SaatBungaBungaCintaBersemi 18

84 3 0
                                    


MAAFKAN AKU SAYANG

🍃🍃🍃🌹

Setelah sampai di kedai makanan western kepunyaan Farah, Hazim menghentikan kereta. Kelihatan Wan dan Farah sudah duduk di meja dan memesan makanan. Hazim melulu masuk ke dalam kedai kerana hujan lebat.

Tiba tiba dia teringatkan Atira yang takutkan hujan kilat. Dia terdiam seketika. Dia berkira kira mahu saja pulang ke rumah menemani Atira. Namun dia rasa hujan akan berhenti sekejap lagi apabila awan mulai cerah semula. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang.

"nak makan apa Hazim? "

"minum je lah. Makan tak nak. Teh "

Farah mengangguk dan beredar.

"Apa cerita Zim. Kau gaduh dengan Atira kenapa?" soal Wan. Bukan dia hendak masuk campur tetapi kawannya itu terlebih dahulu menceritakan hal ini kepadanya. Wan tahu Hazim sedang susah hati sekarang ni.

Farah berjalan menuju mereka bersama dulang minuman.

"wow! Tauke restoren sendiri hidangkan makanan. Hebat kau sekarang. Dah berjaya capai cita cita kau. " Wan tersenyum bangga.

"Boleh lah Wan. Alhamdulillah rezeki aku.. Em Hazim betul tak nak makan apa apa?" Farah menyapa Hazim yang masih senyap dari tadi. Hazim hanya menggeleng. Teh dihirup perlahan.

Farah kembali masuk ke dapur.

"Bro tak best lah macam ni. Cuba cerita. Macam mana boleh bergaduh sampai macam ni sekali. Alah bergaduh tu biasa lah dalam rumah tangga. Tapi jangan gaduh sampai nak bercerai bagai. Kau cakap kau sayang gila dengan dia. Perjuangkan cinta kau. Dia sekarang isteri kau. Kau lebih berhak atas dia."

"Masalahnya sekarang Wan. Dia masih sayangkan bekas kekasih dia tu. Sakit hati aku ni. Dia buat aku macam tak ada perasaan. Aku ni suami dia. Boleh dia sembunyi sembunyi jumpa si Firdaus tu. Hanginlah aku! "

Hazim menolak gelas teh ke tepi.

"Habis tu dia cakap apa lepas kau tanya pasal hal ni? Ada dia kata dia masih cintakan Firdaus"

Hazim menggeleng.😕

"Dia takkanlah nak mengaku depan aku yang dia sayang. Cuma aku dapat rasakan dia ada perasaan lagi dekat mamat tu. Dia cakap semua tu bukan yang macam aku fikir. Jumpa secara tak sengaja. Dia ingat aku percaya. Tak sengaja tapi sampai berpegang tangan? "

Hazim meluahkan perasaan tidak puas hatinya pada sahabat baiknya itu.

"kau jangan main tuduh Zim. Hati perempuan ni cepat terluka. Mana tahu dia memang betul betul tak sengaja."

"habis tu berpegang tangan? "

Wan mengaru kepala.

"tak sebenarnya siapa yang hantar gambar tu dekat kau?. Kau bagitahu aku. Ke kau pasang spy intip isteri kau sendiri? "

"Aku takkan buat macam tu lah Wan. Kenapa pula sampai nak pasang spy"

"lepas tu, siapa? "

"Farah. " Jawapnya perlahan.

"Farah? Eh kau tahu kan dia sukakan kau? "😦😠

Hazim diam. Ya dia sudah lama tahu. Tapi dia juga tahu bahawa Farah sudah tidak berminat padanya dan akan bertunang.

"itu dulu. Sekarang dia dah nak bertunang."

"Farah.. Entah entah dia masih suka kau. Semua ni dia lakukan sebab nak pisahkan kau berdua. Aku bukan main cakap aje Zim. Tapi dia pernah bagitahu aku.. Yang dia nak bertunang sebab abang dia yang berkenan sangat dengan bakal tunang dia tu. Farah hanya sukakan kau aje Hazim. Dah lah sekarang kau balik cuba dengar apa Atira nak bagitahu. Mesti ada cerita sebaliknya. Takkan sebab sekeping gambar kau dah melatah tuduh dia macam macam. Kau kenal dia kan. Mana pernah dia pegang tangan kita atau mana mana lelaki sepanjang kita kenal dia. Kan? "

Hazim seperti mengiakan kata kata sahabatnya.

"okey. Kau dengar sini balik nanti cuba kau kawal perasaan marah tu. Berlapang dada minta petunjuk dari Allah. Minta Dia lembutkan hati isteri kau. Supaya sayangkan kau macam mana kau sayangkan dia. Jangan mudah marah. Ingat tu Zim. Isteri ni amanah dari Allah. Jangan berkasar sangat dengan dia. Aku kenal Atira tu. Baik budaknya. Hati dia lembut. Kalau kita berkasar berkeras dengan dia nanti dia akan patah. Cuba bersabar. Istiqfar banyak banyak. "

"ye lah. Terima kasih Wan. Sebab kau sudi dengar masalah aku. "

"tak de hal lah. Okey aku kena gerak dulu, jangan lupa hujung bulan ni datang majlis aku. Bawa Atira sekali. "

"in sha Allah. Aku mesti datang wan "

🚗🏡
Hazim menghentikan kereta di bawah garaj dia pelik kerana sudah hampir magrib tetapi keadaan rumah sunyi sepi. Tiada lampu terpasang. Di dalam dan di luar rumah kelihatan gelap.

Hazim membimbit bungkusan chicken chop kesukaan Atira. Kali ini dia lebih tenang. Perasaan marahnya sudah reda.

Salam diberi tidak bersahut. Mujur dia membawa kunci rumah. Hazim memanggil Atira berkali kali. Namun tidak bersahut. Dia meletakkan bungkusan makanan di atas meja.

Saat dia membuka pintu biliknya Hazim mendapati Atira rebah tidak sedarkan diri. Hazim sangat penik dan terus menghampiri Atira. Dia terpandangkan darah di betis Atira. Ada kaca yang pecah di sekelilingnya. Hazim semakin bimbang apabila Atira masih diam tidak bergerak.

"Atira. Atira bangun. " Hazim menepuk pipi isterinya perlahan.😣😣😓

Maafkan aku sayang.. Please bangun. Hazim merintih. Diangkat isterinya ke dalam kereta untuk ke hospital.

🍃🍃🍃🌹

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now