_TAMAT_

175 2 0
                                    


ANUGERAH TERINDAH
🍃🍃🍃🌹

Berita gembira yang diterima dari anaknya itu membuatkan Pakcik Karim dan isterinya mengucap syukur kegembiraan.

Selepas keputusan Hazim dan Atira untuk mengambil anak angkat enam bulan yang lalu tidak kesampaian kini Atira mengandung. Ibu bapa mereka begitu menginginkan cucu. Alhamdulillah kerana Allah swt telah mengabulkan doa doa mereka.

Sepanjang tempoh kehamilan, Atira menjadi lebih manja. Hazim hanya menurut semua keinginannya. Anak ini pengikat kasih sayang mereka. Syukur kerana mereka masih diberi peluang untuk bergelar ibu dan ayah lagi. Kali ini kandungan dijaga sebaik baiknya. Hazim sentiasa memberikan yang terbaik buat isteri kesayangannya.

Lagi sebulan Atira akan melahirkan. Badannya sudah mula kembang dan kakinya sudah sembab. Hazim selalu memberikan layanan first class buat isterinya. Kadang kala dia akan membawa makanan untuk Atira sehingga ke bilik tidur. Atira merasakan dia bagaikan seorang puteri.🏰💃👑

Hazim benar benar menjaganya dengan baik. Dia mengucap syukur kerana dianugerahkan seorang suami yang setia dan sentiasa meyayanginya. Dialah cinta dunia dan akhiratnya. Atira tersenyum.

"Selamat pagi tuan puteri. Bangun sayang. Jom breakfast, abang dah siapkan roti bakar, telur separuh masak, buah buahan dan susu untuk sayang. Wake up.."

Atira tersenyum malas. Matanya masih terpejam. Selepas itu Hazim membawa Atira ke bilik air untuk membersihkan badan.

"Abang. Dukunglah macam selalu. Tak larat nak gi tandas. " saja Atira merenggek. Nak bermanja dengan suaminya.

"Alamak sayang. Patah riuk pinggang abang. Sayang dah lah makin berat. Nanti abang bawa kereta tolak dekat stor belakang tu sayang. Sayang duduk aje atas tu abang tolak sayang ke bilik air... " Mereka berdua ketawa.

Berat badanya naik sehingga 25 kilogram sepanjang hamil. Babynya juga agak berat setelah discan tempoh hari. Berat babynya dianggarkan sekitar 3.2kg.

Anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan. Mereka begitu teruja untuk menyambut kelahiran ini. Alhamdulillah kerana anak ini tidak banyak meragam sepanjang kehamilan. Begitu mudah mengandungkan anak ibu dan papa ini. Atira juga tidak mengalami alahan teruk.

9 bulan usia kandungan Atira, Hazim bising bising memarahi isterinya yang masih lincah menguruskan rumah tangga. Atira buat tidak dengar. Namun dia masih berjaga jaga kerana sekarang dia menghitung hari untuk melahirkan.

Ketika Atira sedang menyediakan sarapan Hazim sedang membetulkan tali leher.
💼👔👖👞

"abang.. Capat. Dah pukul berapa ni"

"ya ya abang dah siap ni. " Hazim bergegas turun ke bawah.

"Sayang. Betul ke ni masih larat. Abang risau ni. Abang cuti ajalah hari ni.. "

"tak apa abang. Kenapa cuak sangat ni. Tira okey lah. Tengok Tira ni masih kuat lagi. Abang pergilah lagipun due date kan 10 hari lagi. Anak kita masih seronok lagi ni dekat dalam. " Atira ketawa.

Hazim juga ketawa sambil makan nasi goreng kampung yang dimasak oleh isterinya.

"sayang kalau ada apa apa terus call abang tau. Tak payah tunggu tunggu. Sakit sikit pun call! ingat tu. "
Atira tersenyum.

"Kalau Tira sakit perut nak kentut nak berak pun kena call ke bang? Mesti kena call ke ni? "😂😁😁

"aa.. Kena call juga. Eh sayang. Sakit perut nak kentut nak 'melabur' tak payah lah. Terkejut abang nanti, abang pula yang pengsan dekat office. "

Atira ketawa.
Tiba tiba dia memegang perutnya.

"abang..... Arhh... " Atira duduk di kerusi meja makan.

"Kenapa? "
Hazim menghampiri isterinya.

"sakit... "😮😐
"sayang jom ke hospital. Sayang nak bersalin ke ni? "

"tak... Baby menendang, " Atira ketawa lagi kerana geli hati melihat wajah risau suaminya. Hazim mengeluh namun dia tidak jadi marah kerana gurauan Atira. Atira begitu comel dan cantik sejak mengandung ni. Siapa cakap kalau mengandung isteri isteri jadi hodoh dan kembang. Atira cantik tau.

"nakal tau sayang ni. Baby jangan nakal nakal tau. Papa nak gi work dah sayang. Assalamualaikum anak papa. " Hazim melepaskan perut Atira.

"okey sayang. Abang pergi dulu. Jaga diri. Jangan buat kerja lasak lasak. Abang balik kerja karang abang buat kerja rumah sayang rehat je.. "

"okey abang. Ya. Dah berapa kali pesan ni"

"tak kisah lah sayang. Biar berbuih mulut abang sekali pun.. Abang tetap nak ingatkan sayang jangan lincah sangat. Nak ke bilik air tu hati hati sayang. Licin. Abang ni sayangkan isteri dan anak abang ni. Kalau jadi apa apa susah abang. "

"ye lah abang. Kami pun sayang abang. Jaga diri abang. Drive elok elok. Dahlah membebel bang. Dah macam perempuan. " Atira mengenggam dan mencium tangan Hazim.

Ketika Hazim ingin masuk ke dalam kereta, Atira memanggilnya.

"abang!.. Sakit.. "😯😣

"sayang.. Jangan bergurau. Abang dah lewat ni... "

"abang!! Ni betul betul. Aduh sakit bang... "

Atira terduduk dia memegang pintu. Tangan kanannya memegang perutnya yang sarat. Hazim yang pada mulanya ingat Atira bergurau tidak jadi menghidupkan enjin kereta apabila melihat air ketuban Atira sudah pecah dia menghampiri Atira dan memapah Atira sehingga ke dalam kereta.

Hazim mengambil beg baby dan beg kelengkapan isterinya di tingkat atas lalu mencapai tudung Atira dan kunci rumah. Kerana terlalu kalut dia terus masuk ke dalam kereta. Atira kesakitan namun masuk boleh menahan sakit. Perutnya memulas. Bila bila masa dia akan melahirkan.

"alamak sayang. Kereta meragam pula. Tak bergerak. "😲😧

Hazim berusaha menarik gear reverse tapi kereta tidak bergerak. Gear pandu pun tidak berfungsi. Hazim cuak. Lagi cuak ketika insiden baby menendang tadi.

"abang. Abang belum start enjin lagi. Macam mana nak gerak. Cepat lah bang. Sakit ni.. " Atira geli hati melihat Hazim yang kalut sehingga lupa buka suiz menghidupkan kereta. Sampai esok pun tak jalan kereta ni. Saat itu Atira nak ketawa dan nak menangis sama banyak. Alahai suami aku... Ujarnya. 😂😭

"ye lah sayang. Betul lah. Abang belum start enjin. Sorry sorry sayang... "
Hazim sendiri tergelak dengan kekalutan yang dia rasai sehingga lupa semuanya.

Kereta meluru laju ke hospital.

......................

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now