46❤

1K 152 29
                                    

Happy 70k reads ! Thankyou ❤

**

" Kau rehat je. Tak payah buat kerja dekat dapur ni. Dah pergi tengok tv sana. Biar aku yang buat. Shuhh shuhh. " Yoongi menghalau aku agar aku ke ruang tamu.

Dah 5 hari aku balik, dah rasa macam ada orang gaji. Dilayan bak permaisuri, semua kerja Yoongi yang buat. Nak masak pun tak bagi.

Kalau boleh makan pun nak suapkan aku. Apoooo si Yoongi ni. Nasib baik abang.

Tiba - tiba rasa dihargai tahap dewa.

Untung kan aku ada abang macam Yoongi? Korang hado? Takdo kan, jangan jeles.

" Kau duduk je tengok TV tu ! Jangan jejak dapur, ni kawasan larangan ! " jerit si Min Yoongi dari arah dapur.

Keluhan berat dilepaskan oleh aku sambil meraup wajah. Protective betul abang aku sorang ni.

Sekali lagi, jangan jeles ye. Aku memang untung dapat abang macam Yoongi.

" Ye, ye. Berapa kali nak ulang? Dah nak dekat seminggu dah ayat tu. " balas aku.

Yoongi tiba - tiba sampai di hadapan aku bersama sedulang set makanan, kemudian diletakkannya di atas meja kecil.

" Meh makan. " ajak Yoongi. Pinggan aku lihat ada dua. Satu untuk aku dan satu untuk dia.

" Ok, jom makan. Kau duduk sekali sekarang. " aku mengalih tempat duduk, dari atas sofa kini duduk di atas lantai. Yoongi juga aku tarik untuk duduk sekali dan dia akur.

Aku dan dia mula makan sambil menonton TV. Tahu tak elok, tapi dah dua dua bujang apa salahnya.

--

" Apa yang kamu buat ni, Jimin ? Malu lah eomma dengan appa. " eomma mula berbicara tentang hal itu. Ya, pihak universiti yang sampaikan.

Appa yang duduk disebelah eomma aku pandang sayu. Wajah mereka berdua ternyata nampak terlalu sedih.

Jadi, ini ke perasaan serba salah ?

" Appa hantar kamu masuk universiti untuk belajar, Jimin. Kenapa kamu mesti jadi pembuli ? Perangai dari sekolah tinggi dulu dibawa sampai universiti kenapa ? " ujar appa dengan nada hampa.

Sedarlah aku yang aku sudah pun mengecewakan mereka.

" Maaf, appa, eomma. " kata aku perlahan. Kepala aku menunduk menekur lantai, tidak mampu untuk melihat wajah mereka berdua.

Rupanya macam ni lah rasanya. Rasa sakit, rasa serba salah.

" Maaf tak dapat nak ubah apa apa, Jimin. Nasi dah jadi bubur. Kamu pun dah digantung universiti. Eomma ingat perangai kamu dah berubah, rupanya makin melarat sampai menumbuk orang bagai. " jelas eomma panjang.

Appa melepaskan keluhan berat.

" Jimin, mulai hari ni sehinggalah tamat pergantungan universiti kamu, kamu kena duduk sendiri. Jangan balik rumah. Selagi perangai kamu tak berubah, appa takkan bagi kamu jejak kaki masuk rumah ni. Appa kecewa dengan kamu. " sambung appa.

Bunyi guruh berdentuman dalam imaginasi aku.

Betul ke apa yang aku dengar ?

" Ni kunci rumah flat, ambil. Pergi duduk sana muhasabah diri. Tanya diri kenapa semua ni jadi. " sambung appa sebelum dia beredar.

Eomma mendekati aku. Tangan aku digenggam erat kemudian dia menarik aku ke dalam pelukan.

" Maaf, Jimin. Ini yang terbaik untuk kamu. " kata eomma.

Semua yang terjadi ini, adakah ia balasan buat aku ?

--

" Eh, aku ada benda nak bagitahu kau. "

Apa dia, Lay?

" Kes kertas kerja kau tu, dah settle kelmarin. "

Ha, jadi dapat tak siapa yang koyakkan kertas kerja aku tu?

" Park Jimin. "

Ha?

" Iya, Jimin. "

Kau biar betul?

" Betul. Sir Siwon dengan dekan dah gantung dia dari universiti sebab dah banyak aduan pasal kes dia membuli orang. "

Serius lah? Haih. Okay lah aku gerak lu.

" Okay. "

[ panggilan diputuskan ]


Telefon dicampak ke tepi, tubuh aku terus terbaring setelah tamat panggilan.

Aku, tak sangka.

Tapi, aku tak terkejut .

Tapi, takkan Yoongi tak tahu pasal ni

Tokk!Tokk!

Pintu bilik aku dikuak ke dalam, figura Yoongi kelihatan. Riak wajahnya seperti dia ada sesuatu untuk diberitahu.

" Er, Rin. Aku ada benda nak bagitahu kau. Panas juga hati aku dengan dia ni. " ujar Yoongi sambil berjalan mendekati katilku.

" Aku dah tahu. " jawab aku ringkas.

Yoongi terkedu seketika.

Wajahnya menunjukkan ekspresi "how?" apabila aku menjawab kata katanya.

" Aku tak sangka, Jimin buat kau sampai macam ni. " kata Yoongi. Nada suaranya bertukar lain. Jarang Yoongi jadi macam ni.

"Maafkan aku, sebab suruh kau buat misi gila ni. Semua ni salah aku. " sambung Yoongi lagi.

Aku memegang tangannya lalu matanya aku pandang.

" Tak. Aku yang nak jalankan misi ni. Bukan salah kau. " balas aku.

" Dahlah, kau rehat je. Maaf ganggu. " kata Yoongi sebelum dia beredar dari bilik. Aku terdiam seketika.

Yoongi jarang macam ni.

Aku pula terdiam apabila tindakan Yoongi berubah sehingga begitu. Takut juga kalau dia apa-apakan Jimin.

Korang tak tahu lagi, Yoongi ni macam mana. Habislah Jimin.

--

tbc

[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]Where stories live. Discover now