BIARKAN RINDU INI TERLERAI🍃🍃🍃🌹
Atira berjalan beriringan di taman. Bunga bunga yang berwarna warni itu menarik perhatiannya. Sungguh cantik!. Dia merasa sangat bahagia. Akhirnya mereka berdua disatukan kembali. Dia tidak boleh melupakan Firdaus. Cinta pertamanya.
"Firdaus jangan tinggalkan saya.. Saya masih sayangkan awak. Kenapa awak tinggalkan saya selama ini? Awak tahu kan sampai bila bila hanya awak seorang saya sayang?! Takkan ada orang lain. Ya saya nak bersama awak. Kita pergi dari sini.. Saya tak sanggup hidup tanpa awak. Saya maafkan awak. "
Ada air mata yang keluar dari kelopak mata Atira. Mukanya seperti menahan kesakitan. Dahinya berkerut. Air matanya menitis lagi. Hazim segera mendekati dan menyekat air mata isterinya. Dia tahu isterinya dalam kesakitan. Tangannya seperti memanggil seseorang. Lantas dia menyentuh tangan Atira.
"sayang.. Kenapa ni. Buka mata awak. Saya ada dekat sini.. "
Hazim menggerakkan tubuh isterinya. Tangannya menyentuh pipi isterinya.
Apa mimpi awak sayang..? Sampai awak menangis. Getus hati Hazim.Atira bagaikan tersedar dia memandang pemilik suara itu. Dia tahu itu suara Hazim. Tapi kenapa matanya melihat Hazim seperti Firdaus. Dia rindukan Hazim. Dia juga rindukan Firdaus yang telah meninggalkannya dulu. Sungguh sakit rasa perpisahan ini. Dia juga rindukan bayangan Hazim yang turut pergi meninggalkanya tempoh hari.
Entah mengapa hatinya sayu. Atira tidak sanggup ditinggalkan oleh sesiapa lagi. Tiba tiba dia menangis. Hazim kaget. Segera dia menenangkan Atira.
Hazim ditimpa rasa bersalah dalam hatinya kerana berkasar dengan Atira semalam. Matanya merah. Tidak sampai hati dia melihat Atira menangis seperti itu. Hatinya sayu melihat keadaan Atira.
Atira yang baru teringat akan kejadian Hazim memarahinya kelmarin makin sedih. Air matanya mengalir. Dia membelakangkan Hazim yang memeluknya tadi.Bayangan Firdaus menghilang. Atira tahu dia kini berada di hospital. Atira menyapu air matanya. 😢😭😭😭
Terluka benarkah hatimu sayang kerana kata kataku? Hazim menyoal dalam hati.
"sayang.. Jangan macam ni. Pandang saya... Saya minta maaf.. Bukan niat saya menuduh awak sayang... "
Atira masih diam. Tangisnya mula hilang.
"ahh. "Atira merintih apabila selimut mengenai luka di betisnya. Hazim menenangkannya. Menggosok perlahan belakang badannya.
"betis awak luka Tira. Jangan banyak bergerak. Kejap lagi kita balik rumah ye. Awak nak makan?"
Atira menggeleng.
"makan sikit nanti awak tak ada energy sayang. "
Pujuk Hazim.Hazim mendekatkan makanan di sisi Atira. Dia beralih tempat. Duduk di hadapan Atira.
"makan sikit.. "
Atira membuka mulut perlahan.
Hazim membelai kepala Atira.Selesai membayar bil hospital dia menolak Atira sehingga ke kereta. Perlahan lahan Atira masuk ke dalam kereta. Kesakitan di betisnya dia masih lagi boleh tahan. Dia menerima 8 jahitan
Hazim telah memberitahunya bahawa betisnya luka terkena serpihan frame gambar yang pecah hari tu. Dia ingat ingat lupa. Entah kenapa ingatannya makin lemah. Dia rasa tidak bermaya. Ke mana pergi daya ketahanan tubuhnya.
Sepanjang perjalanan Atira hanya diam. Kata kata Hazim bermain difikirannya. Dia dituduh curang oleh suaminya sendiri. Hatinya pedih.
