voteandcomment👻
kepala Raey disandar ke penghadang jambatan. dia tak mampu melakukan apa-apa takut tersilap langkah, dia akan jatuh ke dalam laut akibat lehernya disekat oleh taiko bertattoo. taiko itu menumbuk pipi Raey sekuat hati. Resy datang dari arah belakang namun disedari lelaki tadi. pantas dia menerpa ke arah Resy dengan kasar sehingga gadis itu meniarap. Resy berguling-guling atas jalan tar untuk mengelak dari dipijak lelaki bertattoo itu. lelaki itu kemudian mengikat jaketnya pada kaki Resy lalu mengheret gadis itu. Resy mengetap gigi akibat kepalanya terlalu sakit terkena batu-batu tajam. pantas Raey mematahkan jari taiko bertattoo itu membuatkan ikatan itu terlepas dari tangannya. Raey menumbuk muka lelaki itu dengan tulang tangannya. rambut Raey diraup kasar. kelihatan cecair merah keluar dari hidung dan mulut.
"Resy ! fight for me. you were built to make a scar." ujar Raey perlahan. dia memegang kedua belah bahu Resy yang memejamkan mata itu. darah di bibir dibiarkan menitis.
Jiha dan Haikal berlawan dengan taiko yang memegang pisau. Haikal mencengkam rambut lelaki itu sehingga lelaki itu meraung. tak cukup dengan itu, dia memberi tumbukan bertubi-tubi kepada lelaki itu sehingga lebam. lelaki itu pantas merentap leher Haikal lalu ditolak tersembam pada batu. mukanya calar-balar. Jiha pula menyepak celah kangkang taiko tadi menyebabkan dia melutut. dia memusingkan tangannya yang memegang pisau itu sehingga peha Jiha terhiris panjang. darah mengalir laju. Jiha menyepak laju tangan lelaki itu sampai terpusing. dia menuju ke arah Hariez tercungap-cangip.
"can we together fight them ? I trust you, I trust that you're a fighter" kata Jiha menahan sakit. anak mata Jiha merenung dalam anak mata Haikal.
"I will." balas Haikal sebelum mengelap darah pada wajah Jiha menggunakan tangannya. Haikal gagah bangun untuk sambung berlawan dengan lelaki tadi.
seorang lagi taiko berpistol dibelasah oleh Aryan. Aryan melawan lelaki itu dengan sepakan padu kemudian di doublekick pula oleh Hanis. taiko tadi melepaskan tembakan namun berjaya dielak Aryan sebelum dia memanjat lelaki itu lalu mengunci lengannya pada leher lelaki itu. taiko tadi tak dapat bernafas dengan lancar menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan merata. Hanis merangkak daripada terkena tembakan tersebut. tetapi betis Hanis ditendang kuat oleh lelaki sasa tadi.
tup tup pistol sudah ada di depan mata Aryan. mereka berdua terkaku. Hanis yang berada tidak jauh dari mereka hanya memandang dengan harapan supaya Aryan dapat diselamatkan. kanan Hanis pula, kelihatan troublemakers yang lain masih bertempur darah."choose me or lose me. I'm not a backup plan and definitely not a second choice." bisik Aryan perlahan tetapi dapat didengari. suaranya sangat lemah. Hanis tekedu. kakinya perlahan-lahan menapak ke arah Aryan dalam keadaan lemah longlai.
"don't come close ! you'll die !" halang Aryan dengan suara jantan. kaki Hanis semakin melangkah.
bomm !!
bunyi letupan bom dari arah motorbike mereka membingitkan telinga masing-masing. separuh daripada motorbike milik troublemakers hangus dijilat api.
motorbike yang ditunggang Harrieq keluar dari kawasan tersebut sebelum melanggar taiko tadi sehingga terpelanting berlumuran darah.
pantas headprefects menunggang baki motorbike yang masih elok bersama partner mereka untuk menyelamatkan nyawa. hadlaju meningkat.
ketua taiko-taiko tadi mengejar mereka dari belakang dengan walther 99 di tangan.
BANG ! BANG ! BANG !
headprefects menunggang motorbike mereka dengan cekap. Harrieq memulas speed laju dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menahan Eyna di belakangnya. gadis itu mendagu pada bahu Harrieq akibat terlalu lemah. darahnya turut diseka lemah.
"hug me ! you might be fall bitch" tegas Hariez kepada Bella.
