SaatBungaBungaCintaBersemi 30

109 2 0
                                    

DIA ANAK SYURGA

🍃🍃🍃🌹

"Abang.. Atira minta maaf selama ni Tira banyak buat abang terasa. Tira tak sedar ada sesuatu yang mendesak supaya
Tira bencikan abang. Setiap kali tengok abang Tira rasa marah. Rasa meluat. Tira rasa nak berpisah dengan abang. Rasa cinta Tira pada abang, Tira dah buang ketepi. Maafkan Tira bang. Tira sayangkan abang... "

Atira memegang tangan dan mencium tangan Hazim. Atira menangis semahu mahunya.

"hey sayang.. Jangan menangis. Ye abang faham. Abang maafkan Tira. Abang tak salahkan sayang. Yang penting sekarang ni Tira dah baik. In sha Allah lepas ni kita akan bahagia selama lamanya sayang. Abang janji.. Ni baby kita. Tira ingat lagi tak.. Yang Tira pregnant ni? "

Atira menyentuh perutnya. Dia mengangguk. Air matanya menitis lagi.

"maafkan ibu sayang.. "

Ibu langsung tak fikirkan anak ibu. Semoga dia yang membuat khianat pada ibu diberi hidayah oleh Allah. Ibu tak pernah lupa apa yang dia buat pada ibu. Ibu sakit. Ibu trauma sayang. Sehingga ibu membenci papa, sayang. Maafkan ibu. Lepas ni ibu dan papa akan jaga sayang baik baik. Sayang membesar dengan sihat ya..

Hazim memeluk isterinya cuba menenangkannya.

Makan malam di rumah Hazim sungguh meriah. Semua ahli keluarga mereka berkumpul. Ayah dan mak Hazim juga ada di situ. Mereka suami isteri baru sampai sejam yang lalu.

Atira menjamah nasi dan lauk kari ayam yang dimasak oleh mamanya. Dia sangat rindukan masakan mamanya. Ketika mama bertanya Atira nak makan apa? terus dia terbayangkan kari ayam yang dimasak oleh mamanya. Seleranya sudah ada namun dia tidak dapat menghabiskan nasinya. Tekaknya terasa perit. Dia terbatuk batuk. Hazim menyuakan air buatnya. Papa memberi buah naga kesukaannya supaya Atira memakannya.

Saat dia batuk tadi. Perutnya terasa kejang dan sakit namun dia menahan. Atira tidak mahu keluarganya susah hati lagi. Seketika kemudian dia meminta izin untuk berehat. Hazim bangun dan memimpin Atira ke bilik. 😣

"Baik baik Zim. Tira berehatlah kat atas. Nanti mak datang urutkan betis Atira. Mana tahu Tira lenguh dan sakit urat. Haa naik elok elok. "

Mak Hazim begitu bimbang melihat wajah menantunya yang sedikit pucat. Mungkin dia tidak sihat. Namun dia merasa tidak sedap hati melihatkan keadaan Atira.

"Nak duduk mana ni sayang? Duduk di tilam lah. Dekat sofa ni tak selesa. Kita duduk di katil ye?" Atira mengangguk. Dahinya berkerut kerana kesakitan yang makin terasa. Dia berpura pura senyum.

"Kenapa ni? Sayang sakit ke? Nampak macam tak selesa. Bagitahu abang sakit kat mana? " Hazim menyedari Atira menahan kesakitan.

"tak sakit bang. Mungkin Tira rasa letih sikit. Abang turunlah sambung makan. Kesian abang belum habis makan. Tira boleh jalan sendiri tadi. "

"ye ke boleh jalan sendiri. Abang tengok macam peguin aje jalannya. Anak papa nakal ke dekat dalam ni? "😂

Atira tergelak. Hazim meletakkan telingganya di atas perut Atira.

"papa tak sabar nak tunggu baby keluar sayang. Papa rindukan baby. Nanti dah keluar, jadi anak soleh solehah ye sayang. Jangan nakal nakal. Anak papa mesti jadi anak yang baik, ye... "

"sayang. Dah nak masuk enam bulan kan?. Dah boleh scan ke baby boy ke girl? "

"entah la bang. Dah boleh kot. Nanti kita pergi klinik. Abang bila free? "

"abang akan minta cuti demi sayang dan baby kita.. Lusa? kita pergi klinik Dr Diana? "

Atira mengangguk.

Saat itu Atira merasa sungguh sakit. Sejak semalam perutnya terasa memulas. 😖😭😭😭😭

Hazim meletakkan tangannya di perut Atira.

"aa.. bang.. Ahh. sakit. " Atira menolak tangan Hazim.

"kenapa ni? Sayang sakit ke?... "

"sakit abang! " ada air mata mengalir. Atira mencengkam lengan Hazim. Sakitnya tidak tertahan.

"sayang. Ya Allah... "
Atira menyentuh darah yang mula kelihatan di kain batik yang dia pakai..

"abang.. Da.. rah.. Abang, anak kita.. "😧😨

"Ya Allah, abang panggil mama. "

Hazim turun ke tingkat bawah. Beberapa saat kemudian mereka memasuki bilik mereka.

""Atira. Ya Allah. Hazim banyak darah ni. Kita bawa Atira ke hospital. " ujar mama.

"Hazim. Kita pergi sekarang. " Papa bersuara.

Papa segera mendapatkan kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta. Hazim mengangkat tubuh isterinya.

Sesampai di hospital Atira segera di bawa ke bilik doctor. Papa dan Hazim menunggu di luar. Hazim resah menunggu khabar berita dari doctor. Papa menepuk bahu Hazim.

Lima belas minit kemudian mak, mama, dan Ainaa tiba menghampiri mereka.

"macam mana Atira Hazim? "

"Atira masih dekat dalam mak. Doctor belum keluar. "

"sabar Hazim kita berdoa pada Allah. Semoga Atira dan anak kamu selamat. Bawa bersabar. " Ayah Hazim pula memeluk anaknya.
Hazim mengangguk lemah. 😔

'Ya Allah. Selamatkan anak dan isteriku. '

Kegusaran jelas kelihatan di wajahnya. Ya Allah. Hazim memanggil manggil nama Tuhan yang satu. Dalam hatinya terlihat seribu ketakutan. Dia takutkan sesuatu akan berlaku pada anak yang dikandung dan juga isterinya.

🍃🍃🍃🌹

🍃🍃🍃🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now