vote&comment🌙
jam menginjak angka 12 tepat malam. Bella dan Hariez masih meneruskan perjalanan.
"kau rasa apa kaitan lelaki bertopeng tu ? kau ingat tak Zack pernah mimpi. dia ke ?" Bella memulakan perbualan. tidak mahu berasa kekok pula jika lama mendiamkan diri.
"entahlaa" jawab Hariez malas.
"kau ni, semua entah !" rajuk gadis itu.
mereka memasuki lorong yang hanya ditemani mentol lampu malap yang berkelip-kelip.
"auch !" jerit Bella kecil. kakinya luka terkena serpihan kaca wain. Hariez segera mendapatkan Bella.
"I'm okay I'm okay. teruskan perjalanan." suruh Bella walaupun terdapat banyak darah mengalir pada buku lalinya.
"I can't go without you, I mean your help." kata Hariez kasar walaupun ada kelembutan dalam nadanya. dia mengeluarkan torch light untuk menyuluh kaki Bella tetapi lain pula yang keluar.
"kau nak tembak kaki aku ke ape ?!" dengus Bella lalu menepis pistol yang dikeluarkan Hariez.
"eh eh ! sorry." Hariez menayangkan senyuman segaris.
"tak sakit pun la ! tak mati pun" Bella setia berjalan walaupun sedikit terhinjut-hinjut.
angin sepoi malam meniup rambut Resy. Raey di belakang dibiarkan. siapa suruh lambat.
"pahal kau jalan lembab sangat ha ? kau fikir ni sawah padi ke ?" tanya Raey. kedua-dua tangan di dalam poket seluar.
"pastu kau nak suh aku jalan laju macam robot bateri A360000 ? that's not your problem okay. It's up to me." balas Resy sebelum langkahnya terhenti. mata ralit memerhati orang yang berjalan tidak jauh dari mereka.
"sini ada zombi ke ?" tanya Resy berkerut. jari ditudingkan ke arah bayangan yang berjalan seperti zombi itu.
Raey sedia mengangkat revolver Walther P99 untuk menembak.
tangan zombi itu melambai-lambai membuatkan Resy dan Raey berpandangan sesama sendiri. aik pelik ?
"kau patut tembak je dia." arah Resy yang turut memegang pistol tapi selamba dek je letak kat sisi.
"kejap. tu bukan ke.." Raey masih lagi tidak menembak.
"haih aku kata tembak, tembak je lah !" putus Resy sebelum melanggar bahu Raey kasar.
"woii jangan tembak ! aku ni, Bella !" zombi itu bersuara.
kebetulan Resy baru nak tarik picu pistol, pantas Raey menolak Resy ke tepi sehingga terseret.
Bella yang terhincut-hincut jalan itu sedaya upaya untuk lari ke arah Raey dan Resy diikuti Hariez.
"sakit duh sakai !" Resy menggosok sikunya yang bercalar.
YOU ARE READING
lāst mïssïon
Romance[ C O M P L E T E D ] are you dare enough to break the rules ? sweet as sugar, cold as ice, hurt us once, we'll break you twice. ___________________________________ jangan harap 'benda' tu jatuh kat tangan korang - TD warn : a mafia, they can take...