😊So far nampak bahagia happy aje kan rumah tangga Hazim dan Atira?. Mereka saling cinta mencintai. Bukan mudah untuk Atira membuka pintu hatinya untuk insan kedua setelah hati dan perasaanya dipatahkan. Tapi hati itu kan milik Allah. Hati boleh berubah bila bila masa. Kini mereka di alam bahagia.💞💓💓 sayangnya mahligai impian mereka akan teruji.Selepas mereka pulang berbulan madu ujian datang menimpa suami isteri itu. Dapatkah mereka mempertahankan ikatan suci ini? dan kuatkan cinta mereka yang telah terukir di hati masing masing?.💔 Ujian itu sakit tetapi bersamanya juga ia dibalut rasa kekuatan, kecekalan dan meningkatkan keimanan yang lebih tinggi kepada Yang Maha Esa. Walaupun kita tidak mahu, ia TETAP AKAN BERLAKU. Setiap dugaan yang diterima dengan hati yang terbuka akan mendapat ganjaran besar dariNya. Kita sebagai manusia hanyalah hamba dan tidak berdaya menolak ketentuanNya. Semoga rumah tangga Hazim dan Atira bahagia berpanjangan dan tidak lemas di lautan bergelora yang tidak bertepian yang akhirnya karam tidak ditemui. 🌊🌌☔🌂
🍃🍃🍃🌹
#wattpad
#saatbungabungacintabersemiHONEYMOON
Perjalanan ke Terengganu sangat menyeronokkan. Mereka berdua singgah di salah satu pantai yang terdapat di Terengganu. Mereka sampai di pantai yang dikunjungi ramai orang, iaitu Pantai Penarik.
Salah satu tempat kebanyakkan penduduk negeri lain yang datang ke sini untuk berhenti sebentar menikmati angin pantai dan menikmati pemandangan pantai yang sangat cantik. Ianya pantai berwarna biru.
🌊🌃🌅Beberapa keping foto 📷📹diambil oleh mereka berdua sebagai kenangan. Atira tidak melepaskkan peluang untuk duduk di atas buaian dan berlatar belakangkan pantai. Sungguh cantik.
Hazim menolak buai yang Atira duduk. Gelak tawa Atira menyenangkan hati Hazim. Dia tahu Atira benar benar gembira. Makanan laut bergoreng seperti celup tepung memang terkenal di Pantai Penarik ini. Pelbagai saiz udang, sotong dan ikan terdapat di situ. Semuanya mempunyai harga yang berbeza. Yang pasti sangat berbaloi dan murah. Atira dan Hazim memang penggemar makanan laut bergoreng seperti ini.
Selepas makan tengahari mereka meneruskan perjalanan ke hotel yang telah ditempah oleh Hazim. Sampai saja di sana Hazim merebahkan badan ke atas tilam empuk. Boleh tahan penatnya memandu untuk sampai ke Terengganu getusnya.
Atira membuka tingkap dan menolak langsir ke tepi. Dia melihat ke luar tingkap. Ternyata bandar Kuala Terengganu agak pesat juga. Ramai penduduk menetap di sini. Lampu lampu, kedai dan kenderaan memenuhi kawasan bandar ini. Malam nanti mereka akan keluar berjalan jalan melihat lampu di kawasan terdekat.
Kebetulan minggu ini ada pameran, dan expo atau dikenali sebagai funfair. Tadi dia melihat banyak khemah khemah yang didirikan untuk expo bermula pada malam ini.
Atira sudah membayangkan suasana expo pada waktu malam, yang pasti terdapat pelbagai barangan yang murah murah dan makanan makanan kesukaannya.
"sayang. Tengok apa tu..? "
Atira hanya senyum dan menghampiri luggage dan mengeluarkan kelengkapan beg make up dan mandian. Dia berhajat untuk membersihkan badan."saja tengok pemandangan di luar hotel. "
Sehelai baju tshirt dan seluar panjang dikeluarkan. Tuala di sangkut di bahunya.
"saya nak mandi dulu Hazim. "
"ye sayang.. Er sayang.. "
Atira berpaling dari memasuki tandas.
"Tak nak abang temankan sayang mandi ke? "
"ei! Tak payah! Bukannya malam, berhantu ke, tak ada lampu ke Hazim, sampai nak berteman. " Atira berlalu. Malas nak melayan Hazim yang sudah menjadi jadi di luar sana.
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Historia CortaHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...