MY
Kakiku melangkah menuju kejayaan.Eh tak,pergi kelas,berjaya belum lagi.
Aku berjalan melalui satu kawasan yang agak sunyi.Shortcut lah kata kan.Dah lambat nak pergi kelas.
Tangan aku ditarik seseorang secara tiba-tiba.
"Kau." dia menghentak aku pada dinding.Kuat.Kepala aku di bahagian dahi terhantuk sedikit pada dinding.
Dahi aku yang sakit aku pegang,basah.
B e r d a r a h .
Muka aku angkat untuk memandang si pelaku."Auch..s-sakitnya.."pandangan mata aku jatuh pada,
Kaira.
Oh tuhan,selamat kan aku.
"Kau tak layak untuk Jimin,nerda."
BUKK!
satu tumbukan padu dihantar pada muka aku.Muka aku angkat dan memandangnya.
"Jadi,kau layak untuk Jimin?" aku tersenyum sinis sambil mengelap darah yang berada dibibir aku.
"Kau siapa nak bercakap macam tu dengan aku ha perempuan?!" dia mula menarik kuat rambut aku.Kepala aku mendongak sedikit dek kerana tarikan dia yang begitu kuat.
"Aku,Min Yerin." aku merentap tangannya yang memegang kuat rambut aku.Senyuman sinis aku berikan lagi.
BUKK!
Satu tumbukan lagi hinggap di pipi sebelah kananku.
Sabar Yerin.Baru sikit.
Aku menolak kasar badan Kaira sehingga tersandar pada dinding.Lehernya aku cengkam.
"Kau main kasar dengan aku,aku pun boleh main kasar dengan kau,Kaira." cengkaman pada lehernya aku lepaskan.
Aku mengatur langkah untuk pergi,tetapi tangan aku ditarik kuat.
"Kau jangan dekat dengan Jimin!" Kaira menjerkah aku.Heh,ingat aku takut?Ni Yerin lah.
Cermin mata aku direntap kasar,dicampak ke lantai,kemudian dipijak hingga patah bingkainya.
"Dasar nerd,sedar diri lah.Hahahaha." Kaira pergi dari situ bersama kawan-kawan dia.Eh,bukan kawan,balaci mungkin.
Aku hanya menjeling tajam. Muka aku sakit. Bibirku masih berdarah.
Beg galas aku buka,kotak berisi cermin mata aku keluarkan.Nasib baik aku bawa cermin mata spare.
Tisu basah yang sentiasa menemani aku ke mana saja dikeluarkan.Satu helai ditarik keluar,terus aku sasarkan pada dahi aku yang masih berdarah.
Bibir aku juga aku cuci dengan tisu basah.Tak kuasa aku nak cuci pakai dettol bagai.
Aku bukan ibu dettol.
Aku cuba berdiri,berjaya juga akhirnya.Dengan lemah,aku mengatur langkah untuk beredar dari situ.
--
JJK
Yerin melangkah lemah masuk ke dalam kelas.Kenapa dia tu?
Yerin mengambil tempat duduk disebelahku.Mukanya aku perhati.Setiap sudut aku perhati.
Aku perasan sesuatu.Bibir dia berdarah.
"Kau apahal ni?"mukanya aku pegang.Aku pusingkan ke kiri dan ke kanan.Aku meneliti setiap inci mukanya.
Rambutnya aku selak sedikit,dahinya ada bekas darah.
Tangan aku pantas ditepisnya."Aku okay,Kook.Jangan risau." senyuman lemah diberikan kepada aku.
Aku mampu terdiam.
Pensyarah pun sudah masuk.Sesi pembelajaran pun bermula.
--
MY
"Seriouslah kau okay,Rin?" Jungkook memegang aku yang berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.
"A-arghh..s-sakitnya.." kepala aku pegang.Langkah aku mula menjadi lemah.
"Yerin..kau okay ke tak ni?" Jungkook memegang erat tangan dan badan aku.
Aku mula pening yang teramat,langkah aku tidak boleh lagi diatur kemas.
Semuanya menjadi gelap.Aku terkulai layu disisi Jungkook.
"Yerinnnn!" namanya aku dijerit. Tapi aku tidak mampu untuk membuka mata.Aku tak larat.
--
Kaira jahat.
Jangan risau.Yerin hidup lagi.
tbc.
vomment!❤
YOU ARE READING
[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]
FanfictionTerjerat dengan permainan abang sendiri. Dan pengakhirannya menjadi begitu sedih. Dia, sememangnya kejam. Tak layak diberi perhatian oleh aku. Tapi.. aku cintakan dia.. [START:28 December 2018] [END:???] [STATUS: Slow update] 🔝Highest rank - 1 in...