SaatBungaBungaCintaBersemi 5

101 5 0
                                    

Pagi itu, setelah siap bersarapan dan membereskan kerja kerja di dapur mereka sekeluarga minum kopi. Atira kelihatan lebih ceria daripada semalam. Itu sudah cukup membuatkan keluarga mereka lega.

Hazim mengajak Atira menunggang motor ke tepi pantai paling dekat dengan rumah Hazim. Pantai Batu Besar.

Atira berhenti dari memandang telefon. Beberapa pasang mata turut menunggu jawapan Atira. Dia tersenyum.

"Aa.. Atira rasa penat sikit.. "

"pergilah kejap. Ambil angin. Esok kamu berdua sudah mahu ke Seremban. Bila pula kamu nak balik sini, dulu mama ingat kamu memang suka pergi sana kan.. Pergilah. "

"jom... "
Hazim sudah menghidupkan enjin motor.

"pergilah kak.. kesian abang dah tunggu tu.. " Laila supupuku memujukku pula.

Akur dengan pelawaan Hazim, Atira mendekatinya.

Perlahan dia memegang bahu suaminya dan membonceng di belakang. Semua mata memandang mereka sambil ketawa kerana Hazim melawak, motor hendak terbalik kerana berat badannya yang sedikit berisi sejak beberapa bulan ini. Namun sebenarnya sudah 3 hari Atira kurang selera makan. Mukanya sedikit pucat. Biarpun begitu tangannya yang dihiasi inai membuatkan dia berseri seri, ditambah pula bibirnya dicalit gincu. Semua itu menutup gundah gelana di hatinya.

Mereka berdua beriringan berjalan menyusuri pantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berdua beriringan berjalan menyusuri pantai. Tangannya memegang sepatu. Angin pantai mula menyentuh tubuh mereka. Sungguh tenang keadaan pantai yang berombak perlahan itu.

Sesekali Hazim memandang Atira. Ada senyum dibibirnya. Hazim turut tersenyum. Bukan dia tidak pernah ke sini bersama Atira, tapi dia merasa sangat bahagia berduaan seperti ini bersama isterinya.

Perasaan cinta kepada Atira semakin mendalam hari ini. Dia berharap Atira juga merasakan hal yang sama. Namun Hazim akui bukan mudah untuk menakluki hati dan perasaan wanita di sebelahnya ini.

Sejak mereka berkahwin hubungan mereka tidak seperti dulu. Atira yang lebih banyak berdiam diri membuatkannya serba salah. Tiada lagi gelak ketawa Atira. Hazim memandang ombak yang beralun sebelum di sapa Atira lembut. Hampir tidak kedengaran.

"kita berteduh dekat sini. Atira nak duduk sini kejap. "
Hazim hanya mengikut.

Atira membuang pandang ke tempat lain. Dia mengambil tempat duduk di bawah teduhan pokok. Hazim turut duduk.

"cantik kan tempat ni.. Banyak nostalgia kita dekat sini masa sekolah dulu... "

Hazim mengiakan sambil tertawa kecil. Ya betul. Di sini juga mereka pernah menyambut hari lahir Hazim. Atira dan seorang lagi rakan baiknya mengadakan surprised di hari jadinya sewaktu mereka di tingkatan dua.

Hazim sangat gembira kerana setiap tahun Atira tidak pernah lupa hari ulang tahun kelahirannya. Begitu juga dia. Sejak orientasi tingkatan satu lagi mereka telah berkenalan.

Dan hari hari berlalu, Hazim selalu menunggu gadis pujaannya itu ke sekolah. Pada waktu petang mereka bertiga mengulangkaji pelajaran bersama.

"dekat sini juga.. Kenangan Atira dengan Firdaus... " suaranya perlahan. Atira mengambil kulit cengkerang dan melukis sesuatu di atas pasir.

Terus mengendur wajah Hazim yang sedang tersenyum dari tadi apabila nama Firdaus muncul di bibir isterinya. Rasanya sakit. Namun dia diam menanti Atira meneruskan kata kata.

"Awak tahu tak Hazim saya tak suka bercinta. Dua orang lelaki yang membuatkan saya benar benar sayang adalah papa... Dan dia. Saya sangat sukakan dia. Awak ingat nama budak lelaki yang pernah saya sayang masa sekolah dulu? " soal Atira.

Hazim memandangnya sambil mengangguk. Mana mungkin Hazim terlupa. Lelaki itu berjaya membuat gadis itu gila bayang. Betapa dia takut Atira jatuh hati dengan lelaki yang tidak pernah Atira jumpa.

"Hazim. Cikgu Firdaus adalah Amirul Firdaus yang Tira suka dulu. Dia yang minta putus selepas papa tahu pasal kami. Dia tak nak papa marahkan Tira. Mungkin kalau ada jodoh kami akan berjumpa lagi.. "

Atira melepaskan keluhan berat.

"Tira tak sangka kami berjumpa semula... " Atira menyambung.

Hazim terkejut. Hazim pernah terfikir pasal hal ini. Sungguh dia tidak sangka ianya betul. Baru dia tahu kenapa Atira mudah jatuh cinta pada cikgu Firdaus. Sebab apa? Sebab lelaki itu adalah orang yang sama.

"sebab tu Tira... Tira terus bertunang dan nak kahwin. Hazim terkejut, tahu tahu Tira dah bertunang. Masa tu Hazim.. betul betul sedih.. "

Kami diam sebentar. Sejujurnya Hazim senang Atira sudah berkongsi cerita padanya.

Dia mula merasa Atira yang suka bercerita itu dan ini mula berbual seperti biasa walaupun suaranya senada sahaja. Masih ada kecewa di hatinya. Hazim mengeluh lagi.

"Tira nak aiskrim? Sekejap saya pergi beli kedai Pak Tam."

Tanpa menunggu lama Hazim meninggalkan Atira.

Atira memandang tangannya yang dihiasi inai dan sebentuk cincin di jari manisnya. Mengimbau beberapa hari lepas, pada malam berinai dia sudah tidak sedap hati. Namun dia menepis semua fikiran yang negetif.

Tidak sangka akan terjadi sesuatu yang sangat dia tidak mahu terjadi. Perpisahan kedua kalinya. Semuanya perancangan Allah. Dia memujuk hatinya supaya meredhai segala yang telah pun berlaku.

Atira merenung ombak yang sedari tadi menggulungkan diri. Dia cuba mengutip kembali semangat dirinya. Atira ingin menjadi dirinya semula. Diri yang sebelum ini, sebelum bertemu Firdaus.


Ada air mata jernih menitis. Hatinya terluka. Lukanya makin pedih kerana kesiankan Hazim yang mencintainya dalam diam selama ini.

Maafkan Tira Hazim. Tira tahu Hazim sedih sebab Tira.. Hatinya merintih.

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now