SaatBungaBungaCintaBersemi 16

91 3 0
                                    

🍃🍃🍃🌹

Atira resah menanti khabar berita dari Hazim. Sibuk benarkah dia sehingga langsung tidak memberi tahu keadaannya kepadaku?. Atau Hazim benar benar merajuk? Atira dilanda kegusaran.😕

Berdosakah aku yang telah menyakitinya?. Berulang kali mesej terakhir dari suaminya dibaca. Ada nada merajuk yang cuba Hazim katakan.

Empat hari yang berlalu Atira tidak senang duduk. Belum pernah lagi Hazim seperti ini. Tidak call dan whatsapp mahupun sms. 😒

Tiba tiba hatinya berdebar debar adakah Hazim tahu tentang pertemuan yang tak disengajakan antara dia dan Firdaus tempoh hari? Atira takut Hazim benar benar marah padanya.

Tidak lama kemudian ada satu panggilan masuk. Atira mengeluh. Ianya dari Firdaus. Entah dari mana Firdaus mengetahui nombor telefon dan alamat tempat tinggalnya.

Pertemuan itu membuatkan dia bimbang. Bimbang sekiranya Hazim tahu. Pasti Hazim akan terluka lagi.

Apabila Hazim meninggalkannya hari itu credit telefonnya semakin berkurang. Motor Hazim yang tersadai di luar rumah menarik perhatiannya. Atira yang sudah lama tidak menunggang motorsikal segera mendapatkan kunci motor untuk ke kedai berhampiran.

Dia ada terfikir untuk meminta izin Hazim tetapi dia membuat andaian sendiri bahawa Hazim akan membenarkannya pergi. Lagipun dia tidak mahu menggangu Hazim. Sekejap saja fikirnya, selesai ke kedai dia akan segera pulang. Lagi pun jalan yang dilalui tidak berapa dia fasih. Takkan dia hendak merayau pula. Hanya yang dia ingat jalan untuk ke kedai itu sahaja.

Dalam perjalanan ke sana dia diikuti seseorang tanpa dia sedar. Atira yang sedang memilih majalah terkejut kerana Firdaus berada di hadapannya.

Firdaus yang ingin menemui Atira tidak melepaskan peluang. Firdaus menjadi berani apabila melihat Hazim tiada di sisi bekas kekasihnya itu.

"Firdaus! Lepas. Saya nak balik. "

"tunggu kejap Tira. Kenapa awak benci sangat dengan saya ni? "

"kenapa awak tanya? Apa yang awak dah buat pada saya dan keluarga saya, itu awak tanya kenapa?. Dah lah Firdaus kita berdua dah tak ada apa nak dibincangkan lagi.. Jangan ganggu saya lagi. "

Atira mula rasa rimas dengan Firdaus. Buat pertama kali dalam hidupnya kehadiran Firdaus tidak disukai dan agak menjengkelkan.

Enjin motor dihidupkan. Namun Firdaus mematikan semula. Dia menarik tangan Atira ke sebuah gerai terdekat.

"please! Duduk dulu. Dengar dulu penjelasan saya.. " Firdaus masih memujuk.

Atira langsung tidak memandangnya. Atira bimbang jika dia berlembut hati nanti Firdaus makin melampau.

Baginya kisah mereka berdua telah berlalu.

"Atira awak tahu saya sayangkan awak. Perkahwinan saya dengan dia hanyalah sebab.. "

"hanya sebab apa? Sebab dah dijodohkan? Sudah lah Firdaus anggaplah hubungan kita setakat tu je. Saya dah melupakan semuanya. "

"Jangan tipu Tira. Kita pernah berjanji nak sehidup semati. Kenapa sekarang awak berubah sedangkan awak tahu saya terpaksa. Saya dah pun ceritakan semuanya pada awak Tira... " lembut Hazim memujuk Atira. Tangannya menyentuh tangan Atira.

Namun tidak lama kemudian Atira menarik tangannya kasar. Berani dia menyentuh tangannya. Atira makin marah dengan kelakuan Firdaus.

"itu dulu Firdaus. Sekarang semuanya dah berubah. Perasaan saya pada awak pun dah berubah!. Saya bahagia dengan Hazim. "

"Tak. Saya tahu awak tak bahagia sebab awak hanya cintakan saya seorang. Atira kita sambung hubungan kita semula.. Ya sayang? "

"tak semudah tu Firdaus. Awak sepatutnya fikirkan semua ni sebelum awak buat keputusan ni dulu. Awak dah libatkan banyak orang dan lukakan banyak hati awak tahu tak?. Awak ingat keluarga saya maafkan awak? Awak rasa saya akan tinggalkan Hazim untuk awak?. Tidak Firdaus. Lupakan semuanya. Kita memang tak berjodoh..... Dan berkawan pun saya tak nak. Tolonglah. Jangan pernah cari saya lagi. "

Atira merampas kunci motor yang berada dalam genggaman Firdaus.

Dia berlalu tanpa menoleh walau sekali.
Firdaus hanya memandang bekas kekasihnya menghilang semakin jauh. Luluh hatinya kerana kata kata Atira.

Aku masih sayangkan kau Atira. Jerit batinnya. Baginya seribu penyesalan sudah tidak berguna. Insan yang dia sangat cintai kini telah membuang dirinya jauh. Begitu sukar untuk memujuknya kembali.

Firdaus mengeluh apabila mengimbau saat semuanya mengundang kebencian Atira. Dia terpaksa meninggalkan Atira di majlis akad nikah mereka. Kerana menuruti permintaan sepupu Salina untuk mengahwini Salina hubungan percintaan dia dan Atira terputus.

Dia kira Atira akan memahaminya dan akan menerimanya semula ternyata meleset. Wanita yang disayanginya itu mula membencinya. Firdaus memarahi dirinya sendiri.

Salina. Maafkan abang yang masih mencintai Atira. Abang tak mampu mencintaimu. Salina sangat baik dan tidak pernah menyusahkan abang tapi perkahwinan kita hanyalah kerana kasihan.

Abang kasihankan Salina yang sedang mengidap penyakit kanser. Kamil, sepupu Salina kerap kali merayu padanya supaya mengahwini Salina yang mencintainya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Firdaus melangkah lemah mengenangkan semua yang telah berlaku dalam hidupnya. Dia lupa semuanya rencana yang Maha Kuasa. Dia mula lemah dan tidak seperti sebelumnya. Semangatnya makin lemah.

Ingin sekali dia meninggalkan Salina yang sedang berbadan dua selepas mereka berkahwin dan kembali pada Atira. Namun hatinya tidak sanggup. Sehinggalah Salina sedang sarat dia masih lagi mencari cari kelibat Atira. Wanita yang berjaya menawan hatinya.

Kesihatan Salina makin baik dari dulu. Walaupun dia tidak mencintai Salini namun kesihatan Salina yang bertambah baik membuatkan dia juga gembira. Namun, sehari pun dia tidak pernah melupakan Atira.

Cintanya tidak pernah mati. Dia akan melakukan apa saja asal dapat memiliki keduanya. Dia nekad.

🍃🍃🍃🌹

| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri | Where stories live. Discover now