03

537 64 0
                                    


kringg kringg..

loceng berbunyi menandakan telah tamat waktu persekolahan.
The Headprefects mengemas barang mereka sebelum mahu berjumpa dengan pengetua seperti mesej yang dihantar kepada Aryan pagi tadi.
tengkingan orang membuatkan mereka memandang ke arah tengkingan itu.

"jalan jangan lembab sangat boleh tak dude ?!" tengking Resy sebelum memintas jalan pelajar-pelajar kelas itu.
terhinjut bahu mereka dibuatnya.

"jangan jadi siput lembab kat sini bole tak ?" sindir Jiha sebelum turut juga keluar dari kelas itu.

terus semua membeli laluan kepada The Troublemakers. mereka semua hanya menayangkan muka beku mereka tanpa mempedulikan pandangan mata sekeliling.

selepas sahaja ketujuh gadis-gadis itu keluar, semua menghembus nafas lega.
kecut perut gila !

"asyik marah je tujuh ekor tu kan. period ke apa ? muka je lawa. ops" kutuk Raey selamba. dia sendiri tidak sedar yang dia telah memuji The troublemakers.

"period la tu" balas Haikal sebelum tergelak. Raey juga turut tergelak.

"belakang tujuh ekor singa betina tu beranilah korang cakap camni. try face to face. aku rasa silap haribulan, korang yang keluar period kot !" sindir Azrieq.
terus mati tawa Raey dan Haikal.

"kau sejak bila backup minah-minah tu ? ada yang sangkut ke ?" Raey mengangkat sebelah keningnya, sinis.

Raey dan Haikal bertepuk tampar melihat Azrieq terdiam.
Azrieq tersenyum sinis.

"buat masa sekarang nope. but kalau future, aku taktahulah because diorang not bad lah jugak." jawab Azrieq dengan tenang.

tahu dia bakal diusik dengan member nya.

semua sudah bersiul-siul. jawapan win bhai !

"oh bakal la ni ye ?" usik Hariez dan Daniel serentak.

"maybe." jawab Azrieq sepatah dengan senyuman segaris.

"tudia jawapan dari abang besar kita, Damian Azrieq. tak sangka dah gatal tahap keladi ye ko ni" usik Zack pula.

"memang merasa nasi minyaklah kita."
tambah Adrien sebelum melepaskan ketawa.

tawa kelapan-lapan lelaki itu bergabung.
ni kalau orang lain tengok. melting gila ! susah sebenarnya nak nampak mereka gelak ketawa depan orang. kalau nampak tu, rezeki lah namanya.

"better stop gelak nanti lambat pulak nak jumpa En. Hadi. takut kat sini gelak, kat sana nangis pulak kena marah." putus Aryan.
dah keluar dah KP dia tu !

semua hanya menurut. Diantara mereka berlapan, Aryan lah paling susah nak bergurau and serious.
Ice dia setaraf je dengan Daniel tetapi Daniel sudahpun merampas gelaran Ice Prince dari Aryan disebabkan sifatnya yang agak beku.

***

pejabat

Syed Hadi memandang satu per satu pelajarnya. Yes ! pengetua sekolah itu adalah ayah kepada Jiha dan orang yang paling rapat dengan TM.

Mata The Headprefects memandang sekilas The Troublemakers di sebelah mereka.

mula-mula masuk, terkejut mereka dengan kehadiran gadis-gadis itu di dalam pejabat. ingatkan mereka sahaja yang mahu Encik Hadi jumpa. rupanya ada benda lain jugak, iaitu mangkuk.

"ayahanda ada apa nak jumpa kitorang ? and why ada 8 ekor mamat poyo ni jugak ?" soal Jiha.

soalan Jiha tidak dibalas oleh ayahnya. tetapi suara lain pula yang kedengaran.

"patutnya kitorang yang tanya macamtu. Encik Hadi, ada apa panggil kitorang ?" soal Haikal pula dengan muka selamba.
kening Jiha terangkat.

'berani teruk mamat ni' bisik hati Jiha.

Encik Hadi berdehem seketika sebelum membuka mulut.

"saya akan bagitahu tujuan kamu semua berkumpul selepas cukup orang." ujar Syed Hadi.

semua terkebil-kebil. tak cukup ? ada lagi ke orang ?

"Asalamualaikum Encik Hadi" ucap seseorang di sebalik pintu selepas mengetuk pintu.

'seseorang' itu masuk ke dalam.
semua mata tertumpu ke arah pintu. mata TM terbeliak.
mereka hanya menggerakkan mulut menjawab salam, mata masih tertumpu.

"mak ai bulatnya mata.." sindir orang itu.

"mana tak bulatnya mata. minah paling gedik dalam geng ni tiba-tiba je muncul. memang nak tercabut dah ni biji mata." luah Afia dengan muka yang masih terkejut. TM semuanya terkejut beruk.

"korang tak lengkap tau without minah gedik ni okey ? okey, Encik what do you want from me ? I mean, us." soal Maira dengan senyuman.

dia masih tidak menyedari kewujudan The Headprefects sebabtu dia terlebih gedik sikit.

Engku Nurilya Humairah Binti Engku Sharif, kenalan lama member TM, satu kepala sebelum mereka berpindah ke Chicago. Maira tidak berpindah kerana datuknya menghidap penyakit kanser ketika itu menyebabkan dia tidak mengikut mereka. cucu manja katakan.

mata Maira memandang ke tepi. dia perasan ada orang lain selain kawan-kawannya. terus diselak rambutnya ke belakang. inilah salah satu perangai gadis itu. di antara TM, Maira lah yang paling banyak pasang lelaki. bagi dia, game paling best ialah game lelaki. yes ! she is player. tapi tak adalah sampai sanggup jual maruah diri. she is not that type.

'lawa gila' bisik hati Adrien secara tiba-tiba.

"haih takda kena ngena ngan kita pon." keluh Zack sambil menggaru kepalanya. Hariez hanya mengangguk.

"okey sekarang saya akan bagitahu sebab apa kamu semua dikumpulkan." Encik Hadi berhenti seketika.

"tula kau. diam ah lain kali" gerang Hariez lalu menolak sedikit kepala Zack.

"eh tadi kau pon angguk en bangla ?" gertak Zack. suaranya diperlahankan supaya Encik hadi tidak dengar.

Encik Hadi menarik nafas sebelum menyambung.
"macam yang korang tahu The Troublemakers, kumpulan yang selalu mendapat surat disiplin sama ada semasa di dalam negara mahupun luar negara. selepas saya dan cikgu-cikgu lain berbincang, kami nak The Headprefects jadi guardian kepada The Troublemakers mulai sekarang !" ujar Encik Hadi, senafas.

1.. 2.. 3

"WHAT ?!!" jerit mereka berenam-belas serentak.

lāst mïssïon Where stories live. Discover now