MUHAMMAD AMMAR YUSSOOF
🍃🍃🍃🌹
Atira sudah pulih sepenuhnya. Dia kini menjadi seorang yang redha dan tenang namun jauh di sudut hati semua tahu dia masih bersedih di atas kehilangan anak yang dikandung tempoh hari. Setiap minggu dia pasti ke kubur anaknya.
"ibu datang sayang. Sayang ibu Muhammad Ammar Yussoof. "
Itulah ayat ayat dan kata kata yang keluar dari mulut Atira. Hazim memeluk isterinya, lalu mereka berdua menghadiahkan surah al fatihah dan bacaan yassin untuk anaknya itu.
Atira masih dibayangi kehadiran anak dalam perutnya. Setiap kali dia teringatkan anaknya, dia menyentuh perutnya. Baru beberapa ketika, ibu merasa gerakan Muhammad Ammar Yussoof, anak ibu telah pergi.
Masih ibu ingat kata kata doctor bahawa anak ibu ini menghadapi banyak komplikasi. Janin tidak membesar dengan normal. Jika Ammar lahir, Ammar akan menjadi insan tidak sempurna.
Atira menitiskan air mata kerana dia merasa dialah penyebab anaknya mati. Semasa dia sakit dia langsung tidak makan ubat ubat yang diberikan oleh doctor supaya rahimnya kuat. Kebiasaanya di awal kehamilan ubat ubat ini penting. Termasuklah acid folic. Maafkan ibu.
Ibu bersalah. Selama itu juga ibu tidak lagi ke klinik untuk pemeriksaan kandungan ibu. Ibu telah terlepas dua kali pemeriksaan berkala. Sungguh ibu kesal sayang. Waktu itu ibu hanya tahu membenci papa Ammar. Apakan daya ibu sayang? Maafkan ibu.. Air matanya mengalir.
😭😭😭😭😭😭
"Sudah lah sayang. Jangan sedih macam ni lagi. Jom kita balik. Dah lewat petang. Malam ni kita nak balik kampung. kita balik bersiap."
Atira mengangguk lemah dan berjalan meninggalkan kawasan perkuburan.
------------------------
"Farah. Bomoh mana kau bawa aku jumpa. Dah tiga orang bomoh semuanya tak menjadi. Yang akhir sekali aku pula yang sakit. Seminggu terlantar dekat rumah. Kau jangan nak main mainkan aku Farah. Kau tahu kan kalau semua ni tak jadi satu sen pun aku tak akan bagi habuan kau! "
Hazim menghempas pintu kereta. Farah membuka pintu kereta dan menghampiri abang tirinya yang bengis itu.
"ha hempas lagi pintu tu kuat kuat. Kau tengok anak kau melalak ni. Sebab terkejut. Nak kau ambik anak kau ni. Bisinglah. Nak jaga anak pun menyusahkan orang. Lain kali kalau tak sayang anak bagi dekat orang! senang. Ni dengan aku aku sekali kena jaga. Nah ambik anak kau ni. Err bau busuklah. Dia berak ke apa ni! "
Farah cepat cepat memberikan anak Firdaus. Dia tidak tahan busuk najis anak Firdaus itu. Seumur hidupnya anak saudaranya sendiri belum pernah dia cebok tau. Err.. Geli. 😒😷😷😠
Firdaus memangku anaknya pula. Dia sayangkan anaknya itu.
"jaga sikit mulut kau tu Farah. Nanti makan penampar aku. Kalau tak ada naluri keibuan sekali pun jangan main lepas macam tu aje, kalau Rayyan jatuh tadi?. Ni budak kecik kau tahu tak?? " bentak Hazim marah.
"eh suka hati kau lah. Itu anak kau. Kau lah jaga. Dah sekarang ni macam mana?. Kau belum bayar aku satu sen pun lagi. Kau ingat senang nak cari bomoh bomoh tu semua?? "
"aku ni tak kisah pasal duit. Sekarang yang aku tak puas hati kau bagi aku lagi menderita adalah. Entah bomoh mana kau rembat. Kau ingat eh lagi sekali kalau semua rancangan kita gagal jangan harap kau dapat bahagian kau. "
😡☝
Hazim membetulkan babysit anaknya. Dia meletakkan anaknya di sebelah pemandu. Dia lebih rela meletakkan anaknya di situ daripada diperlakukan seperti kain buruk oleh Farah."Firdaus! Habis aku nak duduk mana. Letak ajelah si Rayyan ni dekat belakang. "
"ini tempat anak aku, Kalau kau nak ikut balik, duduk belakang. Kalau tak kau balik dengan teksi ke apa. Aku tak kisah. "
Hazim menutup pintu kereta. Nak tak nak Farah masuk ke dalam kereta juga dan duduk di belakang dengan amarah yang tak sudah.
