Lapangan Terbang Kuala Lumpur. kelihatan sesak pada hari itu . Memandangkan cuti persekolahan sudahpun tamat dan Tahun Baru akan tiba . 7 orang gadis baru sahaja keluar dari Balai Ketibaan dengan penuh bergaya , menarik perhatian pengunjung di situ ."Malaysia , here I am ! " jerit Resy sambil mendepakan kedua tangannya dengan senyuman yang lebar . Dah lama sangat dah tak balik Malaysia tu , macamanalah perasaan 7 gadis itu apabila pulang ke tanah air.
Mata yang memandang langsung tidak dihiraukan olehnya .
Satu tangan menolak kepala gadis itu dengan kuat ."Buat malulah , gila " ujar Bella sebelum menjeling tajam.
"None of your business, Cik Ku Bella Elicia " balas Resy sebelum membalas jelingan itu .
Mata hazel milik Bella menikam tajam mata merah milik Resy ."Tak payah nak gaduh -gaduh kat sini . Korangkan memang suka mencapap . Sama je dua ekor " sampuk Afia , selamba .
Matanya meliar-liar di situ tanpa ambil peduli riak muka dua orang gadis itu .
Matanya tertangkap pada susuk tubuh yang amat dikenalinya dan amat dirinduinya ." Umi ! Walid ! " jerit Syarifah Nuraafiah Nadhyrah sebelum berlari ke arah itu .
Bella menggeleng-gelengkan kepalanya manakala Resy menjeling menyampah . Cakap orang dia pon sama gila !
Afia memeluk kedua -dua tubuh itu seerat-eratnya . Rindu gila ,dowh !"Umi, walid, Dyrah rindu gila kat korang sesangat . Macam tak nak lepas je pelukan ni" luah Afia, manja .
Senyuman mekar dilemparkan kepada dua orang kesayangannya .
Syed Mustapa dan Syarifah Akmar tersenyum bahagia . Tak terkira perasaan gembira mereka sekarang ."Namastè, wassapp ma, bah. "ujar Ku Kayra Resyha sebelum mencium tangan kedua-dua orang tuanya itu .
Ku Juriha menepuk bahu Resy perlahan ."Perangai tu langsung tak berubah ye . Mama pun tak tahu Resy ni perempuan ke lelaki ? Perangai sebijik macam jantan. Kan elok kalau bagi sa ... " belum sempat wanita itu meneruskan bebelan , bibir milik Resy mendarat ke pipinya .
Resy tersenyum sumbing ." Ma, jangan kuat bebel sangat nanti abah lari orang taktau " usik Resy.
Ku Jariah hanya menggelengkan kepalanya . Ada je cara nak suruh dia stop bebellah, budak ni !
Ku Khairiel mengusap rambut dark grey milik Resy dengan penuh kasih sayang .
" Bella rindu gila dekat baba. Baba sihat ?" soal Bella dengan senyuman ikhlas .
Belum sempat Ku Fazli membuka mulut , ada yang memotong .
" Tanya baba je . Umi tak tanya pulak ? Yelah, orang tu mana sayang kat kita kan !" sampuk Ku Haslina , berjauh hati . Comel !
Bella tersengih .
Bella memeluk lengan uminya, manja ."Gila ke Bella tak rindu kat umi Bella yang lawa ni ? 3 tahun bukan 3 jam , umi . Bella gila kalau tak rindu kat umi dengan baba. Bella rindu sangat-sangat " luah Bella sebelum tersenyum .
'esh 3 jam pon aku da rinduu' getus hati Bella.
Ku Haslina dan Ku Mohd Fazli tersenyum .
Far menghampiri Engku Ekhsan dan Engku Laili sebelum memeluk kedua-dua tubuh itu ." Wow , umi makin berisilah ! Ada apa-apa ke ? " soal Far sebelum menjongketkan sebelah keningnya. Sengaja mengusik uminya itu .
Pipi uminya tiba-tiba berona merah . Malulah tu !
Engku Ekhsan ketawa geli hati ." Adoi Qay ni , suka kacau umi . Kesian ayah tengok umi . Kalau dapat adik baru tak adanya ayah sorok-sorok , bagitahu terus " ujar Engku Ekhsan, selamba
Terletus tawa Far dibuatnya . Selamba betul ayahnya tu !
