MYG
Aku menunggu Yerin di dalam kereta seperti hari hari biasa. Tapi,kali ni dia lambat pula.
Jam ada tangan kiri aku jeling,ia menunjukkan 11:25 pagi.
Kelas Yerin sepatutnya habis pukul 11 tadi,malangnya batang hidung dia pun tidak kelihatan.
Terdetik di hati aku,mengingatkan keadaan Yerin,yang tidak berapa sihat. Seminggu saja rehat,dah nak pergi kelas. Katanya takut banyak kerja bertangguh.
Malam tadi pun dia berjaga sampai pukul 4 pagi,siapkan kertas kerja dia yang banyak tertangguh sejak dia kena tahan wad haritu.
Nasib ada Jungkook yang selalu tolong dia. Nak saja aku ship Jungkook dengan Yerin,tapi Yerin pula crush pada Jimin.
Punggung aku semakin panas menunggu Yerin. Aku mula menggelisah,kelibat Yerin langsung tidak kelihatan.
Aku segera mematikan enjin kereta,aku keluar dari tempat pemandu. Niat aku untuk mencarinya.
Dia kan tak sihat lagi.
Aku berjalan menuju ke arah kelasnya melalui laluan yang biasa dia dan Jungkook gunakan memandangkan kelas mereka sama.
Aku ternampak Jimin dengan seorang perempuan.
Kaki aku bergerak pantas ke arah mereka. Firasat aku kuat mengatakan bahawa perempuan itu,adik aku.
Jimin ditolak kasar oleh perempuan itu sehingga dia terdiam. Aku lihat seketika tadi,bahagian leher hoodie yang disarung Jimin dicengkam kuat oleh perempuan itu.
Jimin memandang aku,mulutnya terkunci rapat. Lalu dia menunduk ke bawah.
"Kau apahal,Min?" tanya aku apabila aku sampai dan berdiri di sebelahnya. Bahu Jimin aku paut perlahan.
Aku lihat kertas kertas yang bertaburan di atas jalan,dikutip oleh perempuan tadi.
Ada sehelai di bawah tapak kasutku,aku menunduk dan mengambilnya,nama yang tertera di kertas itu membuatkan mata aku terbuntang besar.
Ini..
Kertas kertas kerja Yerin..
Aku terus mendekati perempuan tadi,bahunya aku pegang perlahan.
Dengan tidak semena menanya tangan aku ditepis laju olehnya. Esakkan yang aku dengar seperti dia sedang meratap sesuatu,sambil tangannya lincah mengutip kertas kertas itu.
Jadi,dia ni Yerin lah kan?
Aku cuba menyapanya sekali lagi,bahunya aku tepuk perlahan.
Malang sekali,tangan aku ditepis kuat,segera dia bangun dari posisi mencangkung tadi dan menoleh ke arah aku.
Dia,Yerin. Adik aku.
Mukanya merah,air mata berjuraian dia pipi gebunya,matanya sembab dek kerana tidur lewat malam tadi.
Maksud aku,pagi tadi.
"Yoongi.." dia tersedar bahawa itu aku,lalu dia memeluk aku sekuatnya. Pinggang aku dipeluk erat oleh kedua dua belah lengannya.
"Habis semua kerja aku,Gi. Semua sebab jantan tu!" Yerin yang telah melepaskan pelukan,segera mengadu kepada aku,dan tangannya dihala menunjuk ke arah Jimin.
Jimin terbuntang matanya,segera menunduk memandang jalan tar dimana dirinya berdiri.
"Jom balik,nanti aku tolong buat. Kertas kertas ni biar je. Kau kutip,Min.Malam kang kita jumpa sekali dengan Jungkook." kata aku memujuk Yerin,namun bersuara tegas kepada Jimin.
Jimin hanya mengangguk faham,segera dia menunduk dan mula melakukan aktiviti kutip mengutip.
Kepala Yerin aku usap lembut.
"Jom." aku menarik tangan Yerin,meninggalkan Jimin sendirian dengan kerja mengutip segala kertas yang ada. Padan muka.
Aku dan Yerin berjalan menuju ke kereta.
Aku membukakan pintu untuk Yerin walaupun tidak disuruh. Terus saja tubuh genitnya diloloskan ke dalam perut kereta.
Beg,fail dan buku buku di campak perlahan ke bahagian belakang.
Dia terus memakai tali pinggang keledar,dan terus menyandar. Cermin mata besarnya dibuka kasar,mukanya diraup berkali kali.
--
tbc
marah benau Yerin ni.
Vomment!❤
oky belanja last update.
Betul betul last. Next week saya update❤
YOU ARE READING
[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]
أدب الهواةTerjerat dengan permainan abang sendiri. Dan pengakhirannya menjadi begitu sedih. Dia, sememangnya kejam. Tak layak diberi perhatian oleh aku. Tapi.. aku cintakan dia.. [START:28 December 2018] [END:???] [STATUS: Slow update] 🔝Highest rank - 1 in...