SIHIR PEMISAH
🍃🍃🍃🌹
Sebentar tadi, keluarga Atira tiba di rumah Hazim. Keadaan sudah terkawal. Atira sedang tidur. Tubuhnya lemah. Ustaz Mat dalam perjalanan ke rumah mereka. Hazim sedang berbual dengan Pak cik Karim di luar rumah. Mama dan Ainaa sedang menjelum kain basah di dahi Atira yang sedikit demam. Saat Wan hentikan kereta tiba tiba mata Atira terbuka luas. Dia memandang ke atas. Mamanya segera mengerakkan tubuh Atira namun tiada respon. Atira memejamkan matanya semula. Ainaa yang takut melihatkan keadaan kakaknya mendekati dan memeluk mamanya.
"Kenapa dengan kakak, mama? Ainaa takutlah."
Mama mengenggam tangan Ainaa. Tangan kanan pula mengenggam tangan Atira."Atira sayang. Mama ada dekat sini.. Bangun sayang. "
Hazim muncul di hadapan mama dan Ainaa.
"mama.. Macam mana Atira? "
"dari tadi lagi dia tidur. Badan dia panas sikit. Demam agaknya "
"ye ke mama. Nanti kita bawa Tira ke klinik. Mama. Ustaz dah sampai. Kita bawa Atira turun. Biar Hazim bawa Atira ke bawah. "
Mama hanya mengangguk.
Hazim menghampiri Atira dan mendukung Atira. Dahinya berkerut beratnya tidak seperti selalu. Hazim pelik kerana badannya makin kurus tapi beratnya seperti berat orang lelaki. Dengan susah payah Hazim tetap juga mendukung isterinya.
Sampai di akhir akhir anak tangga Atira bangun dan terlepas dari dukungan Hazim. Hampir terjatuh kedua duanya namun Atira terduduk di tangga dan merangkak menuruni tangga. Semua yang berada di situ terkejut melihat kelakuan Atira. 😨
Ustaz Mat membaca ayat ruqyah dan menahan Atira dari menghampirinya. Atira kesakitan dan mendekati mamanya.
"mama.. Siapa mereka semua ni?. Atira dekat mana ni mama? Tira nak balik. Papa bawa Atira balik rumah kita. Rumah papa.. " Atira memujuk papanya pula. Atira memegang tangan papanya.
"ye sayang. Nanti kita balik. Kita berubat dulu. Atira tak sihat ni.. "
"Atira sihat papa. Jom kita balik sekarang Tira takut dengan pakcik tu.. Mama.. Jom balik. Tira tak nak tinggal sini. " Atira merayu.
"Tira. Jangan macam ni. Dengar cakap papa. Ini ustaz Mat. Kita dekat rumah suami Tira sekarang. Ini Hazim. Tira tak sihat..."
"aku sihat!! Siapa cakap aku sakit?? Siapa Hazim?. Dia bukan suami aku!! Hazim jahat!. Tira sayangkan Firdaus. Biar Tira kahwin dengan Firdaus. Tira tak suka tinggal sini! Papa kesiankan Tira pa.. Tira nak balik." suaranya yang bertukar garau dan kasar berubah menjadi lembut pula.
"Encik Karim. Dia bukan anak Encik Karim. Memang ada sesuatu yang menganggu dia. Izinkan saya..." ustaz Mat meminta izin merawat Atira. Pak cik Karim dan Hazim mengangguk.
Azan yang dilaungkan oleh Wan membuatkan Atira ketakutan. Dia menjerit. Dia menangis dan mula menggelepar. Hazim dan pak cik Karim memegang anaknya. Atira yang melihat Hazim terus mencengkam leher Hazim namun tangannya terlepas setelah ustaz Mat melibas tubuh Atira menggunakan kain serban milik ustaz Mat. Atira menjerit kesakitan."sakit... Sakit!!papa.. tolong.. Tira sakit... "
Ustaz memegang kepalanya. Atira seperti diikat. Tubuhnya payah untuk bergerak.
"siapa kau?.. Kenapa kau ganggu dia. Ganggu rumah tangga dia?" soal ustaz Mat.Atira ketawa menggilai. Dia diam semula.
