42❤

1.1K 137 21
                                    

They back!


Kafeteria nampak lengang harini. Mungkin ramai yang tak ada kelas di waktu pagi.

" Hari ni kena hantar paper work kan ? " aku terdengar perbualan sekumpulan mahasiswa di belakang aku. Aku mula memasang telinga.

" Yedo, hari ni kena hantar. Sir Siwon dah lah garang gila macam singa. Sekali dia tengking, mahu masuk hospital sebab kena heart attack. " balas kawannya seorang lagi.

Aku mula tersenyum sinis. Idea untuk kenakan Yerin dah sampai.

" Padan muka kau, Yerin. " bisik aku sendiri.

--

Jam di tangan menunjukkan pukul 8 pagi. Dan Min Yoongi masih sibuk mengunyah sarapan paginya seperti seekor sloth.

"Wey,Yoongi. Makan tu laju sikitlah. Aku kena cepat lah hari ni. Hari ni dateline paperwork aku. " kata aku sambil merenung mukanya.

Yoongi mengeluh kecil, lantas dia bangun dari kerusi makan untuk meletakkan pingganya di dalam sinki.

" Kacau lah, Rin. Asal tak cakap awal awal? Haih. " rungutnya lagi.

Aku agak terkejut dengan kata kata Yoongi. Auch, sungguh sakit menusuk ke kalbu.

Tanpa banyak berfikir, aku terus mengangkat beg dan segala buku menuju ke arah pintu.

Kasut di luar rumah aku sarungkan. Aku menutup pintu rumah sekuat hati. Kaki aku mula berjalan meninggalakn perkarangan rumah.

"Aku dah bagitahu dia awal awal semalam. Lupa ke apa? Ah lantak. Aku dah lambat. " aku mempercepatkan langkah aku menuju ke universiti.

Tak tau lah sampai ke tak.

--

Pintu rumah ditutup kuat.

"Yerin, main pintu buat apa? Sabarlah. " kata aku yang sedang membasuh pinggan dengan lemah lembut ala ala gadis korea terakhir. Gittuw.

Senyap, tiada sahutan.

Aik?

Aku meletakkan pinggan yang selesai dicuci di atas rak pinggan. Aku terus pergi ke depan dan mengambil kunci kereta.

"Haih, mana kau ni? Cepatlah, kata dah lambat lah bagai. " aku mencari Yerin tetapi masih tiada sahutan.

Aku keluar dari rumah, rak kasut aku perhatikan. Kasut Yerin tak ada.

Ha, sudah! Dia jalan kaki?!

--

Aku mula mengorak langkah untuk masuk ke kelas. Jam di tangan aku lihat, ia menunjukkan jam 8:35 pagi. Nasib baik Universiti ni tak jauh dari rumah.

Apa, ingat betul ke aku jalan kaki? Aku naik teksi lah.

Ada kira kira 25 minit lagi sebelum kelas bermula. Aku meninggalkan beg dan kertas kerja aku diatas meja dan terus keluar untuk ke tandas.

Sebelum keluar dari dewan kuliah, aku berselisihan dengan si Park Jimin. Mukanya tersenyum sinis memandang aku.

Hati aku mula rasa tak tenteram, tapi tak apalah. Tak ada apa yang akan berlaku. Mungkin?

--

"Ada peluang. " desis aku di dalam hati setelah berselisihan dengan Yerin yang mungkinnya ingin ke tandas.

Dewan kuliah agak sunyi sebab ianya masih awal lagi. Cuma ada beberapa lagi budak nerda sama seperti Yerin. Senang kerja aku.

"Maaf , tapi aku memang suka seksa kau. " aku berbisik sendiri sambil tersenyum sinis.

Aku mula berjalan ke arah tempat duduk Yerin. Aku sudah tersenyum apabila terlihat kertas kerja miliknya di atas meja. Aku mula mengambil kertas kerjanya itu dan aku selak satu persatu.

Aku tahu semua ni kejam, tapi inilah aku. Inilah Park Jimin.

"Bagus, kemas je kerja." aku memberi komen ketika sedang meneliti kertas kerjanya.

Aku mula tersenyum sinis.

"Memang kemas, tapi sayang. Aku tak suka. " aku mula meronyok dan mengoyakkan kertas kerja Yerin sambil tersenyum puas.

Kemudiannya, aku tinggalkan kertas kerja yang sudah hancur itu di atas mejanya.

Mereka yang menjadi penonton sambil ternganga mulutnya aku tenung satu persatu.

"Jangan sesiapa pun buka mulut pasal ni. Kalau aku tahu , aku cari korang. " aku memberi amaran sebelum keluar dari dewan kuliah tersebut .

--

tbc

[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]Where stories live. Discover now