"I'm okay !" balas Bella sambil mengeluarkan pistol dari poket sebelum menembak ketua taiko di belakang. tembakan mereka tak kena pada sasaran disebabkan posisi yang tak tetap.
bang ! bang !
tangan kanan Hanis mencengkam baju Aryan takut terjatuh. Aryan fokus merempit laju melahap jalan itu. tak semena-mena taiko tadi memotong line ke depan dan sekarang, mereka bersebelahan !
BANG !
"speed up Aryan !" arah Hanis sebelum mereka maju ke depan. Hanis dan Aryan menundukkan kepala dari terkena tembakan.
Resy mengelak sehingga dia hampir terjatuh dari motorbike. terpaksa menahan kepedihan akibat tapak kasutnya yang sudah terseret sepanjang perjalanan.
"Raey !!" jerit gadis itu sambil tangan kanan mengenggam bawah baju Raey. hampir-hampir sahaja terjatuh. pantas sebelah tangan Raey menarik Resy naik semula ke atas motorbike yang sedang ditunggang. urat yang timbul pada tangan Raey kelihatan.
Far melepaskan tembakan tapi tersasar. dia menukar posisi badannya menghadap ke belakang atas motorbike yang ditunggang Daniel itu dengan berhati-hati. kedua belah tangan mengacu pistol pada ketua itu. malangnya, ketua taiko cekap mengelak walaupun terkena sedikit kakinya. dahi Daniel berkerut menunggang motorbike itu dengan tangan meramas perutnya yang berdarah. angin kencang meniup rambut mereka semua. wajah mereka yang dipenuhi lebam dan luka tak mampu digambarkan.
"aargh"
peha Afia terkena tempias peluru. gadis itu mencengkam pehanya supaya darah tak mengalir. Zack menjenguk Afia sesaat sebelum tangan kirinya turut mencengkam peha Afia.
"guna ni." arah Zack sambil menghulurkan kain kepada Afia untuk membalut luka Afia. Zack memulas minyak meninggalkan lelaki itu di belakang.
tangan Afia menggeletar saat melepaskan tembakan pada tayar motor lelaki itu. tepat !having a war on motorbike is not that easy.
lelaki tadi menekan button pada motorbikenya sebelum tayar baru ditukar. terbeliak mata gadis-gadis itu melihat aksi di depan mata.
El memejamkan mata oleh kerana Azrieq merempit paling laju gila setakat ini. pistol di tangan terlepas. El yang masih layu itu tak mampu berbuat sedimikian. Azrieq cepat-cepat menahan belakang El menggunakan kudrat sebelah tangan. dia menjilat bibir yang berdarah.
"Jiha, can you hold on for a moment ? for me ?" Haikal bersuara tenang. dia melihat Jiha dari ekor matanya yang sedang bersandar. sebelah tangan Jiha memegang bahu Haikal.
Maira menembak lelaki itu berkali-kali dengan revolver yang setia di tangan. Adrien yang tak sengaja terlanggar batu membuatkan Maira hampir terjatuh. Maira mendengus.
"Adrien ! hati-hati lah sikit" getus Maira sebelum memegang erat pinggang Adrien dengan sebelah tangan. dia terjerit kecil akibat kulit jarinya yang melecet sehingga menampakkan daging.
entah kenapa tangan mereka tak berkuasa malam ini, atau dia yang terlalu hebat ?
"fine. if you are the one who start a war, let us be the end of the war."
masa yang dinanti-nantikan !
serentak headprefects memusingkan motorbike mereka berlawanan dengan jalan lelaki itu sebelum kesemua peluru dilepaskan ke arah tayar lelaki itu berdas-das seraya menjatuhkan lelaki itu sehingga mukanya terseret 500 meter.BOM !
komponen motor lelaki itu pecah berderai. lelaki itu berguling-guling sebelum tercampak ke dalam laut.
skrreeeettt
sekali gus bunyi tayar motorbike headprefects berhenti memberikan kesan pada jalan itu."won"
sebaik mereka turun dari motorbike, headprefects dan troublemakers memandang antara satu sama lain dengan isyarat mulut 'good job' sebelum terbaring lemah di tengah jalan. kelopak mata semakin lama semakin menutup dan akhirnya, pandangan menjadi gelap. parut beserta darah menjadi bukti kekuatan persahabatan mereka.

YOU ARE READING
lāst mïssïon
Romance[ C O M P L E T E D ] are you dare enough to break the rules ? sweet as sugar, cold as ice, hurt us once, we'll break you twice. ___________________________________ jangan harap 'benda' tu jatuh kat tangan korang - TD warn : a mafia, they can take...