----------
Perjalanan mereka hampir tiba namun selepas mereka melepasi traffic light sebuah kereta meluru terbabas sehingga ke laluan bertentangan. Atira menjerit kuat sambil memegang lengan Hazim.
Kereta di hadapan mereka remuk teruk dan berpusing pusing sehingga ke dalam semak. Hazim menekan brek sekuat hati. Kereta yang menjadi penyebab kemalangan mereka pula hampir musnah sama sekali. Tidak kurang pula mangsa mangsa kemalangan itu tercampak keluar.
Orang ramai mula memberhentikan kereta. Hon kereta yang berlanggar tadi berbunyi berterusan. Ramai yang mengelilingi kereta mereka. Atira terkejut dan menyentuh kepalanya yang berdarah.
"sayang awak okey tak? Allah darah.. "
Atira mengangguk. Baginya luka di dahinya masih mampu dia menahan kesakitan. Mujurlah kenderaan mereka naiki tidak remuk teruk. Hanya bumper dan bonet depan sahaja kemek. Beberapa orang juga menghampiri mereka berdua kerana ingin membantu.
Mereka keluar dari kenderaan dan menghampiri mangsa mangsa kemalangan. Dengan cerita mangsa mangsa adalah seorang lelaki dan perempuan, mungkin mereka suami isteri. Dan mereka mempunyai seorang anak. Baby berusia enam bulan.
Atira memeluk dan mendukung bayi yang sedang menangis di depan kereta itu. Atira memangkunya dan menenangkannya. Syukur anak itu selamat. Malaikat telah menolong baby kecil ini. Dia bersyukur walaupun anak ini luka sedikit di bahagian betis dan kepala, dia masih selamat. Atira meniup lembut dahi yang luka itu. Tiba tiba dia berhenti menangis.
Hazim menghampiri isterinya dia menyentuh kepala anak dalam dakapan Atira. Hazim lega kerana anak itu selamat tetapi ibu dan ayahnya mungkin telah meninggal dunia kata orang orang awam yang menyaksikan kemalangan tadi. Orang ramai mula menghubungi ambulance. Hazim meninggalkan Atira bersama beberapa orang awam yang membantu.
Saat Hazim melihat keadaan kedua dua mangsa dia mengucap panjang. Sungguh ngeri kejadian itu. Dia tidak dapat membayangkan keluarga mangsa kemalangan itu nanti.
Dia melihat, wajah dan tubuh lelaki itu tidak dapat dikenal pasti. Ususnya terkeluar. Kepalanya masih mengalir darah tanpa henti. Orang awam tidak berani menyentuh mangsa mangsa itu sebelum pihak bertanggungjawab sampai.
Saat itu juga dia terpandangkan susuk tubuh mangsa wanita pula. Alangkah terkejutnya dia kerana dia masih mengenali wanita itu walaupun wanita itu cedera parah. Allah. 😨
Atira memangku bayi comel itu. Saat itu dia berada di hospital untuk membuat pemeriksaan ke atas anak itu. Kecederaan anak itu dirawat dengan segera. Selesai semuanya Atira dan Hazim masih menunggu di situ. Entah kenapa dia masih mahu melihat anak itu. Sungguh kesian nasibmu sayang. Mama dan papa kamu cedera parah.
Tidak lama selepas itu mereka dikejutkan dengan kematian bapa kepada anak itu telah meninggal dunia. Atira memeluk anak itu. Sayang papa sayang dah meninggal, bisik hatinya sayu.😢😢😢😭😭
Atira meminta izin untuk melihat Ibu bapa anak itu tapi ditegah oleh Hazim. Hazim bimbang Atira akan terkejut. Hazim membuat alasan supaya Atira tidak melihat mangsa mangsa kemalangan kerana keadaan yang sangat ngeri. Atira menuruti kata kata Hazim.
Sebenarnya dia sendiri tidak cukup kuat untuk melihatnya. Hazim meneruskan perjalanan ke kampung yang berbaki selama 30 minit lagi. Dia memandu perlahan kerana keretanya juga terkesan kerana kemalangan itu. Atira diam membisu, dia masih terkejut dengan kemalangan yang menimpa mereka. Hazim mengenggam tangan isterinya memberi kekuatan padanya. Syukur mereka terselamat dari kemalangan ngeri itu.
Fikiran Atira masih pada anak kecil itu. Dia merasa sebak. Sungguh dia kasihan. Buat masa ini anak itu dibawah jagaan hospital sebelum diserahkan di kebajikan masyarakat kerana keluarga mangsa gagal dikesan kerana kereta mereka terbakar selepas itu.
Kad pengenalan mereka berdua hangus terbakar.
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...