SaatBungaBungaCintaBersemi 6

84 2 0
                                    


Setelah lima jam perjalanan akhirnya mereka sampai di rumah baru Hazim. Hazim menghentikan kereta apabila seluruh kereta miliknya masuk ke halaman rumah. Hazim menyentuh lengan Atira yang sedang tidur. Kesian pula Hazim melihat wajah sedih Atira yang menangis setelah berpisah dengan keluarganya.

"Atira... Kita dah sampai. "

Atira melihat ke luar tingkap. Sebuah rumah banglo berwarna grey dan putih di hadapannya.

Oh inilah rumah Hazim. Rumah baru Hazim selepas dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus syarikat baru. Atira memandang Hazim sebentar.

"Jom kita masuk.. "

Hazim keluar dari kereta dan membuka but kereta mengeluarkan tiga buah luggage dan membawa ke pintu rumah. Atira juga menuruti langkah Hazim.

"Assalamualaikum.... "
Hazim memberi salam sebelum masuk.

Atira meninjau keadaan rumah. Bermula dengan ruang tamu. Dia tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang cantik.

"cantik... " Atira memuji susun atur rumah mereka.

"terima kasih... Silakan tuan puteri.. Kita ke dapur dan ke tingkat atas."

Atika tersenyum kecil. Sebenarnya Atira sedikit teruja, memandangkan ini kali pertama dia sampai ke rumah mereka.

Sejak dari dulu Hazim memang menyukai kekemasan. Di kampung, dia seorang yang ringan tulang membuat kerja rumah.

Memandangkan dia anak tunggal, mak dan ayahnya selalu mendidiknya berdikari dan rajin berusaha. Atira mengakui Hazim memang memiliki sifat itu sehinggalah kini.

Dapurnya kelihatan kemas dan bersih. Semua kelengkapan dapur tersedia. Atira mula membayangkan di sinilah dia akan habiskan masa nanti. Atira suka memasak. Sekali lagi Atira berpuas hati susun atur di rumah itu. Hazim lagi gembira apabila Atira menyukainya.

Kini dia tiba di bilik tidur mereka di tingkat atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kini dia tiba di bilik tidur mereka di tingkat atas.

Sebaik saja pintu dibuka mata Atira melihat sekeliling. Bilik itu begitu cantik.

Beberapa frame gambar di gantung di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa frame gambar di gantung di situ. Matanya tertatap sebuah frame di almari sudut. Ianya gambar mereka berdua.

Beberapa keping gambar disatukan dalam sebuah frame. Salah satu gambar ketika mereka berada di sekolah menengah. Dan satu gambar lagi, gambar yang diambil sewaktu hari raya baru baru ini. Atira mendekati dan mengambil gambar itu. Sekarang dia duduk di birai katil.

"Jadi inilah bilik kita. Awak suka tak?. Ini bilik master room. Jom saya tunjukkan dua buah bilik lagi dekat sebelah........ Sana. " Hazim menghentikan langkah apabila menyedari Atira memegang frame itu. Seraya itu wajahnya merah.

Betapa malunya dia kerana terlupa untuk menyimpan gambar 'rahsia' itu. Sekarang isterinya sudah melihat gambar yang selalu dia pandang tiap kali dia merindui Atira.

"er...... " kepalanya digaru. Dia duduk bersebelah Atira.

Atira yang menyedari Hazim mengelabah tergelak kecil. Tetapi dia merasa serba salah.

"Maafkan Tira.. Sebab selama ni Tira tak pernah tahu pasal ni. Yang Tira tau kita selalu bergaduh. Awak kawan yang baik walaupun kita asyik bergaduh aje... Tira tak sangka.. Yang.. "

"macam mana nak tahu, awak selalu lupakan saya depan mata awak. Dalam hati awak hanya ada dia. Tapi tak apa.. Sekarang ni saya sangat bahagia sebab Allah dah bagi peluang dekat saya untuk hidup dengan awak sebagai suami isteri" wajahnya ceria.

"saya tahu, awak banyak terasa selama ini. Tapi saya minta sangat awak bagi masa pada saya. Kalau boleh saya tak nak awak terluka. Saya minta maaf sebab tak jadi isteri yang sepatutnya awak.."

"saya faham Tira. Dah lah.. Awak rehat dulu. Mandi tukar baju. Kejap lagi kita keluar beli barang dapur sikit. Malam ni saya nak masuk istimewa untuk isteri saya... " redup matanya memandang Atira.
Suaranya kembali ceria.

Senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya membuatkan Atira tersenyum lega.

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now