Hari ini berlalu seperti biasa. Bayangan Hazim ku tunggu di tepi jendela. Puas ku panjangkan leher menanti kedatangannya di luar rumah. Namun ku hampa. Aku kembali ke ruang tamu.
Majalah ESihat ku baca. Dalam fikiranku masih lagi memarahi Hazim. Dah banyak kali dia berjanji untuk memberikan tudung viral yang ku pesan sejak dua minggu lepas. Farah yang selalu saja mencari pasal denganku sudah berulang kali menayangkan tudung yang sudah dia dapat dari Hazim. Tak boleh jadi ni. 😡😤
Telefon ku ambil dan bawa ke katil. Walaupun cas belum lagi penuh aku tetap ambil dan menaip sesuatu di whatsapp. Nama Hazim ku cari.
"Mana kau ni Hazim. Janji nak datang rumah. Call pun bukannya reti angkat. Kau kat mana ni?? Reply sekarang! Kalau tak. Siap kau. "
Atira tersenyum. Berani dia buat aku marah.
Dua minit selepas itu mesejnya dibaca oleh Hazim. Atira menunggu dengan penuh sabar. Sakit hatinya bila mesejnya hanya di'bluetick' saja.
Dahinya berkerut. Okey baik. Tunggu kau Hazim.
Keesokan hari bangun aje dari tidur Atira terus menekan lampu dan melihat jam di meja kecil bersebelahan katilnya. Sudah pukul 6.25 pagi. Alamak subuh. Baru dia berkira kira mahu ke bilik air dia berhenti dan kembali ke katil. Baru dia teringat hari ni dia 'cuti'. Apa lagi terus dia masuk semula ke dalam selimut. Sejuknya pagi ni.
Telefonnya di on. Dia membuka whatsapps dari Hazim. Hidup lagi dia ni, omelnya marah. Baru hari ni, dia membalas semua mesejnya.
Hazim cicak -017
last seen today at 6.12 am"Atira petang ni, aku gi rumah kau. Tudung ni baru ada stock. Aku dah pilihkan warna kesukaan kau. Tak payah nak merajuk lah. Buruk sangat muka kau. Semalam aku penat sangat baru balik dari Johor. Ada kerja sikit dekat sana. Okey jumpa nanti. Bye syg. "
🌺🌺🌺🌺🌺🌿🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Ee bersayang sayang pula. Gelilah. Okey jumpa nanti. Tapi Atira tidak membalas. Dia tinggalkan bluetick juga. Terus dia sambung tidur.
Tepat jam 11 pagi Atira duduk di sofa menanti drama kesukaannya. Mamanya muncul dan mengambil tempat di sebelahnya. Atira mendekatkan keropok master potato kepada mama. Seketika kemudian mamanya mula bertanya sesuatu pada Atira. Soalan ni biasanya Atira tidak suka mendengar dan menjawab.
"Tira. Mama nak tanya sikit... Anak mama ni..."
"Ala ma.. Soalan tu lagi ke?... " dia mula menarik muka masam. Mamanya belum habis cakap.
"bila Tira nak cari kerja?. Mama tengok Tira makan tidur macam ni. Dah enam bulan habis belajar. Bulan lepas dah konvo. Cari la kerja.. "
"Bukan Tira tak nak cari mak. Tira dah hantar resume semua belum ada rezeki lagi ni. Tak sangkut lagi ni. "
"Tira tu yang memilih kerja. Nak kerja yang macam Tira nak aje. Cuba kerja dulu cari pengalaman. Tu Pak Kob suruh kamu kerja dekat reban itik dia kamu tak nak. Besar tau reban itik Pak Kob. Dapat juga gaji rm800 jadi lah. Nanti dah dapat kerja elok kamu berhenti la.. " pujuk mama.
"mama.. Tira tak suka kerja macam tu. Reban itik mama. Ee.."
Rancangan kesukaannya sudah tidak lagi menjadi perhatiannya. Masa ni juga mama nak membebel pasal cari kerja. Kalau ya pun biarlah lepas habis drama korea ni. Aduh. Kepalanya digaru.
"Habis tu kalau duduk aje macam ni. Mana kamu nak dapat duit?. Duit topup pun minta dengan mama. Tu tak kira lagi nak makan western chicken chop, kfc, pizza. Mama bukan apa. Papa kamu tu.. Hari hari membebel dekat mama pasal Tira!. Papa cakap, mama jangan ikutkan sangat karenah Tira. Makin gemuk jadinya. Cuba cubalah kamu kerja dengan papa. Papa kata kalau tak nak kerja. Papa tak nak bagi duit poket lagi. Tira nak ke macam tu?"
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Historia CortaHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...