AWAL KEHAMILAN🍃🍃🍃🌹
Hazim tersenyum ketika dia masih di tempat kerja. Saat ini dia terkenangkan isterinya serta kandungan yang berusia tiga bulan di dalam rahim Atira. Enam bulan dari sekarang dia akan menjadi papa. Dia akan mempunyai anak. Doanya selalu agar isteri dan anak dalam kandungan sihat, selamat semuanya sehingga dilahirkan.
Kalau boleh dipercepatkan masa dia ingin segera mendukung zuriat mereka sekarang juga. Baginya anak lelaki atau anak perempuan sama saja. Dia memang teruja. Begini rasanya bakal menjadi seorang ayah.
Namun ketika itu juga air mukanya berubah. Sejak akhir akhir ini dia perasaan Atira agak berlainan daripada sifatnya dulu.
Entah kenapa dia sering diganggu mimpi mimpi yang menakutkan. Tetapi dia tidak pernah menceritakan hal itu kepada Atira, dia bimbang Atira akan takut. Hazim menganggap semuanya hanyalah mainan tidur. Semoga semua perkara buruk dan tidak diingini tidak berlaku dalam rumah tangganya. Cepat cepat dia menghabiskan kerja dan mengemas mejanya yang berselerak dengan fail fail dan report yang harus disemak. Hari ini dia ingin pulang awal kerana Atira kurang sihat. Makannya tidak seselera dulu. Mungkin dia masih lagi mengalami morning sickness. Tubuhnya tidak bermaya.
Sepanjang hari Atira hanya menyendiri dan tidak banyak berbual seperti selalu. Hazim cuba menceriakan suasana namun tiada respon gelak dan ceria Atira yang dulu.
Atira juga suka makan jeruk buah. Kadang kadang Hazim berbohong mengatakan asam habis atau kedai tutup. Merajuknya dia sampai bermasam muka dan menangis. Apabila Hazim membelikan asam jeruk dan benda masam masam dimakannya terlalu banyak sampai Hazim bimbang melihatnya. Apabila Hazim menegurnya dia terus menjauhkan diri dari Hazim dan nak memujuknya sekarang bukan main payah. Hazim mati akal.
"sayang.. Kenapa tidur dekat sini.. " Hazim mengejutkan Atira yang sedang tidur di sofa dan bukan di bilik mereka. Tv masih bersiaran. Atira terbangun dan tidak menjawab pertanyaan Hazim.
"jom masuk tidur dah lewat malam ni.. "
Atira bangun dan terus naik ke tingkat atas tanpa menunggu Hazim. Hazim mengaru kepala. 😑😕'Bad mood sangat sayang aku ni.. Aku ada buat salah ke? pandang aku pun tak nak' getusnya.
Cawan kotor juga ditinggalkan di atas meja. Selalunya cawan atau pinggan kotor Atira akan letakkan terus di dapur apabila siap diminum. Hazim mengambil dan membawa ke dapur. Dia melihat meja tidak berkemas dan pinggan di dapur tidak dicuci. Hazim makin pelik. Namun dia malas fikir panjang. Dia rasa Atira mungkin kepenatan maklumlah di awal kehamilan mungin Atira agak keletihan.
Sebagai suami yang memahami dia mencuci dan mengemas dapur pada malam itu. Dia tidak kisah menolong isterinya melakukan kerja rumah. Lebih lebih lagi sekarang Atira mengandung. Dia seharusnya lebih memahami emosi orang mengandung. Ada senyum terukir di bibirnya, apabila mengenangkan anak yang akan dilahirkan oleh isterinya mesti comel kan!.
Kalau ikut wajah aku mesti hensem. Kalau ikut wajah Atira mesti cantik.. Adorable betul. Tanpa sedar dia sudah siap mengemas dan menutup suiz lampu. Semua tingkap dan pintu diperiksa agar semuanya berkunci.
Setelah itu dia menghampiri Atira yang sedang tidur. Dia menyelimuti Atira dan merebahkan badan di sebelahnya. Saat dia memeluk isterinya, Atira tersedar dan menjarakkan tubuhnya. Hazim tersentak. Atira menolaknya jauh dan meletakkan bantal di tengah mereka. Hazim teringat waktu di awal perkahwinan dulu macam ini lah Atira menjarakkan diri mereka berdua.
"sana sikit lah Hazim. Rimaslah! "😞
Atira memberi amarah supaya jauh darinya. Matanya masih terpejam. Dahi Hazim berkerut, selalunya Atira suka tidur di bawah ketiaknya tapi malam ini lain benar gayanya. Lagi satu sudah lama dia tidak mendengar Atira memangginya Hazim. Sekarang ini Atira sudah memanggilnya dengan panggilan abang. Mungkin pembawakan budak agaknya Hazim menyedapkan hatinya. Akhirnya Hazim tertidur ketika melihat raut wajah isterinya. Wajahnya pucat tidak terurus. Rambutnya juga tidak kemas seperti selalu. Kenapa dengan awak sayang?.. Awak memang betul betul tak larat ke.. Hazim tertanya tanya. 😥Keesokan pagi, Hazim bersiap siap untuk ke tempat kerja. Kakinya melangkah ke dapur seperti biasa ingin bersarapan. Namun Atira hanya menghidangkan roti yang disapu jem. Semug nescafe diletakkan sekali. Dia hanya diam tidak banyak bercakap.
Selalu ada nasi goreng atau mee goreng. Hari ni ada roti aje ke? getus hatinya. Tak apalah, daripada tak ada baik ada. Hazim tahu Atira mesti tak ada mood nak masak dalam keadaan di awal kehamilan ini. Mungkin saja dia jadi alah dengan bau tumis menumis.
"hai sayang.. Kenapa ni pagi pagi dah tarik muka masam. Kenapa ni? Awak tak sihat ke? "
"saya okey aje. Tak larat nak masak. Abang makan aje lah roti tu ye. Cepatlah makan. Nanti lambat pula masuk kerja. "
"okey sayang. Hari ni sayang nak makan apa, abang belikan. "
"tak nak apa apa. Tak ada rasa nak makan apa pun. " jawabnya acuh tak acuh.
"merajuk lagi ke ni.. Okey hari ni abang beli asam. Asam apa nak? Asam mangga? "
"orang cakap tak nak tak nak lah. "
Hazim terdiam. Cepat dia habiskan roti dan berlalu ke luar rumah. Enjin kereta dihidupkan. Kali ini dia agak terasa hati dengan Atira yang sedikit kasar.
😔
"Abang. Tira minta maaf. Tira rasa tak ada mood. Tak sedap badan" Atira bersalam dengannya. Hazim tersenyum. Hatinya menjadi lembut semula. Dia mencium dahi Atira."Tak apa sayang. Abang faham. Sayang rehat ye.. "
Hazim berlalu meninggalkan Atira yang masih tercegat di pintu. Atira kebinggungan. Dia seperti hilang ingatan. Bila dia tutup pintu dia tak tahu hendak ke mana. Hendak ke bilik untuk tidur atau menonton tv. Sudahnya dia duduk di meja makan dan memakan roti. Tidak lama selepas itu dia muntah. Semuanya keluar. Perutnya kembali kosong. Seleranya benar benar mati. Dia keluar ke ruang tamu. Tubuhnya direbahkan di sofa. Fikirannya menerawang jauh. Tiba tiba satu nama terucap di bibirnya yang agak pucat.
'Fird...Tira rindu..."
🍃🍃🍃🌹
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...