh buat apa apa. Anak itu memang kena tinggal sana sebab arwah Firdaus tidak ada saudara lain.

Atira berwajah muram. Dia mencium lagi anak itu sebelum pulang.

Dalam perjalanan Atira tidak banyak bicara. Hazim juga fokus memandu. Esok dia sudah mula bekerja. Banyak kerja yang harus dia siapkan. Kepalanya banyak memikirkan hal kerja. Seketika dia berpaling ke arah isterinya. Dia ingat isterinya itu sedang tidur tetapi sebenarnya Atira jauh mengelamun. Entah apa yang difikirkan.

"sayang.. Kenapa ni? Jauh termenung.. "

"tak de apalah bang. " Atira senyum tanpa memandang Hazim.

"em. Sayang lapar tak?. Kalau nak berhenti makan, kita singgah RnR depan tu... "

"Tira okey, tak lapar. Tapi kalau abang nak makan, nak rest sekejap kita boleh singgah"

"boleh juga sayang. "

Hazim mencari parking di RnR. Tidak lama kemudian Hazim dan Atira sampai di meja makan. Atira hanya minum milo ais. Hazim makan nasi putih dan kari kepala ikan merah.

"sayang. Betul ke ni tak nak makan? "
Atira menggeleng.

"kenapa.. Bagitahu abang. Ni kalau muka macam tu mesti ada yang tak kena.. Sayang period ke? " Atira menjeling.

"taklah. "

"habis tu? "
Hazim meneruskan makan. Boleh tahan juga masakan dekat kedai ni, bisiknya. Gerai Maksu's home memang ramai pelanggan.

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now