"jawab!! Kenapa kau kacau dia. Siapa hantar kau syaitan laknaktullah... ?"
"aku... Aku sayangkan dia! Dia sepatutnya jadi milik aku. Tapi dia kahwin dengan lelaki ni.. " Atira memandang Hazim di sebelahnya.
"aku nak dia semula. Kembali pada aku! Kau orang tua! jangan halang aku. "
"keluar kau dari sini. Dia bukan milik kau. Kau tak pernah memiliki dia. Dia milik suaminya. Milik keluarganya. Milik Allah!! "
"aku sayangkan dia. Aku takkan pergi. Aku akan buat mereka berdua berpisah. "
Matanya merah dan meliar ke sekeliling rumah."siapa kau nak halang kuasa Allah yang maha Hebat. Kau hanyalah hamba. Kalau kau ingkar aku bakar kau dengan ayat ayat Allah!" keras suara ustaz Mat.
Atira menunduk. Dia menggeleng geleng.
"tidak aku tak nak keluar.. "
"baik. Bismillahirahmanirrahim...... " ayat ayat al quran dibaca kuat sehingga Atira meronta ronta.
"keluar kau daripada tubuh dia! Dah lama kau sakiti dia. Jangan kau ganggu keluarga ini lagi! Pergi sekarang! Allahu Akhbar.." ustaz Mat mengibas kain serbannya lagi.
"arhhhh.... Tolong jangan bakar aku. Aku sakit.. "
Atira mengganas. Semakin kuat ustaz Mat dan Wan memagar tubuh Atira dari bergerak.
"SAKIT!!!!"
"kau nak keluar dari tubuh dia atau tidak? "
"tidak.. Aku tak nak. " suaranya tersekat. Atira menangis mendayu dayu supaya di kasihani.
Terkumit kumit ustaz Mat membaca suratul kursi, tiga kul dan beberapa ayat lagi supaya syaitan dan jin yang berada dalam tubuh pesakitnya terseksa dan kesakitan. Hanya itu sahaja cara supaya pesakitnya terlepas dari siksaan yang dibuat oleh syaitan dan hasad dengki manusia sehingga melakukkan amalan khurafat dengan meminta bantuan jin. Sesungguhnya mereka inilah yang melakukan syirik dengan menduakan Allah.
"sakit! aku keluar... Tolong aku. Jangan buat lagi orang tua.... "
Ustaz Mat meneruskan bacaan ayat al quran lagi. Suaranya dikuatkan biar syaitan dan jin yang masih berkeliaran di rumah dan di sekeliling mereka lari bertempiaran mendengar ayat ayat suci al quran.
"Arhhhhhh... Aku sakit............!! "
Tubuh Atira menjadi lemah. Lehernya kejang. Kepalanya ke atas. Matanya terbeliak. Sesiapa sahaja yang melihat, tidak akan percaya bahawa itu adalah Atira. Lain benar raut wajahnya. Tiada lagi senyuman manis. Yang terlihat hanyalah wajah bengis dan pandangan tajam Atira. Suara garaunya kedengaran lagi.
Wan tidak henti henti melaungkan azan.
Akhirnya Atira rebah di pangkuan papanya. Mama dan Ainaa mendekatinya. Sebiji bantal diberikan kepada bapa mertuanya supaya meletakkan kepala Atira di atas bantal itu. Tubuh Atira ditidurkan seperti arahan ustaz Mat. Sehelai kain selimut terletak di atas tubuh Atira untuk melindungi aurat Atira dari terdedah. Ustaz Mat membacakan beberapa surah dan dia duduk berhadapan kaki Atira.
Beberapa minit kemudian keadaan menjadi aman. Atira tidak lagi meracau namun dia kelihatan tidak berdaya.
Kelihatan wajah wajah keluarganya yang sugul. Namun mereka bersyukur kerana Atira makin membaik. Doa mereka supaya Atira tidak lagi terkena sihir pemisah. Sihir yang ingin menghancurkan rumah tangga mereka berdua.
🍃🍃🍃🌹
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...