Bab 1

7.8K 157 7
                                    

Nama aku misya natasha. Panggil aku misya. Umur aku 18 tahun, baru habis spm dan sekarang aku sedang menunggu untuk mendaftar di kolej Maimunah (nama rekaan) yang serba gah ini. Hari ni hari pendaftaran, semua pelajar datang bersama ibu dan bapa mereka, tapi aku hanya datang bersama ayahku tersayang.

Selesai pendaftaran kolej, aku ditemani ayahku bergerak ke asrama. Dari jauh aku dapat melihat bangunan asrama yang tinggi itu. Mulutku ternganga. Mujurlah ada lif yang disediakan, kalau tidak, sukarlah kehidupan mereka yang menetap di tingkat paling atas iaitu tingkat 7. Ayah aku tidak dibenarkan masuk ke asrama kerana ini adalah asrama perempuan sahaja. Bermula disini lah aku kenal si dia. 'Nur Hana Binti Muhammad', sebutku di dalam hati.

*******************************
Seminggu berlalu~~~~
Misya POV

"gila ah orientasi seminggu, nak mati aku dibuatnya" aku menjerit. 

"oi, ape jerit². Boleh pekak telinga ni tau" kawan rapatku semasa orientasi membalas. Aku hanya tergelak. Dan masa ni, aku belum lagi bertegur sapa dengan roommate aku, maklumlah minggu orientasi ini begitu padat.

Selepas habis melepak dengan kawan rapat aku, aku pulang ke bilik. Ketika aku memasuki bilik, hana sedang leka bermain smart phonenya. "hai hana, tengok ape tuh?" tegurku.

Dia terus berpaling ke arah aku dan melempar senyuman manis, auch. "hmm, tak tengok ape pun. Main twitter je" kata hana. 

"Ohh~" balasku diikuti anggukan kecil.

********************************

Malam itu aku tidur di atas lantai di tengah-tengah bilik kerana cuaca yang agak panas dan kipas bilikku pula bergerak terlampau perlahan. Aku mengeluh. 

Tanpa aku sedari, Hana turut turun dari katilnya dan baring di sebelah aku.

"Pendeknya rambut misya, nak main boleh?" tegurnya.

"Main lah. Tak kisah pun" aku cuba berlagak biasa. Hana terus merapatkan badannya denganku, tangannya mula bermain rambutku sehinggalah aku tertidur.

Sejak dari hari tu, aku selalu tidur di atas lantai, bersebelahan dengan hana. Dan menjadi rutin harian kami yang hana akan bermain dengan rambutku sebelum aku tertidur. Aku menjadi terbiasa dan bermula sejak itulah, aku mula suka, dengan roommateku sendiri. Orang yg tak patut aku suka mahupun sayang.

Hurt Where stories live. Discover now