Berkali kali Hazim berbual dengannya namun dia tidak menjawab. Tangan Hazin yang menyentuh tangannya juga ditepis. Atira hanya memandang ke luar tingkap.
Sampai di rumah Atira duduk di sofa. Hazim mencapai remote tv dan menukar siaran kegemaran Atira. Atira diam lagi.
Jam 9 malam Hazim duduk menonton televisyen bersama Atira. Dia mati akal. Atira benar benar merajuk.
"Atira. Please. Jangan merajuk lagi. Saya minta maaf. Saya tak patut cakap semua tu. Cuma saya rasa cemburu bila dia jumpa awak dan pegang tangan awak. Saya suami awak Atira, salah ke saya?."
Atira tidak memandang Hazim. Dalam hatinya Atira tahu dia seharusnya memahami perasaan Hazim. Aku isterinya. Sewajarnya dia cemburu. Tapi.. Sampai dia ingin ceraikan aku sungguh aku terluka. Walaupun aku tidak cintakan dia tapi rasa sayang padanya makin kuat. Untuk berpisah dengannya aku rasa tidak mampu. Aku akan merinduinya.
"Atira. Tolong bagitahu saya. Apa perlu saya buat untuk awak maafkan saya? "
Hazim melutut dihadapannya dan memegang tangannya.
Atira terkejut. Hazim benar benar ingin memujuknya. Atira melihat wajah suaminya tiba tiba dia ketawa.
Atira tidak dapat menahan tawa.Hazim yang sudah tersenyum melihat Atira ketawa tiba tiba binggung. Kenapa Atira ketawa?
"kenapa? "
Atira mencuit tepi hidungnya. Dan ditunjukkan pada Hazim. Hazim menghidu. Ubat gigi. Atira menyapu kembali ubat gigi di seluruh muka Hazim.
Atira masih lagi gelak. Kelakar betul ubat gigi yang masih bersisa di tepi pipi Hazim. Macam mana lah dia gosok gigi sampai habis ke pipinya.
Hazim tersenyum. Dia ambil lengan baju Atira dan mengesat seluruh mukanya. Atira mengelak.
"Saya rindu awak Atira... " Hazim bersuara.
Atira buat muka. Matanya ke atas."ye. Saya pun rindu awak Hazim" perlahan Atira bersuara. Suaranya serak. Mungkin dia nak demam. Tadi berkali kali dia batuk.
"apa dia tak dengar. Sekali lagi. "
"ee mengada! " Atira menampar pipi Hazim perlahan.
Hazim sudah bangun dan duduk lebih rapat dengan Atira. Tangannya di silang ke bahu isterinya. Senyumnya makin lebar. Dia gembira kerana Atira sudah memaafkannya.
"Hazim jauh la sikit. Eii. "
Hazim tidak berganjak. Dia betul betul rindukan Atira. Sudah hampir seminggu dia tidak bersama isterinya.
"Hazim! " Atira berwajah sedih memandangnya.
"kenapa pula ni sayang? " dahinya berkerut.
"lapar... Nak maggie goreng sedap yang awak selalu masak tu. "
"Okey. Eh sayang bulan ni awak dah makan ke belum maggie? Ingat tak saya bagitahu sebulan sekali je boleh sayang. "
Hihi Atira tersengih menandakan dia sudah makan untuk bulan ni.
"Hah. So bulan depan pula. Jangan ingkar cakap suami tak baik. Maggie bukan boleh makan selalu tau sayang. "
Atira memandang semula ke depan. Dia menarik muncung tidak puas hati.
Hazim menjeling ke arahnya."Alah merajuk lagi. Okey la sayang.. Abang buatkan untuk sayang. Special! " sengaja dia tekankan perkataan abang. Cepat dia berlalu ke dapur.
Atira menoleh. Aii abang pula dah. Atira gelak perlahan. Apa apa je lah abang. Atira hanya membayangkan maggie goreng special buatan 'abang' tersayang! Hihi.
Kecur air liurnya. Selalu Hazim masak maggie memang sedap. Terbaik. Pedas dan ada udang!.😋😋
🍃🍃🍃🌹
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Historia CortaHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...