🍃🍃🍃🌹
CIKGU FIRDAUS DAH KAHWIN?
Hazim menyisir rambutnya dengan cepat. Perfume kegemarannya disembur ke tubuh. Atira sudah memanggil manggil namanya dari tadi.
"Hazim cepatlah! "
Hazim menuruni tangga dan menuju ke dapur. Bau aroma masakan Atira mula terhidu.
Mee goreng udang yang ditaburi daun sup ketumbar dan bawang goreng begitu menyelerakan. Hazim mengambil tempat duduk. Atira menyiapkan hidangan terakhir iaitu milo panas.
"sedapnya. Awak ni nak ke mana cepat cepat sangat. Kelam kabut betul. Tak lari dikejar kedai handphone tu. "
"Hazim memang la kita kena pergi awal. Kalau kalau handphone saya tu ambil masa nak baiki, cepat sikit siap. Kalau boleh hari ni juga saya nak diorang baiki. Saya sayang tau handphone saya tu. "
Atira menyuap mee goreng ke mulutnya. Dia lihat Hazim suka mee goreng yang dia hidangkan. Hazim memang suka walau Atira masak apa sekali pun. Tak cerewet.
Cuma satu aje dia tidak suka adalah gulai tempoyak. Sebabnya Hazim bukan peminat tegar durian. Durian si raja buah. Atira pula sangat sukakan durian!.
"ye lah. " Hazim mengiakan.
Lebih kurang sepuluh minit kemudian Atira bergegas ke tingkat atas pula. Hazim sudah membuka pintu untuk memanaskan enjin kereta.
"Awak nak ke mana pula tu?. Tadi bukan main nak cepat. "
"Kejap. Saya nak topup gincu. Hihi. Awak tunggu dalam kereta ye. " Atira menayangkan giginya.
Dalam kereta Atira masih lagi membelek handphone yang rosak itu. Handphone ni memang banyak kenangan. Papanya hadiahkan sewaktu dia diterima masuk ke university.
"Atira. Lepas ni kita beli daging, rusuk tulang. Saya nak masak sup tulang special. " Hazim tersenyum.
"Boleh juga. "
Atira hanya mengangguk. Best jugak tu.Sampai di kedai setelah Atira menerangkan kerosakkan handphonenya, tauke kedai segera mencari punca.
"ini macam susah sikit loh. Spare part tak ada ma. Kena order satu set terus. Button on off dah tak boleh pakai. Lagi satu kena repaire sekali barang dalamannya juga. Banyak sakit wo. Ini handphone sudah lama. Spare part pun payah nak dapat. Tak apa uncle banyak kawan boleh tolong." Tauke Lim Cheng bersuara.
Wajah Atira kelihatan kecewa.
"itu macam ka uncle? Em berapa kos kalau baiki semua? " Hazim membalas. Atira hanya diam.
"uncle tak boleh cakap. Mungkin kena spend dalam dua ratus atau lebih. Ini model lama ma. Susah susah kasi angkat baru. Sebelah sana saya ada satu kedai lagi. Mari saya bagi harga kawan kawan lah. "
"uncle ini handphone wife saya banyak sayang."
Tauke Lim memandang Atira. Atira hanya tersenyum kecil.
"ini saya cakap, kalau baiki banyak pakai duit kasi angkat baru lagi baik ah. Tak apa saya boleh call kawan kawan. Ada satu kedai barang sana selalu ada. Rasanya ini model ada juga. "
Hazim diam sekejap. Ada betulnya juga cakap uncle ni. Hazim memandang Atira.
"okey uncle saya bincang dulu dengan wife saya "
"Okey." Tauke Lim beredar melayan customer yang baru masuk ke kedainya.
"macam mana? "
Atira hanya mengangkat bahu.
YOU ARE READING
| Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
Short StoryHazim yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Atira Mohd Karim mula rasa tergugat selepas gadis pujaan hatinya itu mula rapat dengan cikgu mata pelajaran matematik di kampungnya. Satu hari bila dia balik dari kursus di Jepun selama sebulan Atira s...