SaatBungaBungaCintaBersemi 11

74 1 0
                                    

ZURIAT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZURIAT

🍃🍃🍃🌹

Masa Hazim masuk ke dalam biliknya Atira masih lagi berbual dengan mama. Terkadang dia mencuri dengar perbualan dua beranak itu. Dia sendiri terkedu kerana dapat mengagak apa soalan mama pada Atira.

"er.. Em. Tak de rezeki lagi mama. Okey la ma. Nanti Tira call lagi."

"Bateri phone Hazim dah low sangat ni."

Nasib baik handphone Hazim tinggal 15 percent. Boleh juga dia jadikan alasan. Bukan apa dia malu mamanya bertanya pasal zuriat, dah la Hazim ada di sebelahnya. Cepat cepat dia mengelak.

"Nah. Mama kirim salam" Atira mengembalikan handphone kepada Hazim.

Dia menepuk bantalnya sebanyak tiga kali. Bersiap siap untuk tidur. Hazim yang masih memandangnya dia buat tidak tahu. Ada lah tu nak kenakan dia getus Atira.

"Tira.. Mama cakap apa tadi? "

"cakap apa? Tak ada apa apa. Cakap biasa biasa aja. Mama tanya bila kita nk balik kampung? hujung bulan ni Wan nak kahwin. Mak cik Normah dah bagi invitation card dekat rumah. Kita balik tak? "

Atira menutup mulutnya yang sedang menguap. Mengantuk sangat rasanya. Tapi dia harus tanya Hazim tentang hal ni. Ialah Wan tu kan bestfriend mereka. Rasa ralat sangat kalau tak dapat pergi kendurinya.

"hujung bulan ni. Em rasanya tak ada apa apa plan. okey kita balik. "

Hazim merebahkan badannya ke katil. Selesa sungguh. Dari tadi lagi dia hanya duduk menyiapkan kerjanya. Naik lenguh pinggangnya. Baru saat ini dia dapat membetulkan badannya kembali.

"ye ke? Hihi baguslah boleh balik kampung rindu sangat dekat semua. "

"dekat saya awak tak rindu? "

"ee mengadanya. Nak rindu apa, hari hari saya tengok awak depan mata. Tak dan lah nak rindu rindu. Perasan betul awak ni Hazim. "

Hazim tergelak mendengar jawapan Atira.
"kalau saya tak ada dekat dengan awak rindu tak? Nak test ni. Lusa saya kursus seminggu dekat Melaka. Rasa rasa awak rindu tak? "

"betul ke awak ada kursus? Em whatever la Hazim saya rasa saya tak rindu. Bukannya lama seminggu. Kejap je. Macam saya katakan tadi tak dan nak rindu rindu. "

"betul ke sayang? "

Atira menutup telinganya apabila perkataan sayang Hazim lafazkan.

Suka sangat menyakatnya sejak akhir akhir ini dengan perkataan itu.

Saja dia ingin menduga Atira. Hazim gelak lagi melihat Atira berkelakuan seperti itu. Comel betul kata hatinya.

"Hazim tidurlah! Jangan nak merepek lagi. Esok nak bangun awal. Saya tak kira esok weekend kan pagi pagi lagi saya nak awak bawa saya gi repaire phone saya tu.. Please."

"ye lah sayang.. Good night jangan lupa baca doa tidur my dear. " Hazim menyentuh rambut Atira. Atira menepis lembut, tak suka.

Hazim tahu nanti Atira naik angin susah pula dia malam ini. Lantas dia memejamkan mata dan membaca doa kuat kuat supaya isterinya juga turut membacanya.

Atira buat buat tidur. Sebenarnya dia masih memikirkan tentang Hazim yang akan pergi meninggalkannya selama seminggu. Lama juga. 7 hari. Dia mengeluh. Boleh tahan sunyi dia nanti.

Satu hal lagi dia mengeluh kerana tadi dia terbaca whatsapp dalan telephone Hazim.
Satu Whatsapp muncul di screen saat Hazim keluar dari bilik mereka.

Ianya dari Farah. Farah mana? Dia zoom ke gambar profile. Farahliana musuh ketatnya itu. Rupanya mereka masih berhubung dengan perempuan itu.

Geram pula rasanya ditambah lagi Hazim meminta bantuan Farah untuk mencari kerja untuknya.

Tak nak. Kalau Farah yang rekomenkan memang aku tak nak. Bodoh sombong pun bodoh sombong la. Aku tak kira. Tak kuasa aku. Aku tak nak kerja. Tapi aku akan 'kerjakan' habis habisan duit kau Hazim. Dia mencebik.

Geram pula rasa hati Atira. Jangan jangan Farah yang sukakan Hazim? Fikirnya. Huh. Sejak dari zaman sekolah mereka berdua selalu bergaduh.

Dia malas fikirkan hal itu. Hazim langsung tidak sesuai dengan perempuan gedik itu. Habis tu Hazim sesuai dengan siapa Atira? soalnya sendiri. Entah. Atira tiada jawapan.

Bismillah. Dia membaca doa tidur dan menutup suiz lampu kecil di meja sebelah katilnya.

🍃🍃🍃🍃🌹

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now