3♥

2.8K 366 97
                                    

PJM

"Aku nak duit kau,bukannya kau!Lembik!"jerit Tyraa kepada aku. Masih terngiang-ngiang dalam kepala aku kata-kata Tyraa.

Dia meninggalkan aku untuk bersama Daniel.

Sakitnya hati aku tiada siapa yang tahu. Sakitnya bila dapat tahu yang dia bersama dengan aku hanya kerana harta.

Sejak Tyraa mengambil keputusan untuk tinggalkan aku,aku nekad untuk berubah.

Ya,dulu aku lembik. Sekarang aku bukan Jimin si Lembik,aku,

Park Jimin si Ego dan lebih dikenali sebagai pembuli yang paling kejam di Universiti Yeontaneul.

"Kalau lepas ni kau datang balik Tyra,aku jamin hidup kau takkan bahagia selagi adanya aku,Park Jimin." aku tersenyum sinis sambil berkata di dalam hati.

Aku tahu Tyraa akan masuk ke universiti ini sebagai pelajar tahun pertama, sama juga dengan adik si Yoongi,si Min Yerin.

Oh ya,Min Yerin. Budak itu. Apa khabar eh dia? Masih lembik macam aku yang dulu ke? Yayaya,ramai orang cakap dulu dia crush dekat aku,cuma aku je taknak layan. Hahaha poor girl.Aku harap aku dapat lah buli kau kali ni.

--

MYG

Aku naik ke atas untuk ke bilik aku,tapi aku nampak pintu bilik Yerin terbuka.Aih budak ni,nak merajuk tapi tak tutup pintu,ingat aku nak pujuk?

Aku berjalan menuju ke biliknya,aku kuak pintu dengan lebih luas. Yerin sedang tidur dengan diari disebelahnya.

Perlahan aku berjalan ke arahnya,aku ambil diari comelnya itu dan aku baca.

Dear Diary,
Esok bermula lah misi aku yang gila, semua rancangan Yoongi!Ey geram lah. Nasib baik dia abang,sebab sayang dia lah aku sanggup buat semua ni. Aku cuma ada Yoongi je dalam hidup aku.Dialah eomma,dialah appa,dialah segalanya dalam hidup aku.Aih Yoongi,nasib baik kau abang,aku ulang,nasib baik kau abang,kalau tak dengan kau sekali aku patah-patahkan tulang nya. Eyy.

30/12/2018

Aku tergelak kecil membaca bebelan yang dilepaskan Yerin di dalam diari nya.Aih,tersentuh juga hati ni.Tak sangka kau abang yang baik dekat mata dia,Yoongi. Pergh aku kembang kejap.

"Aku pun sayang kau Yerin,kau adik aku.Kau pun segala-galanya untuk aku." aku menutup buku diarinya dan meletakkannya di atas meja belajarnya.Badannya aku selimut dan aku berlalu keluar dari biliknya.

"Yerin-ah pabo." tersenyum aku bila teringat apa isi diarinya tadi. Perlahan pintu biliknya aku tutup dan terus aku melangkah ke bilik .

Maaf sangat sebab lambat update.Idea stuck sikit,lagi pun dah start busy.
Saya akan update bila ada masa lapang okay?

Harap cerita ni dapat sambutan even tak seberapa.
vomment okay.

love you♥

[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]Where stories live. Discover now