26♥

2K 267 24
                                    

JJK

"Yerin-ah,kau okay ke ni?" tanya aku.Yerin pagi-pagi lagi dah call suruh ambil dia dekat rumah.

Sunyi,tiada jawapan.

Mata Yerin dah macam apa tah bengkak.

"Kau menangis ke malam tadi?" kata aku sambil kening aku diangkat sebelah.

Mukanya diangkat,wajah aku yang kacak ini ditatapnya.

Sebab aku jejaka kacaklah, cute girl tergila-gilakan aku sampai aku pun termasuk mimpi dia.Dan² cakap aku rindu dia.

Aku rindu Yerin,bukan kau cute girl,sorry.Ops.

"Yoongi kata dia rimas." ringkas dijawab soalan aku.Mukanya menunduk memandang ke bawah kembali.

Rimas?Aku tak faham.

"Maksud kau?" aku dengan terpinga-pinga menanyakan soalan lagi.

"Dia rimas ada adik macam aku." balasnya lagi.

Eh,gaduh?

"Setahu aku kau tak pernah gaduh dengan Yoongi." kata aku .

Kopi yang terhidang di depan mata aku hirup perlahan.

Kafeteria masih lengang.Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi.

Kelas aku dan Yerin bermula pukul 9:30 pagi,pukul 7:45 pagi dah sampai.Lama juga nak tunggu.Jenuh.

"Sorry,Kook.Aku menyusahkan kau pula." Yerin mengangkat mukanya semula.Air mata yang bersisa di pipinya di sapu perlahan.

"Jangan menangis.Yoongi tak sengaja tu.Aku yakin.Dah dah.Jangan bazirkan air mata sebab lelaki,even Yoongi tu abang kau." balas aku.

--

MYG

“Aku dah pergi.Balik tak payah tunggu aku.Aku boleh balik sendiri.”

Nota yang dilekatkan di pintu utama aku baca.Nasib baik aku perasan masa nak keluar.Punya beria aku cari dia,rupanya dah pergi.

Sah,merajuk teroks dengan aku,sampai balik pun kata tak payah tunggu dia.

"Haih,Yerin..Yerin.." aku mengeluh.

Kasut aku sarung,beg aku bawa bersama ke kereta.

Jam tangan ditilik,pukul 8:30 pagi.Kelas aku pukul 9 pagi.

Pintu kereta aku buka,beg diletakkan di sebelah aku iaitu tempat duduk penumpang yang selalunya diduduki Yerin.

Pemanduan aku dimulakan menuju ke universiti.

--

PJM

"Kau tak buat nota aku ke,Minho?" kata aku dengan nada yang geram.

Aih budak ini,kecil besar kecil besar je aku tengok.Suka bagi aku masalah!

Badannya aku tolak kasar ke dinding.Rahangnya aku cengkam.

"Siapkan nota aku,kalau tak,tahulah nasib kau nanti." kata aku lagi.

Rahangnya yang aku cengkam tadi dilepaskan.Minho mengangguk laju,menikus dia berlari meninggalkan aku.

"Park Jimin,I'm watching you here." suara seseorang mengejutkan aku datang dari arah belakang.

Segera aku toleh untuk melihat siapa yang bersuara.

"Y-yerin?" aku tergagap.

Apahal ni tiba-tiba aku jadi gagap?

Yerin berjalan perlahan,cuba mendekati aku.Aku berundur ke belakang setapak demi setapak sehingga aku terlanggar dinding.

"Aku dah kata jangan sentuh Minho lagi kan?" katanya dengan nada dingin.

Aku cuba melawan semula.Badan aku tegak kan.Terus aku berjalan ke hadapannya dengan laju.

Kini,giliran dia pula yang melangkah ke belakang,tetapi bukan setapak,bertapak-tapak dek kerana takut mungkin dengan tindakan aku yang seterusnya.

"None of your business,Miss Yerin." kata aku sambil membetulkan cermin mata nya yang melurut ke bawah.

Muka Yerin bertukar menjadi merah,aku perasan.

Blushing ha?

Yerin,yerin.Ini cuma perangkap.Cuba lah,jangan masuk perangkap aku.

--

tbc

[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]Where stories live. Discover now