Nah hadiah satu lagi update sebab kita suka baca comment korang.
So comment yang ni pulak. Tengok apa jadi.
••
Aku menjadi tidak senang duduk. Yoongi hyung serang aku macam tu je tadi. Macam mana kalau dia tahu pasal kertas kerja Yerin yang koyak tu sebenarnya kerja aku?
" Ah, tak payah fikir. Aku rasa dia takkan tahu. " kata aku untuk menyedapkan hati sendiri.
Katil menjadi tempat sasaran aku untuk merehatkan diri dan juga minda. Banyak perkara yang terlintas di dalam kepala. Satu persoalan yang aku sendiri tidak mampu untuk jawab juga turut muncul.
" Aku terlalu kejam ke buat Yerin sampai macam tu ? " aku menyoal diri sendiri. Aku memejamkan mata, keluhan berat aku lepaskan.
" Maaf. " satu kata keluar dari mulut aku tanpa sedar.
--
3 hari kemudian
" Yerin pasti ke tak nak bagitahu Yoongi dan Jungkook tentang perkara ni? " soal doktor peribadiku merangkap kawan Yoongi, Doktor Jaehyun.
Aku mengangguk tanda pasti sambil tersenyum.
" Yerin tahu kan perkara ni dah menjadi semakin rumit? Penyakit Yerin dah jadi semakin kronik tau. " jelas Doktor Jaehyun lagi.
" Iya, Yerin pasti. Ini belum masanya lagi, oppa. Biar dulu. " balas aku. Doktor Jaehyun atau lebih mesra disapa sebagai Jaehyun adalah kawan baik kepada Yoongi. Jadi, sudah lama jugalah dia merawat aku. Setiap kali aku dimasukkan ke hospital, doktor yang merawat aku semestinya Doktor Jaehyun.
Doktor Jaehyun
" Hm, yelah Yerin. " Jaehyun membalas pendek. Dia menyambung melihat rekod kesihatan aku .
" Hari ini Yerin dah boleh balik ye. Rehat dulu dekat rumah lebih kurang dalam masa seminggu. Jangan fikir banyak sangat. Oppa keluar dulu. " jelasnya sebelum dia beredar.
Aku menunduk kepadanya. Mata aku mengekori setiap langkahnya sambil air mata aku mengalir perlahan.
Apa yang akan terjadi pada Yoongi dan Jungkook bila aku dah mati nanti ?
Hujan lebat di luar tingkap menjadi peneman hari sendu aku. Semuanya bertukar sepi, sunyi setelah aku disahkan menghidap barah otak .
Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Bukan aku pinta untuk dapat semua ini.
--
" Ada apa Sir nak jumpa saya ? " soal aku kepada Sir Siwon. Wajah Sir Siwon agak tegang pada ketika ini. Ada bau-bau sesuatu yang tidak kena akan terjadi.
" Park Jimin. Kenapa awak koyakkan kertas kerja Yerin ?" soal Sir Siwon membuatkan aku terkedu. Macam mana dia tahu ?
Aku terdiam tidak mampu menjawab.
PAPP!
Hentakan meja yang dilakukan oleh Sir Siwon membuatkan aku terkejut, jantung aku bagaikan berlari laju sehingga mahu terkeluar dari badanku.
" S- saya.. S-saya.. " kata aku tergagap-gagap.
" Saya apa ?!" sergah Sir Siwon. Sekali lagi aku terkejut.
Mahu meninggal aku kalau ada penyakit jantung.
" Saya.. saja je.. buli.." jawab aku perlahan.
" Awak dah tak ada benda lain ke nak buat, Park Jimin ?! Kenapa mesti buli orang ? Saya dah dapat banyak aduan pasal awak, tapi saya diamkan je sebab awak ni budak pandai, tapi perangai saja minta saya untuk buat semua ni. " jelas Sir Siwon.
" Saya tengok CCTV kelas saya pada hari tu. Pada hari awak koyakkan kertas Yerin. Tak ada siapa pun mengadu pasal awak tentang kejadian haritu walaupun ada saksi. " sambungnya lagi. Aku sudah menunduk menahan sakit mendengar kata katanya.
" Awak saja kan buat macam ni? Awak bukan tak pandai,Jimin. Awak ni bijak. Tapi perangai awak dah melampau. " sambungnya lagi.
Kali ini, hati aku betul betul cair. Semua yang aku dengar ini tentang sikap aku. Terlalu kejam pada semua orang. Semua silap aku.
" Saya tak nak bagi pada mulanya, tapi awak yang minta. Awak digantung dari memasuki mana- mana kuliah selama enam bulan iaitu satu semester. " keputusan Sir Siwon membuatkan aku terkejut yang melampau.
" Sir, biar b-betul? " aku tergagap - gagap menanyakan kepastian. Sir Siwon memandang aku dan mengangguk.
" Ye, Jimin. Maaf, ini keputusan saya dan dekan. Awak sepatutnya lebih matang . Awak dah jadi senior . " jawabnya .
Aku menunduk menekur lantai.
Yelah, semua ini silap aku. Kalau bukan sebab Yerin, semua tak jadi macam ni.
Yerin yang muncul dalam hidup aku secara tiba - tiba dan membuatkan aku naik gila. Aku tidak pasti tentang perasaannya.
Mungkin aku suka menyeksa dia, ataupun aku sudah jatuh cinta?
" Baik, Sir. " jawab aku sepatah.
" Awak boleh balik. Mulai esok, no more class for you. " kata Sir Siwon.
Aku menunduk dengan hati yang sedih. Kaki aku mengorak langkah untuk keluar dari dewan kuliah tersebut.
Menyesal sekarang tak ada guna, Jimin. Kau yang cari pasal.
--
tbc
Jangan marah tau, buku ni slow update kalau tengah takde idea. hehe cowwy
YOU ARE READING
[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]
FanfictionTerjerat dengan permainan abang sendiri. Dan pengakhirannya menjadi begitu sedih. Dia, sememangnya kejam. Tak layak diberi perhatian oleh aku. Tapi.. aku cintakan dia.. [START:28 December 2018] [END:???] [STATUS: Slow update] 🔝Highest rank - 1 in...