SaatBungaBungaCintaBersemi 2

120 1 0
                                    

Kemeja pink lembut berserta tie dan rambut disikat kemas menampakkan cikgu muda itu kelihatan segak. Kulitnya putih. Beberapa buah buku rujukan dibawa bersama. Cikgu berkaca mata itu tersenyum saat disapa guru guru di sepanjang jalan menuju kelas 5 Iltizam.

Habis mengajar petang itu, cikgu Firdaus membuka laman facebooknya. Saat itu dia berada di sebuah kedai makan berdekatan sekolah. Ketika dia melihat Atira sudah approved menerima dia sebagai rakan dia terus tersenyum. Air minuman diteguk perlahan. Dia mula memikirkan ayat permulaan untuk menyapa gadis itu malam nanti. Cepat cepat dia membayar bil sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

Keesokan hari mereka berdua mula berbual di whatapp dan tidak lama selepas itu cikgu muda itu menelefonnya..

" Tak sangka cikgu jumpa fb Tira. "

"Fird memang dah lama jumpa fb Tira, cuma baru add. Tira apa khabar? "

Atira masih lagi tersenyum menerima panggilan dari seseorang yang teristimewa dalam hatinya. Baru hari ini dia tahu siapa Firdaus.

"Tira sihat. Masih macam dulu. Cikgu Firdaus sihat? " setengah jam berlalu mereka masih berbual.

"panggil je Fird. Saya masih Fird yang dulu. Tira tahu tak, Fird rindu sangat dengan Tira... Kita jumpa? "

Aku berjeda. Tak tahu nak balas apa. Ya aku juga rindu padanya! Kenangan 7 tahun lepas kembali di ingatanku. Saat saat aku dan Firdaus salin berbalas sms di usia remaja kami. Cinta monyet.

Cinta di waktu itu bagiku hanyalah permainan dan bukanlah perasaan cinta yang sebenarnya. Namun perhubungan ini semakin akrab setelah kami berjanji untuk sehidup semati. Aku terlalu sayang pada insan itu.

Tapi akhirnya kami putus kerana faktor usia yang masih muda. Satu hal yang paling membuatkan kawan kawanku tidak percaya adalah kami tidak pernah berjumpa. Kami telah berjanji untuk berjumpa selepas tamat spm. Cinta tanpa pernah bersua. Aku juga merasakan semua ini tidak masuk akal.

Semuanya berantakan apabila percintaan kami ini telah diketahui oleh papa. Papa tidak mahu aku bercinta sewaktu di sekolah menengah. Hari itu juga kami telah menamatkan segalanya. 😞😭😭😭

Firdaus memujukku supaya menuruti kata papa. Suatu hari nanti kalau ada jodoh kami pasti akan bertemu lagi. Sejak itu aku selalu menangis kerana rindu padanya. Berkali kali aku menangis dan memohon kepada Allah supaya membuang jauh perasaan ini. Ketika itu solat solat sunat ku lakukan berterusan. Aku mendekatkan diri kepada Allah swt supaya tidak mengingatinya lagi. Hanya itu yang mampu aku lakukan.

Dan hari ini. Firdaus datang padaku semula. Aku takut, andai dia sudah lupa janjinya dulu. Aku. Aku masih sayangkannya.

"Atira... Kita jumpa? Please. Selama ni pun kita tak pernah jumpa? Saya masih sayangkan awak. Atau awak sudah ada orang lain, dah lupakan saya? "

Atira berdebar debar saat cikgu Firdaus meluahkan perasaannya. Saat itu Atika seakan bermimpi. Bahagianya dia. Namun dia cuba mengawal perasaannya. Tidak mahu terlalu berharap. Adakah dia masih berjodoh dengan lelaki itu fikirnya. Namun dia mematikan perasaan itu.

"er.. Nak jumpa kat mana? "

"jumpa dekat Taman Orkid? Fird datang jemput dekat rumah boleh kenal dengan family Tira. "

Alamak. Wajah papanya terbayang. Papa okey ke?. Mama mesti banyak soal nanti.

"Em tak payah lah datang rumah. Tira pergi sendiri. "

"kenapa, takut papa marah ke? Tira. Er.. Okey jumpa nanti. Hm. Petang ni boleh tak pukul 5 petang? Kita jumpa hari ni juga boleh tak? "

"Esoklah. Sebab.. hari ni Tira ada hal. " aku memberi alasan.

Sebenarnya aku masih segan nak jumpa Firdaus. Mukaku sudah merah membayangkan keadaan berdua dengannya. Kami tak pernah berjumpa. Dan bila dia pindah ke kampung sebelah sebagai tenaga pengajar aku pernah bersua dan berbual dengannya beberapa kali saat menghantar sepupuku ke sekolah. Namun waktu itu aku tidak tahu cikgu Firdaus adalah orang yang sama aku pernah kenal 7 tahun lepas. Mohd Amirul Firdaus. Perasaanku makin tidak keruan. Tapi aku tidak menafikan ada rasa rindu padanya yang masih berlabuh.

"Esok? em okey. Assalamualaikum. "
"waalaikumussalam. " aku menarik nafas lega. Sungguh debaran untuk bertemunya makin kurasai.

Atira mendekati almari pakaian. Esok dia akan bertemu kembali dengan kekasihnya. Bekas kekasihnya entah kenapa dia ingin sekali kelihatan cantik dan mencuba beberapa helai baju kesukaannya.

Cermin di hadapannya menjadi tatapan selama setengah jam sebelum dia memilih satu blause berona pink . Selendang yang baru dia dapat dari Hazim dia gayakan di hadapan cermin. Okey cantik. Katanya sambil tersengih. Nasib baik Hazim hadiahkan selendang ini tepat pada waktunya. Kalau tak dia sudah tiada tudung yang sepadan dengan blause yang dipilih.

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now