"Terima kasih ya Allah. Terima kasih sayang sebab melahirkan zuriat abang. Kita akan sama sama membesarkan amanah Allah ini. Abang tak akan sia siakan sayang dan Anak kita. Pengorbanan sayang melahirkan Seri abang tak akan lupakan. I love you so much sayang. "
Tangisan halus suaminya kedengaran. Atira menyentuh pipi suaminya.
Atira menangis dalam dakapan suaminya. "I love you too abang.."😪😭😊😊
Dalam kepenatan Atira merasa tangan Hazim menyapu air matanya.
Seketika kemudian Hazim keluar dari labour room. Sungguh bahagia rasanya bergelar seorang ayah. Tiada kata kata yang mampu digambarkan ketika ini. Sungguh lengkap rasanya keluarga kecilnya. Anak perempuannya selamat dilahirkan seberat 3.41 kg. Hazim menelifon keluarganya dan keluarga Atira untuk menyampaikan berita gembira ini.
🍃🍃🌹🌹🌹🍃🍃🌹🌹🌹🍃🍃
Lima belas hari berpantang membuatkan Atira sedar kesusahan mengandung, melahirkan dan membesarkan seorang anak. Sejak dia melahirkan, dia dan Hazim sering berjaga malam. Anak perempuannya sering bangun malam untuk menyusu dan menukar lampin.
Kadang kadang dia akan berjaga sehingga waktu pagi. Namun jauh di sudut hati dia bersyukur kerana merasai pengalaman menjadi seorang ibu.
Sungguh indah perasaan itu. Wajah anak ibu yang sering ibu rindukan sejak dalam kandungan, ibu sudah dapat menatap wajahmu sayang. Sungguh polos wajahmu saat membuka mata dan memandang ibu. Mulut Nur Seri Sofia yang menguap ditutup dengan jarinya.
Saat anaknya dilahirkan dia dan Hazim menangis kegembiraan. Lenyap semua kedukaan ibu beberapa tahun ni. Anugerah dari Allah ini amat bernilai. Elok rupa parasnya dan sempurna kejadiaannya. Atira mengucap syukur lagi. Sungguh hebat ciptaan Allah. Betapa banyak nikmat dan rahmat dariNya kepada hamba hambaNya supaya berfikir dan bersyukur.
'maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kau dustakan?'
Sungguh cantik anak ibu... Terima kasih sayang. Kelahiran anak ibu menceriakan dan membahagiakan keluarga kita. Selamat datang sayang ke bumi Allah ini. Selamat datang sayang ke dalam kehidupan ibu dan papa.. 💋💋💕💕 Seri Sofia Permata hati ibu... Jagalah peribadi dan akhlakmu. Semoga Seri Sofia dirahmati oleh Allah selalu dan berjaya menjadi anak solehah. Berjaya menjadi hamba yang taat padaNya. Itulah doa ibu dan papa buatmu.
Nanti Seri dah besar sikit kita pergi melawat abang Seri ya. Abang seri yang terlebih awal hadir dalam rahim ibu. Kini abang Ammar berada di syurga dan sedang berlari lari kegirangan. 😊ibu sentiasa rindukan abang kandung seri. Setiap hari.. 💕
-03march2018
-Seri Sofia
-cahayadanmenawan
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...