PJM
Aku berjalan membawa beg ke pintu utama hospital,aku kuak dan terus aku berjalan mencari lif.
Kenapa aku bawa beg?Jungkook suruh bawa barang dia yang tertinggal dekat rumah aku.Tch.
Punat up aku tekan,pintu lif terus terbuka.Tahu-tahu je aku malas nak tunggu lama.Kaki aku melangkah masuk dan menekan punat bernombor 7 kerana wad Yerin berada di tingkat itu.
Sampai saja di tingkat tersebut,kaunter pertanyaan(?) aku tuju.Yelah nak tanya wad nombor berapa,yang si biskut cakap tingkat 7 je.
"Nurse,pesakit bernama Min Yerin dekat wad berapa ya?" ringankan mulut bertanya,jururawat di situ terus memandang muka aku.
"Awak,Park Jimin kumpulan BTS tu ke?Ey comelnya!" balas jururawat itu.
Ha sudah!Berfangirling pulak.Aku bukan Park Jimin tu,aih.
"Erk..Nama saya memang Park Jimin tapi bukan Park Jimin BTS tu.Muka je ada iras-iras.So,nombor wad Yerin berapa?" aku malas ingin melayan perangai jururawat tu,sempat pulak dia.
"Oh,maaf-maaf. Wad dia dekat lorong ni,belah kanan,nombor 756." balasnya sambil menunjukkan arah.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk,terus langkah aku menuju ke arah yang diberi tadi.
"756..756.." bibir aku terkumat kamit menyebut nombor wad Yerin,mata melilau mencari nombor yang sama.
"Min!" jeritan seseorang itu terus menghentikan tindakan aku tadi.Mata aku mencari siapa yang memanggil,tapi suaranya seperti aku kenal.
Aku lihat,oh.
Si biskut rupanya.
"Ha,Kook." balas aku pendek,beg aku yang berisi segala barang dia aku campak.Nasib baik dia sambut.
"Dalam tu barang-barang kau." aku memberi riak muka dingin,ceh dingin konon.Rambut aku raup ke belakang supaya lebih kemas.
"Ala marah Kook ke sebab Kook suruh datang sini?Sorry." katanya,terus beg aku dipunggah.
"Yeah,sokeyh.Ha mana wadnya?" aku bersuara lagi,Jungkook yang sedang memunggah beg,terus mengangkat muka.
"Belakang anda." jawabnya ringkas.Aku menoleh ke belakang,dilihat pintu wad yang tertera nombor 756.
"Pergilah masuk,Min." sambungnya lagi.
Macam kelakar je,aku yang buli dia,tetiba baik pula nak melawat dia.Apa sia?
Aku dengan malasnya,meng'iya'kan saja si biskut. Pintu wad Yerin aku tuju.
Berdiri di hadapan pintu,jantung aku pula terasa gugup.Berdebar lain macam,kenapa agaknya?Yerin bukan siapa-siapa pun pada aku.
Dada aku pegang,jantung aku laju degupannya.
"Tercegat apa,Min?Pergilah masuk." Jungkook mematikan lamunan aku.Aku toleh ke arah nya dan memberi senyuman kelat bersama tangan diangkat tanda 'ok'.
Perlahan pintu wad aku buka.Kaki aku melangkah masuk perlahan sebelum aku menutup semula pintu.
--
MY
Pintu wad aku seperti ditutup oleh seseorang.Aku yang tadinya baring menghadap tingkap,bangun ke posisi duduk.
Mata aku membulat,melihat siapakag yang datang melawat. Yang aku sangkakan,Yoongi,rupanya..
"J-jimin?" aku terkejut melihat dirinya di hadapan mata aku sekarang. Dengan hoodie berwarna kelabu,rambutnya yang,ergh tak tahu bagaimana ingin aku gambarkan,memang cukup menggoyahkan iman aku.
Cop!Sedarlah Yerin,dia pembuli kau.
"A-awak buat apa d-dekat sini?" aku masih sama dalam keadaan tadi,masih merenung dirinya yang oh,memang boyfriend material lah senang cerita.
"Tch,jangan ingat aku nak sangat datang melawat kau. Kalau tak sebab Jungkook,memang aku tak jejak pun bilik kau ni." katanya,matanya digulingkan.Rambutnya diraup ke belakang.
"Oh,err..Okay." pendek balasku,jujurnya aku terkilan.Ingatkan dia ikhlas melawat aku.
Kalau dia tahu aku sakit pun,bukan dia kisah kan?So,yeah. Biarlah.
Jimin menarik kerusi di sebelah katil aku,punggung dilabuhkan .Telefon nya dikeluarkan,matanya kekal fokus memandang skrin . Tanda dia mahu memulakan perbualan langsung tak ada.
Haih,aku dah bosan ni.Crush depan mata pun tak layan aku.Apa guna dia datang?Paling-paling ajak lah aku borak.
--
tbc
vomment!❤
YOU ARE READING
[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]
FanfictionTerjerat dengan permainan abang sendiri. Dan pengakhirannya menjadi begitu sedih. Dia, sememangnya kejam. Tak layak diberi perhatian oleh aku. Tapi.. aku cintakan dia.. [START:28 December 2018] [END:???] [STATUS: Slow update] 🔝Highest rank - 1 in...