Engku Laili menepuk bahu suaminya tu . Gatal sangat !
Tengku Noraziah mengerling jam tangannya .
Dia mengeluh ."Nape lambat sangat ni ? Kawan -kawan dia semua ada kat sini . Dia ? Batang hidung pon tak nampak " rungut Tengku Noraziah .
Tengku Norhisham hanya mampu menggelengkan kepalanya sebelum matanya tertancap pada gadis yang bertudung shawl berwarna soft pink ."Tu dia " jari telunjuknya dihalakan ke arah gadis tu .
"Tengku Alliyah Sofianna " panggil Tengku Noraziah dengan nada geram .
El menanyangkan sengihan .
Dia menghampiri wanita itu . Aiskrim di tangan dijilatnya sekilas .
El menyalam tangan kedua-dua orang tuanya tu . Tengku Noraziah menampat bahunya perlahan ." Amboi , sedapnya makan aiskrim tu . Orang punya tunggu dia, dia boleh pulak berjoli-joli " bebel Tengku Noraziah .
" Ala , bu ni . El laparlah sebab tu beli aiskrim ni . Jangan marah-marah nanti tak comel " ujar El dengan lembut . Dengan family je lembut-lembut ni , dengan orang lain pi mati sana .
" Eee .. Ada je nak dijawabnya. Beli untuk diri sendiri je . Ibu dengan ayah punya mana ? " kata Tengku Noraziah . Sengaja menguji anaknya itu .
El mengaru kepalanya yang tidak gatal itu ." Ibu dengan ayah nak ke ? Tak pe . Biar El belikan . Tunggu sekejap " pinta El sebelum memecut laju ke kedai dia membeli aiskrim tadi. Untuk kesayangan katakan !
Tengku Noraziah dan Tengku Norhisham tersenyum ." Bonda , Ayahanda ! " jerit Jiha . hairan orang melihatnya berlari. Aduh tak pernah tengok orang lari ke ha orang ?
Kedua tubuh itu lantas didakapnya . ." Perangai . Jerit-jerit ni sape ajar ? Bagi salamkan lagi better ! " tegur Syed Abdul Hadi , lembut .
'Aduh , aura cikgu dah keluar' sempat hati Jiha berbicara ." Bonda tahulah anak bonda yang sorang ni duduk negara orang , lama . Jangan pulak lupa diri tu tetap orang melayu . Adat jangan dilupakan " sambung Syarifah Hazilah pula .
Jiha tersenyum . Dah lama tak kena bebel , rindu pulak ! hehe"Mana ada Jiha lupa . Jiha ingatla . Tadi tu tindakan reflekslah , bonda , ayahanda " balas Jiha sebelum tersengih .
Kedua -dua orang tuanya itu hanya menggelengkan kepalanya ." mommy, daddy " Hanis mengucup kedua - dua tangan orang tuanya itu .
" Dah besar dah anak mommy ni " ujar Tengku Zahra sambil tangan mengusap kepala anak gadisnya itu .
" Dah besar part umur jelah . Part badan kedinglah , mommy . Hanis rindu gila masakan mommy . Mommy masak sedap - sedap tak malam ni ? " soal Hanis , manja .
'Hehe gemok lah aku malam ni' detik hati Hanis." Mestilah mommy kamu masak sedap - sedap . Baby besar diakan nak balik . Berperanglah mommy kamu kat dapur tengah hari tadi . Tekun betul " sampuk Tengku Suhaimi sambil mengangkat keningnya.
Hanis ketawa .
Tengku Zahra menjeling." Cakap jelah , daddynya jeles " sindir Tengku Zahra . Makin besar tawa Hanis dibuatnya . Ha amek kau tak cover langsung.
* p/s : mencapap / mencapub = mencari publisiti (attention)

ANDA SEDANG MEMBACA
lāst mïssïon
Romance[ C O M P L E T E D ] are you dare enough to break the rules ? sweet as sugar, cold as ice, hurt us once, we'll break you twice. ___________________________________ jangan harap 'benda' tu jatuh kat tangan korang - TD warn : a mafia, they can take...